Wednesday, May 13, 2015

GALAKAN BERSIFAT TAWADHU'

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Muslim
Hadith: 
Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”
Huraian Hadith: 
  1. Tawadhu’ yang terpuji ialah tawadhu’ kerana Allah SWT dan rasul-Nya. Tawadhu’ kepada ulama’ dan orang biasa kerana menurut perintah Allah SWT.
  2. Islam menuntut umatnya bersifat tawadhu’ dan hormat-menghormati sesama muslim dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
  3. Kedudukan orang Islam disisi Allah SWT adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhi sifat-sifat keji seperti meninggi diri, bermegah dan sebagainya.

No comments: