Sunday, September 29, 2013

JENIS ANGGUR TASIK BERIS (3)

Assalaamualaikumwbt,

Di Ladang Anggur Tasik Beris ini ada 4 jenis anggur, black opal, black grape, white Malaga dan Loose Pelite...Aku akan cuba tag kan nama2 anggur dan kalau tersalah atau tersilap tolong tegur dan betulkan....hehehe sebab yang White Malaga dan Loose Pelite..bila dah matang aku sendiri susah nak bezakan.....


BLACK OPAL RASANYA...
LOOSE PELITE RASANYA....
WHITE MALAGA RASANYA....
BLACK GRAPE
GERAMNYA.....WALAUPUN MASIH PUTIK LAGI..
CLOSED UP....
DAH MASAK.....RANUM ....TENGOK  DAN SNAP GAMBAR..JE BOLEH..PENGAWAS MEREKA SENTIASA BERHAMPIRAN  DENGAN PELAWAT...
GERAM.....IKUT HATI NAK JE PETIK....
SEGMEN....BARU LEPAS PRUNING DAN MEMANGKAS DAUN YANG BERLEBIHAN
CLOSED UP CABANG UTAMA POKOK ANGGUR
CLOSED UP TUNAS BARU ....
LAGI TUNAS BARU...
 VIEW DARI BAHAGIAN ATAS POKOK ANGGUR YANG BARU BERTUNAS...


Kalau tidak silap aku memang ada 4 segmen jenis anggur di sini dan ketika aku dan famili di sini....ada yang baru lepas dipetik buahnya....ada yang baru berputik....ada yang baru lepas pruninng dan dipangkas dahannya.....dan ada yang sedang masak ranum....yang pasti Ladang ini memang sesuai untuk dilawati bersama keluarga.

Lepas ni lepak2 kan cafe tepi ladang anggur pulak....

Thursday, September 26, 2013

HIDUP SUATU UJIAN

Assalaamualaikum,

Riwayat: at-Tirmizi
Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada  Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, “Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.”

Huraian Hadith: 
  1. Allah menurunkan ujian terhadap orang beriman, oleh itu mereka hendaklah bersabar menghadapinya.
  2. Segala ujian yang ditimpakan Allah kepada orang Mukmin bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa mereka.
  3. Allah menghendaki hambanya yang Mukmin menemui-Nya dalam keadaan suci daripada dosa-dosa.

Tuesday, September 24, 2013

JALAN2 MENIKMATI ANGGUR DI LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH (2)

Assalaamualaikum wbt,

Aku mengaku yang aku sangat teruja bila nak memasuki ladang anggur ni.....seperti biasa posing kat kawasan sekitarnya dulu.....Aku difahamkan ada 4 jenis anggur di sini, Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite.

Sedikit 'malang'  dan tidak ada rezeki sebab masa aku dan famili tiba musim menuai untuk pelawat baru habis 4 hari lalu.....tapi tetap bersyukur sebab saki baki buah anggur masih ada dan yang sedang berputik pun banyak....


ALHAMDULILLAH....AKHIRNYA DAPAT BERSAMA KELUARGA DI SINI
PERKARANGAN LADANG ANGGUR
PEJABAT MEREKA
BERSIH LADANG ANGGUR NI....
TEMPAT REHAT YANG SELESA
AKU DAN WIFE DI SEGMEN ANGGUR BLACK GRAPE RASANYA...TK BERAPA PASTI
AMMAR DAN ADIERA DI SEGMEN BLACK OPAL...PUN TAK BERAPA PASTI
MEMANG GERAM TENGOK ANGGUR NI...
PEGANG BOLEH.....PETIK TIDAK BOLEH.....HEHEHE....

Bila dah penat menikmati anggur dan bergambar sakan......lepak rehat kejap dan posing lagi....


Alhamdulillah.....ladang anggur tempatan  dah dilawati.....mungkin satu hari nanti ladang anggur di California, USA atau ladang anggur di Perancis pulak....Insyallah.

Lepas ni entri angggur secara closed up pulak.....

Thursday, September 19, 2013

PERJALANAN MENUJU KE LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH (1)

Assalaamualaikum wbt,

Aku sangat teringin dan teruja nak melawat ladang anggur di Tasik Beris...lama jugak merancang....akhirnya....dapat jugak aku 'paksa' semua anggota keluarga aku ke sini ( kebetulan bertugas di Penang  dan sempena cuti Raya yang panjang tahun ini).... dan Ladang Anggur Tasik Beris ini pun tidak berapa jauh pun dari hotel penginapan  kami di Penang...lebih kurang 104 km sahaja.....awal pagi 14 Ogos lalu selepas sarapan.....kami bertolak terus melalui lebuhraya PLUS dan akhirnya memasuki simpang di Gurun dan terus menuju ke Pekan Sik...sambil menikmati perjalanan yang lancar dan pemandangan yang begitu indah....percutian ke Ladang Anggur Tasik Beris yang aku mampu.....mungkin ramai di luar sana yang bercuti ke Napa Valley di California, USA  atau ke Perancis....bagi aku cuti2 Malaysia..Alhamdulillah....


 BAGI YANG BERHAJAT KE SINI.....IKUT PAPAN TANDA INI
LAGI PAPAN TANDA YANG PERLU DI INGAT
 BILA JUMPA SIMPANG INI MASUK KE KANAN
JAMBATAN INI HANYA ADA BEBERAPA BUAH SAHAJA DI MALAYA NI...
MELALUI PEKAN SIK
TU DIA....DAH SAMPAI ....JANGAN TERLEPAS SIMPANG INI ....MASUK KANAN TERUS

TERUS POSING ANAK BERANAK...BUKAN MUDAH NAK SAMPAI LAGI...

Syukur Alhamdulillah aku dan keluarga tiba di sini lebih kurang jam 10.45 pagi...sempat meluangkan masa lebih dua jam untuk menikmati pemandangan ladang anggur, minum2 dan membeli cenderamata.  Pada rasa ladang ini antara yang terbaik untuk bersama keluarga dengan cuaca yang nyaman dan boleh melihat anggur dari dekat.....walaupun saiz buah angggur berbeza yang ada di luar negeri, usaha kerajaan Negeri mesti dipuji dengan kesungguhan mereka.

Lepas ni banyak lagi gambar2 ladang anggur...best....

Tuesday, September 17, 2013

JALAN JALAN RAYA DI SG PETANI KEDAH DAN JJ BANDAR PERDA

As Salam,

Hari kedua (14 Ogos) berada Penang....lepas tugasan rasmi pada sebelah petang terus ke Sg Petani  beraya di rumah  rakan setugas Kedah/Perlis....dan lepas tu terus pulang ke JJ  Bandar Perda untuk beraya di rumah  kawan isteri pulak.....memang best kalau dapat berjumpa kawan2 lama...
GAMBAR KENANGAN DI DEPAN RUMAH SDRA RUSLAN, 
 KG TELOK WANG BESAR SG. PETANI, KEDAH

MY WIFE DENGAN SAHABAT LAMA DIA HAMIDAH DI JJ BDR PERDA

Menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau dan hampir menguning di Sg Petani depan rumah kawan memang best......


SAWAH PADI SEDANG MENGUNING..
RASA TENANG BILA TENGOK SAWAH PADI NI....
YANG INI MASIH HIJAU DAN MENGHAMPIRI MUSIM MENUAI

Yang bestnya kali ini anak2 pun seronok menikmati pemandangan sawah padi....di Bangi dan KL mana ada semua tu....bagi aku pulak....semua pemandangan samada laut, gunung,  sawah padi  tetap aku suka....menikmati semua ciptaan Allah SWT.

Lepas ni.....Ladang Anggur Tasik Beris....impian jadi kenyataan....

Thursday, September 12, 2013

SIBUK BEKERJA.....PENAT DAN KURANG MASA.....MOHON MAAF.....

Assalaamualaikum wbt,

Mohon maaf sebab dah lebih satu minggu tak buat post baru......tugasan rasmi merata- rata..Penang....Jalan2 Raya......Penang......dan terbaru Kuching, Sarawak......lepas ni.....Insyallah....Taiping....Ipoh.....Kuantan.....Johor Bharu dan Kota Kinabalu....bukan komplen atau merungut sebab inilah pilihan hati  aku.....kerja di luar memang seronok sejak 20 tahun lalu....bersyukur sebab isteri dan anak2 memahami tugasan aku....

Bila ada peluang berehat....lepak kat rumah tidor....tengok tv atau  tengok cerita yang anak2 download dari internet jadi pilhan hati aku....

Banyak dah gambar yang aku snap dan belum edit untuk blog ni.....Insyallah.....

Tuesday, September 3, 2013

TUGASAN RASMI DI PENANG- (1)

Assalaamualaikum wbt,

12 Ogos awal pagi bertolak ke Penang, macam biasa kali ini tugasan rasmi tetapi bawa semua anggota keluarga sama dan jalan2 raya sekitar Penang dan Kedah.......

Yang bestnya kali ini semua anggota keluarga dapat ikut  sama kerana biasanya saya travel sorang2 atau bersama rakan pejabat ....Alhamdulillah..Sempat singgah pekena Mee Udang Nur Zetty di Changkat Jering , Taiping....memang best.....tapi terlupa nak snap gambar....hehehe.

Dalam perjalanan sempat suruh anak bujang kedua snap gambar pemandangan sekitar Taiping Utara, Bukit Merah dan sekitar Seberang Perai...

Biasa lokasi RNR yang wajib singgah adalah Tapah sebab  nak beli jambu batu....peberet kami anak beranak... 


BANYAK PILIHAN JAMBU BATU DAN JAMBU AIR
 GERAI PILIHAN FAMILI SAYA
POSING SEBELUM BERTOLAK TERUS KE PENANG
 MELEWATI TAIPING UTARA
 MELEWATI BUKIT MERAH DAN LADANG IKAN KELISA@AROWANA

Alhamdulillah dah selamat sampai dan check in kat Hotel Ixora,Seberang Perai , Pulau Pinang.....rest dulu

PEMANDANGAN OK JUGAK MENGADAP PULAU PINANG