Wednesday, July 9, 2014

BERBUDI PADA TANAH....REZEKI RAMBUTAN DI BULAN RAMADHAN

Assalaamualaikum wbt,
(28 JUN 2014)
Alhamdulillah setiap bulan aku , wife dan anak2 akan jadikan aktiviti bulanan balik ke kampung wife di Air Hitam, Muar 

Dah jadi perangai aku mesti jenguk pokok rambutan tidak kira musim buah atau tidak.....alhamdulillah tahun ni bulan April 2014....4 pokok rambutan berbuah....yang lebat 3 pokok sahaja....aku jangka bulan puasa dapatlah merasa jika tidak dimakan kera...ada kes di kampung bila buah rambutan masak,rombongan kera menghabiskan beberapa pohon rambutan masak ranum dalam masa beberapa jam sahaja........biarlah dah rezeki mereka....Tapi untungnya tahun ini kera2 di kampung mabuk rambutan kot......sebab banyak pokok masak hampir sama.

Aku sempat rakam progress buah rambutan dari putik hingga masak ranum  dari  bulan April, Mei dan Jun dan akhirnya musim memetiknya pada 28 Jun lalu. (yang sempat dipetik 2 pokok sahaja kerana sudah masak ranum).

Ibu Mertua memang menyuruh aku dan wife balik kampung kerana buah rambutan 2 pokok ni dah masak sangat, ramai yang dah merasa dan jiran2 jugak sempat merasa dan aku balik untuk ambil bakinya dan buat pemangkasan sebab aku tak mau pokok ini naik terlalu tinggi.

POKOK SATU JENIS 'BUDAK SEKOLAH' :
APRIL ....LEBAT DAN MASIH BERPUTIK
APRIL - PUTIK.....CLOSED UP 
MEI- BUAH DAH MULA MATANG
MEI.......ADA YANG MULA MASAK
28 JUN -  LEPAS PETIK BUAH BUAT TERUS PEMANGKASAN MAKSIMUM
28 JUN  -   BOTAK  AKU KERJAKAN POKOK NI

POKOK KEDUA JENIS 'GULA BATU'
APRIL - LEBAT JUGAK PUTIK RAMBUTAN NI
 DAUN DAN RAMBUT BUAH RAMBUTAN NI LAIN DARI 
JENIS BUDAK SEKOLAH DI ATAS
MEI.....DAH MULA MENGUNING
MEI  CLOSED UP BUAH MULA MENGUNING...
JUN ....DAH MASAK SIAP UNTUK PETIK DAH
YANG TINGGAL YANG TINGGI2 JE YANG RENDAH SUDAH DI PETIK OLEH ADIK BERADIK YANG BALIK KE KAMPUNG LEBIH AWAL....HEHEHE
SAMA JUGAK BILA DAK PETIK SEMUA BUAH AKU MESTI  MEMANGKAS DAHAN SECARA MAKSIMA UNTUK ELAKKAN POKOK NAIK TINGGI
Kerja aku kali ini memotong dahan, wife aku mengasingkan dari dahan dan ibu mertua aku mengasing dan mengikat buah2 tersebut. Dalam masa satu jam setengah dua pokok selesai aku petik dan siap pangkas sekali. Alhamdulillah banyak jugak yang kami perolehi untuk di bawa balik ke Bangi.
SELEPAS AKU POTONG DAHAN2 YANG BUAHNYA DAH MASAK RANUM
DAPATLAH 3 WHEELBARROW
DAPAT LEBIH 10 IKAT...
SETELAH DIKOPEK MEMANG COMEL TETAPI MANIS
ANAK2 PULAK SUKA YANG SUDAH DI RICIH DARI BIJINYA

POKOK KETIGA 'JENIS BUDAK SEKOLAH JUGAK'
Pokok  yang ketiga berbuah sangat lebat......tetapi belum masak sepenuhnya....aku pun dapat amik gambarnya dari April hingga 28 Jun lalu.....kalau ada rezeki bulan puasa ni dapatlah merasa kalau tidak rezki orang lain.
APRIL - BERPUTIK LEBAT
APRIL - BUAH KALI INI SANGAT LEBAT
BULAN MEI ....
28 JUN....DAH MULA MASAK

Begitulah bila pokok2 berbuah dan masak berperingkat.....untungnya tidak masak serentak.....dapatlah ramai merasa,  aku dan wife sempat pesan pada ibu mertua jika masak dalam waktu terdekat sedekahlah pada jiran2 lagi dan adik beradik yang duduk dekat....sehingga artikel ni ditulis pokok ketiga telah masak ranum dan rezeki kepada adik beradik lain dan jiran2 ibu mertua di sekeliling rumah.Alhamdulillah.

Friday, July 4, 2014

MADINAH KAMI DATANG (MEMBELI KURMA DI PASAR KURMA)- BAB 9

Assalaamualaikum wbt,
(30 Januari 2014)

Dari Jabal Uhud bas meluncur terus ke destinasi ziarah luar yang akhir hari ini iaitu, Pasar Kurma....juga destinasi wajib untuk jemaah membeli belah kurma dengan harga yang lebih murah berbanding di Kebun Kurma pagi tadi.
PASAR KURMA MADINAH
SEDERET KEDAI KURMA DI SINI
KEKACANG PUN BANYAK PILIHAN
BARU DUA KOTAK.....HEHEHE
Aku tak banyak amik gambar di sini sebab sibuk pilih kurma dan packing .....terlupa nak snap foto......So aritu habislah ziarah luar Kota Madinah....pulang ke hotel untuk bergegas ke Masjid Nabawi bagi solat Zohor. Alhamdulillah. 

Thursday, July 3, 2014

MADINAH KAMI DATANG ( ZIARAH KE JABAL UHUD)- BAB 8

Assalaamualaikum wbt,
(30 Januari 2014- Khamis)
Dari Kebun kurma terus ke Jabal Uhud.....tempat ziarah yang wajib di kunjungi untuk melihat Makam pahlawan dan Sahabat2 Rasulullah saw yang terkorban semasa Perang Uhud termasuk Makam Saidina Hamzah yang turut terkorban ketika Perang Uhud.
CLOSED UP PUNCAK JABAL UHUD DARI JAUH...
SEBAHAGIAN DARI PUNCAK JABAL UHUD....
POSING DULU...
ANAK2 SIBUK SELFIE ....
AKU PALING SUKA GAMBAR FAMILI YANG INI....JELAS DAN LANGIT PUN BIRU

Aku, wife dan kakak aku tidak ke Bukit Pemanah sebab ketika itu cuaca agak panas dan malas nak mendaki bukit tu walaupun bukan tinggi sangatpun.....umrah 2008 aku dah ke situ. Aku cuma teringat sedikit sejarah di mana pasukan pemanah ketika itu gelap mata dan engkar pada arahan Rasulullah saw. agar tidak berganjak dari tempat mereka berkubu...semuanya telah ditakdirkan.
BUKIT PEMANAH ....


ANAK2 DENGAN WIFE
KAKAK AKU DENGAN WIFE
DI BELAKANG TU...MAKAM PAHLAWAN PERANG UHUD

Berada di sini tidak lama kerana ada satu lagi ziarah ke Pasar Kurma......aku sempat mengesahkan sekali lagi dengan mutawwif akan pahala jika kita menziarahi orang meninggal sehingga urusan pengekebumian selesai....pahalanya sebesar Jabal Uhud...lihatlah Jabal Uhud  di bawah ini....
JABAL UHUD

Destinasi akhir hari itu....Pasar Kurma.....shopping buah kurma lagi.....best....terbaik dari pasar@ladang@kebun...hehehe....

Tuesday, July 1, 2014

MADINAH KAMI DATANG (ZIARAH LUAR KE LADANG/KEBUN KURMA) - BAB 7

Assalaamualaikum wbt,
(30 Januari 2014- Khamis)
Dari Masjid Quba bas meluncur terus ke Kebun Kurma Fahd yang terletak tidak berapa jauh.  Semua aktiviti ziarah luar memang termasuk dalam jadual yang disediakan oleh pihak Andalusia.

DARI ATAS BAS LAGI AKU DAH SNAP FOTO...HEHEHE
DEPAN LADANG KURMA ADA BEBERAPA PEMBANGUNAN BARU
Agaknya aku ajer yang begitu teruja kot sebab aku memang suka tengok pokok kurma.....entahlah....aku memang terasa damai dan seronok sangat bila berada di kebun kurma ini.....cumanya kali ini buah kurma belum berbuah atau berputik lagi....tidak ada rezki aku kali ini...teringat umrah 2008....masa tu pokok kurma sedang berbuah lebat tunggu masa untuk masak dan dipetik ajer.
ALHAMDULILLAH KAMI SATU KELUARGA DI DEPAN KEBUN KURMA FAHD
DIBENARKAN MERASA SEMUA JENIS KURMA SEBELUM BELI
BAB HARGA DAN TAWAR MENAWAR AKU SERAH PADA WIFE
Selepas membeli lepak kat bahagian belakang kedai mereka ada teh percuma dan boleh bergambar di Kebun Kurma mereka.....aku suka part sini....
BEST....PUAS HATI WALAUPUN KURMA TIDAK BERBUAH LAGI...
BELUM MUSIM  BERBUAH LAGI  KETIKA INI
LUAS KEBUN MEREKA.....'BESTNYA KALAU AKU ADA KEBUN KURMA SENDIRI'
ANTARA SAAT-SAAT TERINDAH KAMI SEKELUARGA
TIADA REZEKI KAMI SEKELUARGA NAK TENGOK KURMA BERBUAH....
SEMUA HAPPY.....
POHON KURMA SUBUR2 DI SINI...
PEMANDANGAN DARI LUAR KEBUN KURMA
SEBELUM NAIK BAS POSING LAGI...SEBAHAGIAN LADANG KURMA MEREKA TELAH RATAKAN UNTUK PEMBANGUNAN....JAUH DI BELAKANG TU  BANDAR MADINAH

Membeli sudah bergambar pun sudah.....masa untuk destinasi lain.....Jabal Uhud dan selepas itu Pasar Kurma

SENTIASA MEMUJI ALLAH

Assalaamualaikumwbt,

Riwayat:  Muslim

Hadith:  
Daripada Anas RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah redha terhadap hambanya, yang setiap kali makan atau minum dia memuji Allah”.

Huraian Hadith: 
  1. Umat Islam disuruh memuji Allah pada setiap kali sebelum atau selepas makan dan minum.
  2. Umat Islam dikehendaki supaya sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dengan membaca “Alhamdulillah”.