Monday, December 19, 2016

" TUNTUTLAH ILMU "

Assalaamualaikum wbt,

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”.(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith : 

  1. Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
  2. Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
  3. Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.
Sumber :Kitab Riyadhus Salihin

Sunday, December 4, 2016

KELEBIHAN SOLAT DI MASJID

Assalaamualaikum wbt,

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid sama ada pagi atau petang”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
  1. Allah SWT sangat memuliakan hamba-Nya yang rajin pergi ke masjid untuk beribadat sama ada di waktu pagi petang dengan nikmat-nikmat yang besar dan teristimewa daripada hamba-hamba-Nya yang lain.
  2. Orang yang beramal soleh lagi bertaqwa akan mendapat ganjaran pahala dan nikmat yang berganda-ganda di akhirat kelak.
Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin