Sunday, February 21, 2016

MALU ITU SEMUANYA BAIK

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Imran bin Husain RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu hanya menghasilkan kebaikan.” Atau Junjungan bersabda : “Malu itu semuanya baik.”
Dalam riwayat Muslim juga menyatakan sifat malu itu akibatnya adalah baik, dan katanya lagi Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu keseluruhannya adalah baik.”
Huraian Hadith: 
1. Tidak mengubah atau menegur kemungkaran, tidak memberi nasihat, dan tidak menuntut hak yang patut diperolehi tidak termasuk malu yang dipuji.
2. Sifat malu adalah satu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan.
3. Sifat malu akan meninggikan darjat keimanan orang yang memiliknya.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Monday, February 8, 2016

JAUHKANLAH DARI SIFAT SOMBONG DAN BANGGA DIRI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat:  al-Bukhari dan Muslim

Hadith: 

Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka?  mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakan untuk kebaikan.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Huraian Hadith:


  1. Keras kepala adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu juga orang yang tamak harta dan tidak suka membelanjakan untuk kebaikan kerana sombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka.
  1. Harta merupakan amanah daripada Allah kepada manusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredhai oleh Allah.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin