Wednesday, May 28, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (MAKAM ABU AYUB AL ANSARI)- BAB 36

Assalaamualaikum wbt,
(27 JANUARI 2014- ISNIN)
Selesai sudah naik kereta kabel yang  berjarak 350 Meter...destinasi kedua berjalan kaki .terus menuju ke Perkuburan Abu Ayub Al Ansari.....mata aku liar tercari2 kalau2 ada ternampak kubur Ahmad Ammar Ahmad Azam....memang tidak kelihatan kerana perkuburan ini agak luas dan tidak ada rezeki kami buat masa ini..... Sila rujuk sejarah Islam dan kehebatan Saidina Abu Ayub Al Ansari ( Khalid bin Zaid RA)
SEMUA BERJALAN KE PINTU MASUK
ISTERI TERSAYANG POSING HABIS... GAMBAR YANG AKU PALING SUKA...
AKU KERAH MEREKA IKUT SAMA
MUNGKIN INI SALAH SATU PINTU MASUK UTAMA
LUAS KAWASAN PEMAKAMAN INI
POSING DULU SEBELUM MASUK
DI BAHAGIAN DALAM MAKAM AKU JUMPA PAPAN TANDA INI...SEJAK TAHUN 622
SEPERTIBIASA TAKLIMAT DI DEPAN MAKAN ABU AYUB AL ANSARI
BERPAGAR MAKAM ABU AYUB AL ANSARI YANG JUGA SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW
KELAM DAN CANTIK BAHAGIAN DALAM MASJID DI SINI
SATU POST KENANGAN DI SINI
WIFE PUN TURUT SERTA POSING
Luas dan cantik bahagian dalam kawasan makam ini.....rupanya di bahagian luar lagi cantik siap ada kolam air pancut lagi di luar.....selain kawasan makan jugak sebagai kawasan pelancungan dan kebetulan ada makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Ayub Al Ansari yang terkenal dengan perjuangan dan kepahlawanan dan yang paling penting adalah pengorbanan beliau di dalam mengembangkan syiar Islam di bumi Turki dan Eropah.
PEMANDANGAN DARI LUAR
LUAS DATARAN INI UNTUK PELANCUNG
POSING ISTIMEWA BERSAMA WIFE
CANTIK  KAWASAN PEMAKAMAN INI
LAGI POSING AKU DAN WIFE
ADIERA DAN WIFE MENCELAH
Aku masih tercari2 makam Ahmad Ammar Ahmad Azam....namun diberitahu oleh Ali makam tersebut di bahagian lain dan agak jauh untuk berjalan kaki. Al Fatihah
Sepanjang aku nak leluar dari kawasan makam sempat amik beberapa foto sekitar Makam ini.
BAHAGIAN LUAR SALAH SATU PINTU MASUK KE MAKAM
ANTARA KEMUDAHAN DI SINI
MUNGKIN KE PEJABAT PENTADBIRAN MEREKA
MENUJU JALAN KELUAR KE BAS

Sementara menuju ke bas pemandangan di sekitar luar makan berhampiran dengan stesyen kereta kabel memang cantik dan luas....apa lagi posinglah....

WIFE POSING LAGI

Selepas ini bas terus ke Spice Market......yang ditunggu -tunggu.....shopping...

Tuesday, May 27, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG - PIERRE LOTTI HILL ( BAB - 35) - SALJI SALJI SALJI ---- SNOW FLAKES

Assalaamualaikum wbt,
(27 JANUARI 2014 - ISNIN)
Hari kedua terakhir berada di Istanbul , Turki....dah mula terasa sedih...selepas sarapan pagi berkumpul di lobi terasa sejuk sangat.....di luar kereta merah tu penuh dengan tompokan putih....Emping Salji.....perghhhhhh aku begitu teruja sebab memang tersangatlah nak melalui pengalaman dapat salji di Istanbul ini....Syukur alhamdulillah.....akhirnya.....aku begitu teruja sesangat.....wife dan anak2 pun teruja sesangat. (Aku merancang lama ke Turki sejak 5 tahun dulu dan berharap agar dapat menikmati salji di sini, malangnya bulan Disember aku tidak dapat pilih kerana anak perempuan aku masih ada peperiksaan...itulah sebabnya Januari dipilih dengan harapan masih ada salji). Sejak pertama kali mendarat di Lapangan Terbang Istanbul aku sentiasa bertanya dengan Ali (pemandu pelancung) adakah aku berpeluang tengok salji dalam bulan Januari ini.....jawapan dia mudah...Insyallah.

Di luar sana mungkin ramai pembaca yang belajar di luar negara....di negara sejuk....salji bukanlah perkara asing pada tuan/puan....tapi untuk aku dan keluarga memang teruja...

TU DIA EMPING SALJI...SNOW FLAKES
KETIKA INI SUHU -1 DARJAH CELCIUS....TIGA LAPIS BAJU SEJUK
Hampir semua keluarga begitu teruja di depan hotel,bergambar sakan dengan sejuknya dan yakin salji akan turun di Kawasan Bukit Pierre Lotti  atau kawasan Makan Abu Ayub Al Ansari. Turun sahaja dari bas emping salji sudah mula kelihatan sedikit demi sedik...kawasan  bukit dah putih dilitupi salji nipis.....walapun sedikit sudah cukup mengubat hati aku.
KERETA KABEL YANG AKAN KAMI NAIKI AKAN MERENTASI MAKAM INI TERUS
 KE PUNCAK BUKIT PIERRE LOTTI
HAHAHA.....TADAH TANGAN TUNGGU SALJI
MEREKA JUGAK TUNGGU SALJI....HAHAHAHA
Jarak untuk naik ke puncak dari Stesyen bawah bukit ke atas Bukit Pierre Lotti hanyalah 350 meter dan ini hanyalah satu2nya kereta kabel yang ada di Istanbul...dari maklumat yang aku perolehi...yang menariknya akan merentasi Makam dan Perkuburan Abu Ayub Al Ansari..

WIFE DEPAN STESYEN KABEL...TUNGGU SALJI...HEHEHE
AKU PUN POSING SAMA...ATAS BELAKANG TU KAWASAN PERKUBURAN...
DALAM KERETA KABEL KETIKA NAIK KE ATAS....TERUJA SESANGAT
NI DIA PUNCAK BUKIT PIERRE LOTTI..
PEMANDANGAN DARI PUNCAK MENGHALA KE GOLDEN HORN ( SEBELAH KIRI)  ISTANBUL
SALJI PENUH ATAS KEPALA AMMAR
AKU TERUJA DAN AKU SEBAK DAN AKU AMAT BERSYUKUR PADA ALLAH SWT...
WIFE , AKU DAN KAKAK AKU....MEMORI INDAH
DI BELAKANG KAMI GOLDEN HORN
KENANGAN MANIS AKU BERSAMA WIFE YANG AKAN AKU KENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT AKU (KUMPUL SALJI DI TANGAN KIRI)
KAKAK AKU PUN TERUJA KUMPUL SALJI
AKU DAN ADIERA....MEMORI INDAH
AKU DAN DANIAL...MEMORI INDAH
AKU DAN AMMAR....MEMORI INDAH
KENANGAN MANIS YANG TIDAK AKAN AKU LUPAKAN HINGGA AKHIR HAYAT AKU..
CANTIK....SEJUK DAN HAMPIR BERKABUS...TIDAK PUAS BERADA DI SINI...
WIFE AKU SEMPAT BERGAMBAR DENGAN PELANCUNG KOREA
MEREKA SEMUA BEGITU TERUJA...
TU DIA HARGA MINUMAN..ADA GERAI MAKANAN DAN MINUMAN DI ATAS NI..
TUNGGU GILIRAN NAK TURUN DAH
DALAM KABEL NAK TURUN DAH
NAK TURUN DAH....DANIAL SERIUS SEMACAM
VIEW KAWASAN PERKUBURAN ABU AYUB AL ANSARI DARI ATAS KABEL
BERGAMBAR DI STESYEN SEBELAH BAWAH....DAH TURUN DAH
SELESAI DI STESYEN KABEL
POSING LAGI SEBLEUM KELUAR
TEMPAT BERKUMPUL JIKA BERLAKU KECEMASAN
Walaupun salji nipis atau snow flakes aku tetap bersyukur kerana merasa dan perasaan ini aku dapat di Istanbul, Turki  sepertiman yang yang aku rancang. Syukur Alhamdulillah .. Jika ada rezki dan ada umur yang panjang aku pasti akan datang ke Turki lagi.

Berjalan terus ke Makam Abu Ayub Al Ansari...

Monday, May 26, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (DELIMA, BERANGAN BAKAR, TEH PANAS, JAGUNG REBUS DAN JAGUNG BAKAR) - BAB 34

Assalaamualaikum wbt,
( 26 JANUARI 2014 - AHAD)
Satu perkara yang aku perasan dan agak sama di mana2 pelancung berada  sudah pasti ada stall atau gerai kecik yang menjual  minuman dan makanan yang enak ini. Selepas melawat Aya Sofya memang terasa lapar sgt.....jus delima segar, tengok jagung panas, buah berangan panas dan roti bulat Turki (Simit) semuanya sedap.....so apalagi beratur beli....hehehe.


TU DIA GERAI2 BERGERAK TU....
Di mana saja tumpuan pelancung samada depan Masjid, Muzium atau tempat tumpuan ramai yang pasti mesti  ada stall jual, roti (simit) buah berangan bakar, jus delima segar dan teh panas....memang tengah kesejukan dan cepat lapar inilah  buat pengalas perut....semuanya nampak sedap

BERGERAK  KELUAR DARI MUZIUM KE DATARAN TEMPAT MENUNGGU
BELAKANG TU BAS PELANCUNG DUA TINGKAT DAH MACAM DI LONDON
Aku jumpa penjaja ini di depan Muzium IstanaTopkapi....kecur air liur tengok buah berangan bakar dan delima segar.....(sekali lagi aku tak beli jus delima....terkilan lagi)....tapi beli buah berangan bakar....perghhhhh enaknya...

SEGAR2 DAN BESAR2
TEH PANAS TURKI
JAGUNG DAN BERANGAN BAKAR
SIMIT@ROTI PUN SEDAP....PERGHHHH
SEDAPNYA BUAH BERANGAN SEGAR DIBAKAR....BAUNYA PUN SEDAP
JAGUNG REBUS DAN JAGUNG BAKAR
BERANGAN DISUSUN CANTIK
GERAI NI JUAL BERANGAN DAN JAGUNG
KECUR AIR LIUR TENGOK DELIMA
KAKAK DAN WIFE AKU PUN BERATUR BELI SIMIT
JAGUNG REBUS TUA@COKLAT PUN ADA

Habis dah program melawat tempat bersejarah .....esok ke Makam Abu Ayub Al Ansari , Spice Market dan Grand Bazaar.....tempat shopping yang ditunggu2.