Saturday, June 14, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG- (LEPAK MINUM PETANG SEKITAR GRAND BAZAAR) - BAB 41

Assalaamualaikum wbt,
Sepertibiasa memang anak2 cepat lapar dan cepat haus bila kesejukan  begini...apa lagi kebetulan sekitar Grand Bazaar (GB) ada banyak kedai makanan dan minuman....semuanya jadi sedap walaupun ianya bukan makanan biasa kita seperti goreng pisang atau cekodok...aku rasa kalau ada gerai cekodok atau goreng pisang kat sini mau jadi gerai yang sangat laris bila sejuk2 begini....hehehehe....terlajak laris...


NI DIA KEDAI KOPI TU....SEMUA MAKANAN NAMPAK SEDAP...
HENTAM SAJA LAH.....YANG PENTING KENYANG
MUKA KESEJUKAN DAN KELAPARAN....HEHEHE
NIA DIA NASI  BERLAUK DAN BERSAYUR TU....MEMANG SEDAP...LAPAU SGT NI
TEH TURKI NI MEMANG DALAM GELAS KECIK BEGINI...MACAM TAK CUKUP AJER NI
DEKAT DENGAN CAMII DAN GRAND BAZAAR JE KEDAI KOPI NI....POKOK PUN KERING 
Lepas minum terus menuju ke parking bas....dekat ajer.....berderet bas-bas pelancung di sini...bas sudah sedia menunggu untuk bawa balik ke hotel untuk berkemas dan destinasi Agung seterusnya esok adalah  Madinah Al Munawarrah dan Makkah Al Mukarramah...
PEMANDANGAN BERHAMPIRAN PARKING BAS
POSING LAGI...MEMANG SEJUK SANGAT,BAJU TIGA LAPIS SIAP GLOVE LAGI...
WIFE POSING SEBELUM NAIK BAS
AKU PUN POSING SEBELUM NAIK BAS
Alhamdulillah telah pun lengkap untuk ziarah kali ini ke beberapa tempat penting di Istanbul....Insyallah jika ada rezeki dan kelapangan masa akan ke sini lagi kerana yang sebetul2nya aku dan keluarga tidak puas berada di Istanbul ini kerana masih banyak lagi tempat yang belum dilawati. 

Bas meluncur laju dan melewati Masjid Biru , Aya Sofya, Selat Bosphorus dan melalui jalan2 biasa selama 4 hari berada di Istanbul.....hati aku sebak mengenangkan entah bila lagi akan dapat datang ke Bumi Uthmaniyah @ Ottoman yang Agung ini.


DARI ANGLE INI KITA BOLEH NAMPAK ENAM KUBAH MASJID BIRU SEAKAN-AKAN SEBARIS
BEGITULAH KEUNIKANNYA..
SELAMAT TINGGAL AYA SOFYA....INSYALLAH KITA JUMPA LAGI

SELAT BOSPHORUS DAN MASJID INI KAMI LALUI SETIAP KALI PULANG KE HOTEL

Thursday, June 12, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (GRAND BAZAAR)- BAB 40

Assalaamualaikum wbt,
(27 JANUARI 2014- ISNIN)
Dari AGORA kami  berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke Grand Bazaar....seperti biasa Ali pemandu pelancung memberitahu dalam taklimatnya bahawa di sini ada lebih 3000 kedai yang menjual berbagai barangan dan cenderamata...boleh sesat kalau tidak biasa...kami bersolat dulu di belakang Grand Bazaar ada CAMII....wudhuk memang begitu mencabar...airnya...mak datuk....sesejuk air batu...perghhhh...
TAKLIMAT DI SEBELAH CAMII DAN BERDEPAN DENGAN PINTU MASUK GRAND BAZAAR
CAMII BERSEBELAHAN GRAND BAZAAR
TERSEREMPAK DENGAN KANAK2 MISKIN DI TEPI CAMII BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK GRAND BAZAAR.....KESEJUKAN MEREKA DI SINI..
SALAH SATU PINTU MASUK UTAMA GRAND BAZAAR DARI ARAH CAMII
AKU SURUH WIFE POSING DULU..
GILIRAN AKU DALAM GRAND BAZAAR
POSING LAGI...
SEDANG BINCANG NAK BELI APA LAGI.????
Malaysia memang terkenal di Turki.....tengok saja bendera di bawah.....aku difahamkan salah seorang anggota keluarga pekedai ini berkahwin dengan warganegara Malaysia....aku tumpang bangga  dengan semangat pekedai ini yang mengibarkan Jalur Gemilang.
TERSELIT JALUR GEMILANG.....BANGGA
CENDERAMATA CANTIK DAN BERMUTU TINGGI
BEG GALAS PUN BANYAK
DAH SIAP SHOPPING TUNGGU ANGGOTA ROMBONGAN YANG LAIN....
PUAS HATI SEBAB DAH COVER SEMUA TEMPAT WAJIB SHOPPING
Kesejukan, kehausan  dan cepat lapar berada di sini....apa lagi cari kedai makan lah lepas ni....hehehe.

Wednesday, June 4, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (BUTIK KARPET)- BAB 39

Assalaamualaikum wbt,
(27 JANUARI 2014- ISNIN)
Bila dah makan tengahari dan perut kenyang bersemangat semula nak buat aktiviti seterusnya....dalam perjalanan ke Grand Bazaar kami singgah ke sebuah butik karpet yang terkenal di Istanbul, AGORA....mewah butik ini siap ada jual barangan kemas dan tempat demonstrasi karpet. Karpet di sini adalah buatan tangan dan sangat bermutu tinggi dan harganya memang berbaloi. 

JALAN YANG SAMA  MENUJU KE AGORA DAN GRAND BAZAAR


BELAKANG TU STOK KARPET BERMUTU TINGGI
BELAKANG WIFE  TU BARANGAN KEMAS
CONTOH BAHAN PEMBUATAN KARPET
SEBAHAGIAN DARI ANGGOTA ROMBONGAN KAMI
KAKAK AKU, AMMAR, DANIAL DAN USTAZ MUAZ (MUTAWWIF KAMI)
WIFE AKU, ADIERA DAN ANGGOTA ROMBONGAN LAIN

Demo dan penerangan berkaitan dengan pembuatan karpet di buat secara professional dan cara mereka melambung, memusing dan 'mencampak' karpet begitu menarik...tapi aku tidak sempat snap foto mereka begitu leka dengan penerangan dan persembahan mereka...

PENERANGAN YANG SANGAT BAIK DAN TERPERINCI DALAM BAHASA INGGERIS

Harga karpet jangan terkejut...paling murah RM 500.00 dan hingga  berpuluh ribu....kualiti tidak perlu dipertikaikan memang sangat baik.....

PALING MURAH YANG WARNA MAROON RM 500 ATAS KANAN TU...
YANG LAIN HARGA LEBIH MAHAL....BERBALOI DENGAN KUALITINYA
BANYAK STOK MEREKA

Tuesday, June 3, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU MUHAMMAD SABRI AMIZON DAN ZULIKA ABD KARIM

Assalaamualaikum wbt,

Anak buah aku  Muhammad Sabri Amizon selamat dinikahkan  dan bersanding di rumah pengantin perempuan di Kg Sawah Baru, Labis Johor pada 30 dan 31 Mei lalu. Sabri adalah anak bongsu arwah abang aku  yang ketiga iaitu Amizon Ibrahim dan arwah isterinya Jumeah Sungep.  Sedih jugak sebab Sabri bernikah dan bersanding selaku anak yatim piatu...aku dan beberapa adik beradik aku hanya sempat  hadir ke majlis persandingannya pada 31 Mei lalu disamping memberikan sokongan moral kepadanya.  Aku dan anggota keluaga dan adik beradik aku mendoakan jodohnya berpanjangan hingga ke akhir hayatnya.

MUHAMMAD SABRI AMIZON...SALING TAK TUMPAH WAJAH ABANG AKU AMIZON
PENGANTIN DIIRINGI PENARI KUDA KEPANG DAN PENARI ZAPIN
SERASI ,SEHATI DAN SEJIWA
CERIA DI HARI BAHAGIA MEREKA BERDUA...ALHAMDULILLAH 
DARI KANAN ABANGAH AKU, ABANG ZALI DAN SABRINA ( KAKAK SABRI)
HARI BAHAGIA MEREKA BERDUA
ADAT JOHOR PENGANTIN KENA TOL DENGAN KANAK2....ADA LAGI...
KENA TOL LAGI ....DENGAN  YANG LEBIH TUA PULAK...HEHEHE
SAAT BERSEJARAH MEREKA BERDUA BERSANDING
ROMBONGAN PENGANTIN LELAKI DAN AKU SEKALI
SEDARA MARA PENGANTIN PEREMPUAN DAN ORANG KAMPUNG

Aku tabik pada penduduk Kg Sawah Baru dan guru2 di sini kerana berjaya mengekalkan adat dan budaya mereka iaitu tarian kuda kepang dan tarian zapin yang mereka persembahkan.

TARIAN KUDA KEPANG....TAHNIAH PADA MEREKA
TARIAN ZAPIN.....TAHNIAH PADA MEREKA
Majlis penutup dengan majlis potong kek oleh kedua2 mempelai. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan sekali lagi didoakan  agar jodoh mereka berpanjangan hingga ke Jannah. 

Sunday, June 1, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG ( MAKAN TENGAHARI)- BAB 38

Assalaamualaikum wbt,
(27 Januari 2014- Isnin )
Agenda ketiga arini  adalah makan tengahari di Restoran MERCAN berhampran Spice Market yang jugak berhadapan dengan Selat Bosphorus.Restoran yang sederhana dan agak luas.

JUGAK MENGHIDANGKAN MAKANAN LAUT
BERHADAPAN JALAN BESAR UTAMA DAN PENGKALAN BOT SEKITAR SELAT BOSPHORUS
BOLEH TAHAN SIBUK TEMPAT NI
AMMAR DAN DANIAL RELAX JE SBB DAH MAKAN ROTI TADI
Menu makanan mereka agak sama disebelah tengahari....roti wajib ada, sayur segar gerenti ada dan sup cendawan kali ini....bila dah laparrrr semua nampak sedap sangat..

FAMILI AKU....DANIAL MEMBELEK ROTI YANG DIHIDANGKAN
ANTARA FAMILI LAIN

Selepas makan bergegas pulang sebab nak ke Grand Bazaar pulak....wajib pergi sebab nak shopping lagi....hehehe.