Friday, September 28, 2012

JANGAN

Assalaamualaikum wbt,
(berkongsi email dari rakan pejabat)
Untuk dikongsi bersama…..

  
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda....



Saturday, September 22, 2012

BUKAN MUDAH NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG - PART 1

Assalaamualaikum,



Topik yang begitu luas skopnya.....( gambar saya amik dari satu blog ke FB...tak sure)

Hampir setiap hari kita akan berdepan dengan anggota keluarga, isteri/suami, anak2, anggota keluarga dan kawan2 pejabat atau kawan2 lama termasuk boss kita.

Bermacam pandangan dan cakap2 kita dengar, ada yang membina, ada yang menyakitkan hati dan ada yang tidak langsung membawa faedah kepada kita.  Kita yang menetukannya mana yang terbaik untuk kita.

Sebagai contoh bila kita mengecat rumah kita ikut warna yang  kita suka,  saya percaya mesti ada yang komen dan berkata2 macam.....termasuklah....."cantik warna rumah you, kenapa rumah ni jadi gelap "....ada yang tidak komen langsung dan macam2 lagi.

Bagitu jugak jika kita membeli kereta baru..... "nape pakai Proton,  bila kita beli Honda....nape tak beli Toyota....nape tak beli model itu dan ini ".....begitu banyak komen....kekadang rimas sebab ada segelintir orang tidak hormat pada pilihan dan kemampuan kewangan kita.....kita bila berbelanja biasa ikut kemampuan kita....

 " Nape tak masuk universiti ini, itu dan banyak lagi ".....saya teringat bila abang sulong  saya menceritakan kisah kuda dan suami isteri ini,  tapi versi yang saya dengar versi anak dan bapa ( sekitar tahun 2001)....lama dah dengar citer ni.  Moral of the story abg saya pesan pada saya.....buat apa kita rasa betul untuk diri dan famili kita asal tidak menyalahi undang2 dan tidak menyakiti sesiapa.  Kita tak perlu dengar komen orang yang tidak membina atau menyakitkan hati kita....

Dalam hidup ini kita tidak boleh lari dari berhadapan dengan orang-orang yang akan sentiasa komen dan kritik kita termasuklah dari isteri dan anak2 kita.....so apa perlu kita risau.....berhadapan dan terangkan jika mereka perlukan penjelasan kita, kalau tidak kita teruskan sahaja pelan dan agenda kita.

Masa bekerja pun gitu, boss kita tak puas hati dengan kerja kita sbb mereka nak ikut cara mereka.....staff bawah kita pun gitu tak puas hati sebab dia nak kita ikut cara boss lama mereka sebab kita boss baru mereka......begitulahhhhhhh resam dunia....Insyallah bersambung....

Thursday, September 20, 2012

JANGAN MENYAKITI HATI SESAMA MUSLIM

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan Tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?” Mereka berkata, “Tidak, semoa Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.
Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh lebih mengutamakan perhubungan sesama mereka dengan tidak bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaan.
  2. Allah SWT tidak meredhai seseorang terhadap sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam.
  3. Islam menggalakkan umatnya menjalin hubungan yang baik antara mereka.

Wednesday, September 19, 2012

SEJARAH LAMA DAN SEJARAH BARU - 29/30 TAHUN DULU

.Assalaamualaikum,

Sekadar berkongsi rasa, sebagai ibu bapa.......arini ( 19 September 2012 ) anak perempuan saya Nur Adiera Hanna..mendaftar masuk UKM....setelah membuat rayuan dengan pihak UKM sejak lebih kurang dua bulan lalu....Yang sebenarnya Adiera telah mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jeli, Kelantan dan sepatutnya mendaftar pada 1 September lalu....telah menolak tawaran tersebut  dan merayu ke UKM dan UPM atas alasan kursus yang dipohon lebih awal tidak ditawarkan kepada anak saya.....sedara mara, kawan2 ramai yang terkejut....mungkin ada yang tidak setuju dan ingat anak saya sengaja 'berlagak' atau menolak tuah.....kami yang 'merasa'.....dan saya selalu ingatkan Adiera...."kamu yang nak belajar..jangan risau apa kata orang".....Ada jugak yang menyokong ....tepuk dada tanya selera.....

Sejak semalam , setelah mendapat pengesahan dan surat tawaran melalui website.....mengurus semua keperluan dengan waktu yang singkat.....pagi tadi awal2 pagi sudah berada di UKM mendaftar masuk  bersama2 lebih kurang 200 lebih pelajar yang merayu termasuk lebih kurang 70 orang pelajar luar negara.

Nak jadi cerita, petang semalam juga.....anak saya dapat  panggilan dari Timbalan Dekan dari sebuah fakulti UPM....nak menyokong permohonan saya untuk ditawarkan tempat di UPM....bila dah dapat rezki,  melimpah....anak saya dah bulat hati masuk UKM dan dengan menolak tawaran UPM dengan baik untuk memberi laluan kepada pelajar lain. Insyallah

Sepanjang dua bulan lalu, saya dan wife dan Adiera memang tidak 'senang 'hati....sentiasa risau......back up dengan mencari IPTS.....kira duit, kira simpanan dan SSPN....PTPTN dan macam2 lagi......Merayu dengan surat sokongan doktor,  merayu dengan kawan2 dan yang paling utama berdoa dan merayu dengan Allah.  Alhamdulillah....Allah mendengar rayuan kami sekeluarga....semuanya ada hikmah....

Teringat sejarah diri saya tahun 1982 masa saya amik peperiksaan STPM, arwah ibu saya begitu mengharap saya lulus dan dapat masuk Universiti.....bulan Julai/ Ogos tahun 1983....saya dapat 3 offer Universiti ,  pertama dari UIA,  kedua  ITM, Shah Alam ( UITM skrg) dan ketiga UM.....saya pilih UM sebab itu adalah impian saya sejak kecil dulu. Alhamdulillah....sejarah seolah berulang kembali walaupun Adiera membuat rayuan di  dua buah Universiti.  

Pesanan saya pada Adiera pagi tadi " tahniah dah dapat masuk U....cabaran memang besar....bulatkan hati dan dapatkan result yang terbaik, lagi satu ayah nak pesan solat jangan tinggal, sentiasa berdoa dan jaga kesihatan kamu ". 

Jarak UKM dari rumah saya dekat sangat lebih kurang 5 km....rezki dari Allah. TQVM Ya Allah. 

Monday, September 17, 2012

MOGA MEREKA SEMUA MENDAPAT HAJI YANG MABROR

Assalaamualaikum wbt,

Mulai 17 September beberapa sedara mara, kakak ipar, biras,  kawan2 pejabat akan mengerjakan haji. Antara mereka adalah :

1.Kakak Ipar saya yang  sulong , Kak Habsah Yunos dan suami ( Abg Sabari)- 17 September
2.Kakak ipar saya , Amah Yunos dan suami ( Abg Ali)- 19 September
3. Abang Ipar saya Hj Nasir Yunos dan isteri Kak Hjh Salasiah- belum dapat  tarikh  lagi

Kawan2 lama dan kawan pejabat :

4. Jimaniy Hj Othman dan isteri - 21 September ( kawan masa saya kerja di Yayasan Selangor,  tahun1987 hingga 1993)
5.  Nor Farah Wahidah Mohd Mabror ( 17 September)
6.  Roslan Abd Ghani dan isteri (22 September )
7. Mursyid Mohamed dan isteri ( kalau tak silap 23 September)
8. Inun Yaacob dan suami ( tarikh saya tak sure)

Saya pasti ramai lagi sedara mara dan kawan2 saya yang lain  akan menunaikan haji tahun ini,  di mana sahaja mereka berada,  kepada yang akan mengerjakan haji saya dan keluarga doakan urusan mereka dipermudahkan sebagai Tetamu Allah semasa bertolak ke Makkah, Madinah, semasa mengerjakan rukun haji, wajib haji dan sunat haji,  moga mendapat umrah yang mabror dan selamat pulang ke Malaysia. Ameeen, Ameen ,Ameen.

Setiap tahun hati dan jiwa saya meronta bila tiba musim Haji, Subhanallah..... Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati saya. TQVM Ya Allah.

Kepada semua Tetamu Allah tahun ini,jika berkesempatan doakan kami juga agar menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Insyallah.

Saturday, September 15, 2012

GANJARAN SYURGA BAGI PENJAGA ANAK YATIM

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: 
 Bukhari
Hadith: 
Daripada Sahal bin Sa’ad RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Saya dan penjaga anak yatim berada dalam syurga begini, dan baginda menunjukkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dan baginda merenggangkan antara kedua-dua jarinya”. 
Huraian Hadith: 
  1. Orang yang menjaga anak yatim dibalas dengan balasan syurga oleh Allah dan diberi keistimewaan dengan darjat dan kedudukan Nabi SAW.
  2. Islam memberi perhatian khas kepada anak yatim supaya nasibnya terbela.

Thursday, September 13, 2012

MAS COTEK ( EMAS COTEK)

Assalaamualaikum wbt,

Baru2 ni ketika beraya di rumah ibu mertua saya di Air Hitam, Muar, sebelum pulang ke Bangi,  saya sempat meninjau tanah belakang rumah...melihat2 pokok yang emak tanam,  antaranya pokok Mas Cotek.

Pokok Mas Cotek ini dah matang sangat daunnya

(Fakta dari wikipedia)
Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah danSarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae. 
KHASIAT
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.
Yang ini agak muda sikit daunnya
Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.

Tuesday, September 11, 2012

DUA GOLONGAN WAJIB DIBANTU

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seolah-olah berjuang dijalan Allah” dan aku kira baginda telah bersabda, “Seperti orang yang bersembahyang malam tetapi tidak berasa letih dan seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka (tidak rasa lapar)”. 
Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam yang membantu janda dan orang miskin untuk memperbaiki keadaan dan menjaga mereka adalah sama dengan pahala mereka yang berjihad atau yang sentiasa sembahyang dan sentiasa berpuasa kerana memerlukan kesabaran yang kuat dan kadang-kadang terpaksa mengeluarkan wang dan harta.
  2. Golongan janda dan orang miskin adalah dua golongan yang dianggap kurang bernasib baik oleh Islam dan ia wajib ditolong.
  3. Ibadah tidak terbatas kepada amalan-amalan tertentu malah merangkumi semua kerja kebajikan yang diniatkan kerana Allah.

Sunday, September 9, 2012

ORANG MISKIN TIDAK PERLU MEMINTA-MINTA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
Bukhari dan Muslim

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda “Bukanlah (yang dikatakan) miskin itu seorang yang rela menerima pemberian satu atau dua biji tamar, satu atau dua suap makanan, sesungguhnya orang miskin yang sebenarnya ialah yang tidak meminta-minta daripada orang lain walaupun dia berhak menerima sedekah”. 
Di dalam riwayat as-Sohihain, “Bukanlah yang dikatakan miskin itu seorang yang meminta-minta daripada orang lain dan yang menerima sanak atau dua makanan, sebiji atau dua biji tamar diketahui, tetapi orang miskin yang sebenarnya ialah yang tidak memperolehi kekayaan untuk memenuhi keperluannya, tidak diketahui pula kemiskinannya untuk diberi kepadanya sedekah dan tidak pula dia pergi meminta-minta kepada orang”.
Huraian Hadith: 
  1. Antara sifat seseorang yang diiktiraf miskin oleh Islam adalah tidak mempunyai sesuatu apa pun untuk keperluan hidupnya dan tidak pula menunjukkan kemiskinannya kepada umum dengan cara meminta-minta.
  2. Islam mengakui kemiskinan yang wujud dalam masyarakat dan ia akan dapat dihapuskan dengan pertolongan orang-orang kaya dengan mengeluarkan sedekah dan sebagainya.
  3. Dalam hadis ini dinafikan kemiskinan daripada meminta, kerana seorang peminta akan diberi apa yang boleh mencukupi atau lebih daripada itu diberi zakat. Orang yang tidak meminta maka keadaannya diketahui kerana itu kekal kemiskinan dan keperluannya.

Saturday, September 8, 2012

OPEN HOUSE KAT RUMAH KAKAK ( MAK TEH DAN PAKTEH)

Assalaamualaikum wbt,

Sepertimana biasa sejak berbelas tahun,  lepas beraya di Muar saya pasti beraya di rumah abang sulung di Klang atau rumah kakak saya di Jalan Kebun , Klang.  Kali ini dimulakan dengan rumah kakak saya, hampir semua adik beradik berkumpul di sana....memang meriah dapat jumpa adik beradik, ipar duai dan anak2 buah...yang dah berpangkat cucu pun ada...
Menu utama ikan, udang dan ayam bakar

Depan sekali kakak saya, (mak teh)
yang lain tu anak buah dan kawan2 mereka

Wife saya,  empat kakak ipar saya , 
anak saya dan anak buah dan cucu sedara saya
Karim anggota keluaga baru sejak tahun 2011

Yang baju biru dan baju kuning (Shahril) bakal anggota keluarga kami

Abu Bakar, Along ( baju kurung hijau) dan anak dia 
( Along anak buah yang paling sulong)
Fauziy, abg saya Razali dan saya 


Nur Sabrina dan Nur Izzati dengan baby masing2,
(cucu sedara saya)
Peluang berjumpa adik beradik , anak2 buah dan cucu sedara adalah saat2 yang paling best, masa inilah kekadang kami teringatkan arwah abah dan arwah ibu yang telah lama pulang berjumpa Pencipta Yang Maha Esa.  Insyallah tahun depan berjumpa lagi.

Monday, September 3, 2012

ASPEK-ASPEK IBADAT

Assalaamualaikum wbt,

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”

 
Riwayat ad-Dailani 
Huraian
 
i) Islam menyediakan suatu jalan yang sempurna untuk manusia beribadat.Di mana setiap aspek ibadat bersesuaian dengan kekuatan dan keupayaan yang ada pada seseorang.


ii) Ibadat bukan hanya himpunan amal seperti sembahyang, puasa, haji, doa dan sumpamanya tetapi apa jua perkara yang dilakukan dengan niat atau tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


iii) Ibadat terbahagi kepada 4 aspek iaitu: 


a) ibadat akal-ia dicapai dengan cara berfikir, merenung, mengkaji sesuatu makhluk Allah serta memerhatikan keindahan dan keagungan ciptaan Allah S.W.T.


b) Ibadat jiwa- ia dilakukan dengan adanya sifat khusyuk, tawakkal, redha terhadap qadha dan qadar, bersyukur, ikhlas, cinta, belas kasihan, al-khauf (takut) dan raja’ (mengharap). Tanpa sifat-sifat ini maka sesuatu ibadat itu dikatakan ibadat yang mati dan tidak diterima oleh Allah S.W.T.


c) Ibadat badan – iaitu segala amalan anggota tubuh termasuklah segala gerak-geri seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, tangan dan sebagainya. Termasuk juga segala perkataan dan perbuatan.


d) Ibadat harta- iaitu dengan cara mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, memberi nafkah dan mengorbankan harta fi sabilillah, bersedekah, dan menyediakan kemudahan untuk orang ramai (wakaf).