Thursday, January 29, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH - (KE SEKOLAH MENENGAH) - BAB 4

Assalaamualaikum wbt,

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.
Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Allah telah memberi jaminan akan mengampun terhadap sesiapa yang hendak diampuniNya. Terutama kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh...

Sambungan post terdahulu.....memang banyak ragam dan pengalaman di sekolah rendah...dari guru-guru, rakan kelas dari keturunan Melayu, Cina, India , Serani, Benggali dan dan Indonesia.....masa tu tidak ada rasa rendah diri....atau sensitif....aku jugak aktif sukan dan aktif kelab pertanian.

Hujung tahun 1975, tibalah giliran aku diberitahu guru kelas untuk ke sekolah menengah pada tahun 1976.  Ramai yang dapat terus ke Sekolah Menengah Laki2 Bukit Bintang di Jalan Utara,....kebetulan 3 orang abang2 aku jugak pernah berada di sana.....memang menjadi keutamaan sekolah mengikut alamat dan jika ada abang bersekolah di sekolah menengah yang mempunyai nama yang sama. 

Ramai yang jugak rakan-rakan menangis kerana terpaksa ke sekolah yang baru dibuka ketika itu, SM Seaport....berhampiran dengan Kelana Jaya dan Subang. Hampir semua mereka memang mempunyai alamat di Kelana Jaya, Kampung Tungku dan  sekitar jalan SS.....Mereka menangis kerana sedih sebab dah bersama selama 6 tahun semasa dari darjah satu hingga darjah enam.

Awal Januari 1976 aku....melapor diri ke SM Laki- Laki Bukit Bintang....banyak jugak kejutan budaya.....tunggu next entri

Tuesday, January 27, 2015

RINGAN DISEBUT , BERAT DITIMBANG

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: (al-Bukhari)

Kategori: Ibadah
Hadith: 
Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
Huraian Hadith: 
Zikir dalam ertikata sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kapada Allah. Maka segala aktiviti yang tujuannya menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah dinamakan zikir, seperti solat juga dinamakan zikir. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ( Tahaa: 14 ). 

Namun begitu pengertian zikir yang lebih spesifik adalah menyebut nama Allah dengan lisan dan hati. Berzikir dengan lisan dan hati adalah perintah Allah yang mempunyai manfaat yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya ( Al Ahzab:41) Berzikir adalah suatu cara untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. 

Apabila seorang hamba sudah dekat dengan Tuhannya maka segala hajat yang diminta dan diinginkannya pasti termakbul sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah saw dalam hadith Baginda yang bermaksud: Dan Aku bersamanya bila ia berzikir ( HR.Muslim ).

Tuesday, January 13, 2015

AKU SANGAT TERKEJUT ....

Assalaamualaikum wbt,


Beberapa minggu lepas aku sengaja membelek dan membuat semakan semula semua post2 yang aku dah buat beberapa tahun lepas, merasakan mungkin ada komen yang belum aku baca dan balas.

Tetiba mata aku tertumpu pada satu post aku bertarikh 5 Ogos 2012....ada 35 komen dan 16,872 view atau dibaca 5 Ogos 2012. Mana pernah sampai berbelas beribu yang baca post aku.... dan komen sehingga 25 September 2014

Tajuk post aku Tanda- tanda Akhir Zaman- Kelahiran Imam Mahadi. Artikel asal tersebut adalah milik kawan aku yang aku amik dari emailnya  dan penceramahnya adalah Ustaz Shukri Harun....

Aku sebenarnya ada dua pilihan ketika ini, delete post tersebut atau biarkan. Sehingga kini aku masih belum delete post tersebut.

Yang aku terkilan banyak komen yang menghentam aku dan ada  yang menyokong dan ada yang bantu membuat penjelasan. Terima kasih kepada yang tolong bantu buat penjelasan terutama kepada Ustaz  Shukri Harun yang turut membantu membuat penjelasan. 

Yang menghentam seperti biasa menggunakan nama Anonymous....be gentlement....letak nama dan blog biar kita berbahas pulak atau kita jumpa face to face....aku lebih suka begini.

Terbaharu aku dinasihatkan oleh rakan2 seperjuangan yang pernah belajar di Makkah dan Madinah agar aku tidak lagi upload artikel berkaitan dengan Syiah ke, Imam Mahadi ke atau apa sahaja yang memusuhi Ahli Sunnah  kerana musuh2 ini lebih2 lagi yang taksub kepada Syiah dan Imam Mahadi akan menghentam dan bantai siapa saja yang mereka anggap musuh. Aku ok ajer.....kalau mereka ada blog sendiri  atau email address kita boleh berbahas....berani dan gentlement sikit....


Salah satu analisa aku sendiri rupanya golongan musuh Ahli Sunnah ni ada di mana2 dan aku terkejut di Malaysia pun ramai golongan ini dan mereka tersangat taksub....dalam kes artikel ini, bagi yang menggunakan nama Anonymous dan yang menghentam aku ikut suka mereka....sila jadi orang yang berani dan lebih bertanggungjawab....gunalah nama sendiri...

Tuesday, January 6, 2015

MEMELIHARA HUBUNGAN

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Riwayat Bukhari dan Muslim
Kategori: 
 Akidah

Hadith: 
 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.
 
Huraian Hadith: 
 
 
  1. Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
  2. Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
  3. Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
  4. Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.

PINDAH TEMPAT KERJA.......SIBUK SANGAT.....

Assalaamualaikum wbt,

Mohon maaf pada semua pembaca saya sibuk sjak sebulan dua ni.....bertukar tempat kerja ke  Shah Alam, Selangor. 

Belum sempat nak update.....Insyallah sedikit masa lagi...