Monday, February 7, 2011

JALAN2 CARI MAKAN DI KLUANG DAN MERSING

Salam,

Cuti Raya Cina baru ni,  aku dan famili balik Muar jengok mak mertua aku....3 Feb dapat info dari abang ipar di Yong Peng ,  Ayer Hitam, Kluang dan Mersing tidak banjir......awal pagi lebih kurang jam 7.30 pagi, kami bertolak ke Mersing , melalui pekan Parit Sulong, pekan Yong Peng, pekan Air Hitam....terus ke Kluang.....terus ke Kahang,  masuk jalan Felda Nitar dan terus tiba di Pekan Mersing.....terus ke Felda Kg Endau Mersing  untuk menghadiri majlis pernikahan Izzati.

 Pekan Parit Sulong

Simpang pekan Yong Peng menuju ke Ayer Hitam

 Terkenal di Ayer Hitam

Mercu tanda Bandar Kluang

Syukurlah jalan ok dan tidak banjir masa menuju ke Mersing...ada ladang kelapa sawit yang terendam dan ada sungai yang dah mula melimpah...Singgah di pekan Kluang  nak cari  Kluang Rail Coffee yang terkenal tu, malangnya mereka cuti hari Khamis dan kebetulan mereka buka hari itu untuk anggota keluarga mereka sahaja sempena Tahun Baru Cina....

 Hanya untuk keluarga mereka meraikan Tahun Baru Cina

Tutup hari Khamis, belum ada rezeki nak pekena kopi di sini

Perut dah lapar sebab semua belum lagi sarapan pagi dan perjalanan masih jauh,  maka kami terus berpusing2 di pekan Kluang,  jumpa restoran ini....
Nasi lemak, makanan lain dan kuih muih pun ada kat sini

 Perghhh mee kari pilihan aku

 Meehon sup pilihan Danial


Ammar suka nasi lemak
 
Isteri aku suka meehon goreng

Lepas sarapan terus menuju ke Mersing....ada beberapa lokasi yang telah dinaiki air antaranya tebing Sg Kahang dan beberapa lokasi Felda Nitar, tetapi jalannya masih boleh dilalui lagi....cuak jugak masa nak balik nanti, takut2 air dah naik.....masih sempat berdoa agar air tidak naik...
 Air Sg Kahang dah melimpah ke kawasan kampung berdekatan

Ikut jalan ini lebih cepat dan selamat

Lebih kurang jam 4 petang lepas makan dan berjumpa sedara mara,  kami bertolak  pulang balik ke Muar , sempat singgah beli keropok kering, keropok lekor dan ambil angin di pantai Mersing.

 Kedai yang kami singgah

 Macam2 ada
 Berjenis ikan kering ada

 Cantik lokasi masjid ni, atas bukit

 Ammar di pantai Mersing

 Air surut ketika ini, pantainya berlumpur

 Angin bertiup kuat

Pantai Mersing dari atas bukit
Syukur tidak kena banjir kecuali di simpang Parit Jalil ,Parit Sulong yang jalannya sedikit dinaiki air tapi masih boleh digunakan ketika pulang, tiba di rumah emak mertua aku jam 7.25 petang di saat azan Maghrib berkumandang.

Sunday, February 6, 2011

DETIK2 MAJLIS NIKAH/KAHWIN IZZATI DAN AZRUL DI KG. FELDA ENDAU, MERSING

Salam,

3 Feb lalu aku dan famili bertolak dari Muar awal pagi , melalui pekan Parit Sulong, Yong Peng, Air Hitam, Kluang , Kahang, Felda Nitar , Mersing dan tiba di Kg. Felda Endau, Mersing  lebih kurang jam 11.45 pagi di rumah datuk pengantin perempuan, Izzati  yang jugak anak sulong abang aku, Razali Ibrahim. Abang aku Razali dan famili sebenarnya tinggal di Sg Buloh, Selangor.  Memandangkan Izzati  adalah cucu sulong dan pernah dibela oleh atuk neneknya selama 12 tahun di Kg Felda Endau, datuknya memang berhajat benar untuk melangsungkan majlis perkahwinan Izzati di sini.

 Pintu masuk utama Kg Felda Endau

Rumah datuk Izzati, Pak Hassan Musa

Cuaca elok panas dan majlis berjalan lancar sepertimana yang mereka rancang,  famili aku bertuah dipilih untuk Makan Beradap dengan pasangan pengantin...

 Khemah makan beradap pengantin

 Hantaran daripada pengantin perempuan

.
Hantaran daripada pengantin lelaki
  
Syukurlah hampir semua adik beradik aku dapat datang, abang sulong aku dari Klang, abang ngah aku dari Petaling Jaya, kakak aku jugak dari Klang ,aku dari Bangi  dan sorang keluarga sepupu aku dari Paya Jaras, Sg Buloh dapat hadir sama memeriahkan dan menyokong majlis nikah kahwin Izzati.

 Pasangan pengantin Azrul dan Izzati

Berseri di atas pelamin

 Famili aku

 Aku dan wife bersama pengantin sebelum Makan Beradap

 Pengantin menjamu selera

Kakak aku Ramlah dan keluarga sepupu aku, Faridah

 Abang Manap dan Abang Amizan

 Anggota keluarga aku, Kak Idah, Kak Uji dan keluarga

Famili aku dan famili pengantin perempuan
(baju Melayu oren tu abang Razali, bapak pengantin
dan baju kurung hitam Kak Noor, emak pengantin)

Moga jodoh mereka diberkati Allah s.w.t hingga ke akhir hayat. Ameen.

Tuesday, February 1, 2011

JALAN2 MAKAN SAKAN DI RUMAH TAHU LEMBANG, BANDUNG , PT 3

As Salam,

Selepas dari Tangkuban Perahu,  perut terasa lapar....terus menujuk ke Rumah Produksi Tahu Susu Lembang....kita tengok apa ada di sini.....jom layan....
 Luas rumah produksi mereka
 Bersih, kemas dan luas
 Tahu mentah segar
Awek pelaris pun ada
Tempat makan pun istimewa
 Sempat posing sebelum makan tahu
 Ada taman mini dan permainan mini
 Telur itik masin pun dijual di sini
 Meja makan kayu jati, unik dan cantik
Kebun strawberry pun ada, 
tapi masa kami datang tidak berbuah
Baru nak menikmati tahu goreng
 Maaf, gambar tahu kabur....
guna Nikon Coolpix ni, silap fokus
Cincaunya warna hijau, sedap dan lembut
Telur masinnya halus dan tidak berapa masin...
 Keropok tahu
Keropok kulit tahu..ada kelainan
 Pisang goreng cheese...(pisang tanduk)
ni memang sedap sangat...mesti cuba

Bila perut dah kenyang tahu dan goreng pisang , senang hati...terus gi shopping kat FOR MEN...hehehe...