Sunday, September 19, 2010

FOTO PAGI RAYA 2010 ...........ERTI KESABARAN DAN KEREDHOAN

Salam,

Setiap tahun semua beraya mesti nak happy2 kan, termasuk sesi bermaafan dan bergambar.
Yang benarnya tahun ni banyak jugak foto raya di snap oleh anak dara dan anak bujang aku lebih 200 keping,  tapi yang aku suka nak share beberapa keping ajer.....( Raya di Muar). 

FAMILI AKU DAN IBU MERTUA

BERSAMA FAMILI HJ ALI,  HJ ABU BAKAR , FAMILI AKU 
DAN IBU MERTUA AKU(DUDUK TENGAH)

Anak dara aku dah upload lebih kurang 200 keping gambar dalam FB,  kalau ada masa boleh tengok dalam FB aku jugak. Sessi beraya di Klang rumah kakak dan abang aku di post akan datang.
 
Cuma kekadang bila ditimpa musibah dan dugaan ( kereta dilanggar dan dicalarkan) sedikit sebanyak merencatkan kemeriahan berhari raya , tp dalam hati aku sentiasa muhasabah diri, Allah memang ada perancangan yang lebih baik. Amin.  Tk kepada semua yang memberikan komen dan nasihat,  tiga nasihat dari CL, CR dan IP menyentuh hati aku. Masih banyak aku perlu pelajari erti kesabaran dan erti redho...."ya Allah bagi aku kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan ".....Amin.

Friday, September 17, 2010

DUGAAN LAGI,....... KERETA DILANGGAR LARI DAN DICALARKAN

Salam,

Aku baru saja pulang dari surau tempat aku ( 17 September 2010) di Surau Al Kauthar , Seksyen 4,  Bandar Baru Bangi,  lepas solat di tempat letak kereta berhampiran dengan jalan 4/6,  lorong antara rumah dan dekat 5 tahun aku letak kereta di situ kalau solat Jumaat,  ini kali pertama kereta aku di langgar lari,  kena sagat bahagian tepi bumper dan bawah bumper bahagian depan kemek teruk.  Hilang sabar aku....memang ba.., cela.., lahan......,  kali ini aku memang hilang sabar.....masa menulis ni hati tengah panas sangat...dah tak terkawal rasanya.... mereka siap calar kereta aku dengan perkataan ' sexy'.....apa anda semua akan rasa jika kereta kesayangan anda dibuat begini !!!! .  Marah atau boleh senyum dan redho ? Aku berharap Allah bagi kekuatan pada aku kali ini....Bukan mudah aku nak buang tabiat maki orang ni.....dah 2 tahun 2 bulan aku cuba kurangkan tabiat maki orang ni.....tapi hari ni....entahlah....Ya Allah....bagilah aku kekuatan.... .

Bandar baru Bangi tidak lagi bandar yang selamat kerana ada segelintir budak2 nakal yang tidak mendapat pendidikan sempurna yang berkelakuan seperti orang tidak ada tamadun dan hidup macam binatang..apa yang ada dalam kepala hotak mereka aku pun tak tau...Kali ini memang aku akan buat solat hajat dan doakan mereka mendapat balasan yang setimpal dari Allah s.w.t. Jika mereka tidak dibenteras dari awal.....silap2 akan jadi gengster yang lebih teruk dari yang ada di Banting tu...... Khutbah tadi ada menyebut tentang gejala negatif yang melanda anak Melayu,  termasuk rempit, buang anak,  zina , dadah dan sebagainya...

 Bumper calar dan disagat.

Bahagian bawah bumper kemek

Calar dan cat terkopek


Dicalarkan dengan tulisan 'sexy',  apa sebenarnya 
yang ada dalam kepala hotak budak nakal ni....

Aku percaya mereka juga nak bersolat Jumaat, tp kenapa nak calarkan kereta orang dan langgar kereta orang.....tak boleh nak faham dan fikir apa ada dalam hati mereka ni......Dari statistik yang aku perolehi dari AJK surau ni,  dah lebih 15 motor hilang dari kawasan surau, satu kereta hilang masa solat Subuh last year....kipas surau dah lebih 10 hilang,  tabung solat Jumaat dilarikan......tunggu balasan dari Allah.....

Wednesday, September 15, 2010

RAYA PERTAMA DAN KEDUA , DI MUAR 2010

Salam,

Gambar raya tahun ni banyak dalam FB aku,  guna D90 oleh anak dara dan anak bujang aku.  Dalam hp aku da beberapa keping ajer untuk mudahkan aku masukkan dalam blog aku sendiri , itupu hari raya pertama dan kedua sahaja.

 Makan lodeh dan lauk pagi raya di dapur umah mertua aku

ni pulak makan kuih raya kat umah mertua aku

Raya kedua berjalan ke Bukit Pasir dan Parit Jawa, Muar

Peberet aku,  laksa Johor,  
Raya kedua di rumah Norina Misman,  
salah sorang best fren wife aku di Bukit Pasir, Muar

Ramuan laksa Johor...semua ada

Ni dia kuah laksa Johor kegemaran aku

Lepas tu aku ke rumah sorang lagi best fren wife aku,  Zuraida Zakaria di Parit Jawa , Muar,  pun makan laksa Johor...sori aku terlupa snap gambar.dalam FB anak dara aku ada 200 keping gambar dia upload dalam FB dia....ada beberapa keping dalam foto album aku.

Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDIL FITRI DARI SAYA DAN KELUARGA

Salam semua,

Khas kepada semua pembaca blog yang di Malaysia dan luar negara, yang bagi komen dan singgah  terima kasih yang tidak terhingga.  Jika ada salah dan silap saya mohon ampun dan maaf,  jika ada apa yang saya tulis dalam blog  mengguris hati saya mohon maaf kerana saya tidak berniat begitu,  sekadar berkongsi rasa hati dan pengalaman yang tidak seberapa.....

Ni ketupat hiasan yang saya anyam sendiri....cantik tak ?

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, jaga keselamatan rumah, pejabat dan jaga diri di jalanraya.  Bila makan ketupat ,rendang, lodeh, nasi impit, lemang, kuih raya dan lain2 makanan ingat kepada semua rakan2 kita terutama CL dan Hj Arshad di Makkah.  Amin.

p/s Saya akan pulang ke rumah mertua saya di Muar pagi ni lepas subuh dan beraya di sana sehingga 13 September...jadual berblog juga terhad di sana nanti. Jumpa lagi selepas itu dengan gambar2 beraya dan juadah raya, Insyallah.

Wednesday, September 8, 2010

MERENDANG AYAM KAMPUNG ORGANIK - FASA 2

Salam,

Aku , wife dan anak2 memang suka rendang ayam atau daging ni.....cuma anak dara aku kurang minat ayam......Syukur dah siap rendang tu...

Ayam baru di masukkan

Kemudian ditutup rapat agar cepat empuk, 
cepat kering dan jaga rasa....nyam2..

Daun kunyit diricih halus dan akan masuk bersama
rendang 'last' sekali...biar bau wangi rendang tu..

Daun kunyit ricih baru saja di taburkan atas rendang


Jugak daun kunyit kasar pun masuk sama
Dah nak kering....masa ni jam 2.30 pm...

Dah siap dah .....kecur air liur sementara menunggu 
waktu berbuka ni.....syukur dah siap

Selepas menunggu lebih kurang 5 jam , akhirnya siap jugak rendang ayam ni,  terubat rindu...malam nanti akan dipanaskan lagi untuk lebih kering.....fuhhhh...enaknya...

MERENDANG AYAM KAMPUNG ORGANIK - FASA 1

Salam,

Hari ni aku cuti,  dari awal pagi dah ke pasar bersama wife cari santan kelapa, halia, kunyit, lengkuas, serai, bawang putih, bawang kecik dan macam2 lagi dan yang paling tricky cari ayam organik tapi terjumpa ayam kampung oganik....sambar terus 5 ekor... Aku tolong kopek semua bawang, kunyit dan serai dan ricih sekali ( gambar terlupa snap). Pijar jugak tangan dan berwarna kuning kena kunyit hidup tu....tapi rendang punya pasal aku ok ajer.... Resepi rendang ini saja yang wife aku sempat belajar dari arwah ibu aku....sebab dia pun 'hantu' rendang....

Ayam goreng dulu.......lepas tu mula jam 11.30 pagi semua perencah dan bumbu semua dah siap blend....masuk kuali......lepas tu masuk kerisik.....sehingga saat ni,  masih belum kering lagi......tunggu...sekarang masih jam 1.30 petang.......aduh lamanya rasa.....bau rendang dah menusuk hidung ni....

Tu dia ayam organik goreng satu besen besar

Ada lagi dalam mangkuk kecik

Ni dia,  belum kering lagi tapi semua perencah 
dan bumbu dah masuk kuali....
3 jam lagi siaplah kot.....

Rendang ayam atau daging masakan ibu memang peberet aku sejak kecik  terutama di musim Raya Puasa.....nasib baik wife aku sempat menuntut ilmu rendang  dengan arwah ibu aku dulu.  Rindu kat arwah ibu dan teringat dia punya sibuk kalau nak raya....abah aku pulak sibuk rebus ketupat masa tu......semua tu kenangan yang aku tak boleh lupa......Sekarang giliran aku dan wife pulak....Tunggu bila rendang dah mula nak kering dan masak....

Sunday, September 5, 2010

TIADA HALANGAN DI LALUAN TANGGA DAN DEPAN LIF- PART 3

Salam,

Salah satu tabiat segelintir kontraktor, cleaner atau sesetengah pekerja am adalah meletakkan sampah,  kertas, perabut rosak di depan lif atau laluan tangga kecemasan.  Ini adalah amalan yang tidak baik dan boleh menyebabkan berlaku kemalangan dan seterusnya kematian jika laluan tersebut di gunakan semasa kecemasan termasuk semasa kebakaran.  Halangan ini menganggu laluan dan boleh menyebabkan staff terjatuh ketika melalui tangga atau laluan kecemasan ini.

Kepada yang merokok di tangga kecemasan pastikan tin habuk rokok tidak diletakkan di tengah2 laluan tangga ini.  Lagi satu tabiat yang tidak baik adalah menyendal pintu kecemasan dan biarkan sentiasa terbuka,  pintu kecemasan di laluan tangga mestilah sentiasa tertutup sepertimana arahan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Fungsi pintu kecemasan tersebut adalah untuk menghalang api, asap dan wap atau wasap dari memasuki ruang tangga  kecemasan,  pintu ini biasa tahan dari api kebakaran antara 1 hingga 3 jam bergantung kepada kualitinya.

Contoh amalan tidak sihat....letih dan jemu 
nak ingatkan mereka

Ni pulak sampah dan bahan binaan...
Jangan sendal pintu kecemasan ni....
Menyendal pintu kecemasan 
amalan tidak baik....

Dua kesalahan berat.....apa dia ?

Bayangkan jika berlaku kecemasan atau kebakaran.....semua orang lari ikut tangga.....laluan di tangga penuh dengan sampah sarap, perabut rosak, bekas abuk rokok, surat khabar lama , kotak2 dll.....kalau sorang terjatuh.....yang dibelakang apa akan jadi....pijak yang terjatuh....langgar yang terjatuh atau tolong yang terjatuh tu....fikirlah semasa dalam keadaan kecemasan dan semua orang nak selamatkan diri masing......

Lebih rumit jika ada perempuan yang sarat mengandung (yang jugak officemate kita ) sedang  menuruni tangga tersebut ....nak langgar mak bonda ni atau tolong dia......isteri kita,  anak perempuan kita, kakak atau adik perempuan kita pun  sedang mengandung ....tepuk dada tanya selera......