Sunday, November 9, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH (KITA YANG MERASA) - BAB 3

Assalaamualaikum wbt,

Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

Sekadar berkongsi cerita....

Tahun 1990an seorang pegawai kanan sebuah Kementerian di Kuala Lumpur ketika itu,.....ketika nak sambut anak keduanya masa isterinya sedang bersalin....bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia ketika lahir...pegawai ini tidak habis2 menyalahkan takdir dan Allah.....mengucap panjang rakan2 dia....sedangkan semua orang tahu pegawai ini rajin solat dan patuh pada ajaran Islam....begitulah ujian yang Allah turunkan.

Awal tahun 2000an...seorang kawan dan isterinya  baru pulang dari mengerjakan haji....tiba2 anak dia diserang penyakit yang virusnya di bawa dari Timur Tengah....virus masuk ke dalam otak anaknya.....kawan aku ni...tidak habis2 menyalahkan Allah.....sedangkan aku tau dia ni orang surau dan begitu rajin ke surau setiap waktu....kalau kita tengok keluhan dia....dah macam orang tidak beriman pada ketika itu...selepas beberapa bulan anak dia sembuh dengan izin Allah....

Bagi kedua2 cerita di atas.....hanya tuan punya badan dan Allah mengetahui apa yang mereka rasa.....mungkin kita yang tidak merasa hanya boleh berkata....."nape sampai mereka salahkan Allah"....begitulah adanya...

Thursday, November 6, 2014

HARAM MENGHIANATI SESAMA ISLAM

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: at-Tirmizi, katanya hadis hasan

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” 
Huraian Hadith: 
  1. Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.
  2. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.
  3. Haram menumpahkan darah Islam sesama.
  4. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
  5. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, November 4, 2014

SUJUD SYUKUR

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 (Ahmad )
Hadith: 

Dari Abu Bakar RA bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.

Huraian Hadith: 

  1. Apabila mendapat sesuatu nikmat yang meliputi sebarang perkara yang baik dan mengembirakan sunat kita melakukan sujud syukur.
  2. Sujud ini juga sunat dikerjakan apabila kita melihat sesuatu bala bencana dan kita diselamatkan daripadanya.
  3. Cara melakukan sujud syukur itu ialah dengan sujud sekali sahaja dan dilakukan di luar sembahyang.

Wednesday, October 29, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH ( DUGAAN SEDARA MARA )- BAB 2

Assalaamualaikum wbt,

Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

Adakalanya bila terkenang zaman masa kecik2 dulu antara tahun 1970an hingga 1980an..hati aku sedih, marah dan terkenang dendam yang aku dah padamkan selepas balik umrah 2008.

Kesusahan arwah abah aku (Hj Ibrahim Mat Dom) dan arwah ibu aku (Hjh Mahiam Hj Hassan) membesarkan anak2 menyebabkan kami selalu dihina oleh sedara mara yang lebih senang....tidak berniat membuka pekung di dada. Arwah ibu aku berkahwin dengan arwah abah aku setelah menjadi janda dua kali, kali pertama jadi janda sebab ibu aku lewat dapat anak dan diceraikan ketika ibu aku mengandung 3 bulan dan melahirkan abang sulung aku (arwah Hj Abdul Manap Md Yusoff pada tahun 1949) dan arwah suami kedua dia meninggal ditembak komunis pada tahun 1951.

Arwah ibu aku berkahwin kali ketiga dengan arwah abah aku tahun 1953 (aku tidak ingat tarikh sebenar) dengan mendapat tentangan dari arwah nenek sebelah arwah abah aku dan adik beradik arwah abah aku dan mereka berdua melarikan diri ke Singapura dan setelah melahirkan abang sulung aku yang sebenar (Amizan) barulah mereka balik semula ke Selangor dan membesarkan kami sekeluarga di Petaling Jaya bermula di tahun 1956 setelah arwah abah aku mendapat kerja sebagai buruh kasar di Perbandaran Petaling Jaya (sekarang MBPJ).

Bukan mudah membesar dengan keadaan miskin dan susah dengan adik beradik 7 orang, aku tabik dengan arwah abah dan arwah ibu....walaupun kami tidak berpendidikan tinggi kami tidak menyusahkan orang. Arwah ibu  bekerja ambil upah basuh kain di rumah Cina di sekitar rumah kuarters kami. Arwah abah pulak buat kerja tambahan memotong rumput di rumah2 Cina sekitar pada sebelah petang selepas kerja hakiki dia selesai . 

Adik beradik aku ada yang terpaksa kerja selepas tamat darjah enam, selepas tingkatan 3 dan selepas MCE/SPM dan hanya aku sorang yang bekerja selepas tamat pengajian di UM tahun 1986. Arwah abah aku meninggal tahun 1981. Pengorbanan ibu aku dan adik beradik aku dan memastikan aku tamat pengajian di Universiti pada tahun 1986 merupakan kepuasan kepada mereka semua terutama arwah ibu aku yang nak sangat aku masuk Universiti....sebak dan sedih dengan pengorbanan mereka semua terhadap aku. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka semua.

Selepas kami semua dah besar.....dan dah jadi 'orang' barulah sedara mara lain 'nampak'...barulah nak berbaik2....antara tahun 1981 hingga 2008....jiwa marah, dendam masih membara dalam hati aku. Sampaikan kalau ziarah kubur arwah ibu dan abah aku....aku tidak akan pandang atau singgah di kubur arwah nenek aku....aku masih marah ketika itu......

Ketika di Dataran Kaabah masa umrah 2008 aku banyak sedar kesalahan2 aku.....alhamdulillah.....aku dah ziarah semua kubur2 atuk nenek aku dan sedara mara yang aku kenal.....hampir kesemua mereka sudah lama tiada di dunia ini.....aku pun menyusul entahkan bila.....arini....esok lusa atau sekejap lagi....Allah Maha Mengetahui.

Semuanya yang berlaku dan dugaan sedaramara ini datangnya dari Allah.....Allah telah memberi ruang kepada aku untuk berfikir dan memaaafkan mereka walaupun ada yang tidak sempat kerana telah meninggal awal.....jumpa mereka di SANA nanti.

Semuanya telah ditakdirkan dan semuanya dari Allah.

Saturday, October 25, 2014

BERHUTANG MENGHALANG PENYUCIAN DIRI DAN KEREDHAAN SWT

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: 
 Muslim

Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 

Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari  kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".

Huraian Hadith: 
  1. Bersihkanlah diri daripada berhutang kerana itu akan menghalang daripada menyucikan diri dan mendapat keredhaan Allah.
  2. Janganlah jadi orang yang bankrup kerana hutang sama ada di dunia atau akhirat.
  3. Jauhilah hidup daripada banyak berhutang dan kuatkan keimanan untuk menghadapi segala percubaan hidup.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh, bersabar atas kesakitan dan kesusahan serta hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.

Aku pulak berhutang dengan bank beli rumah dan kereta masih banyak lagi.....

Alhamdulillah berhutang wang dengan orang aku rasa tak ada,,,,kalau ada tolong datang tuntut dengan aku sendiri.

Terhutang budi rasanya memang aku banyak berhutang dengan abang sulung aku, adik beradik dan kawan2 yang banyak membantu aku. 

Sunday, October 19, 2014

MADINAH KAMI DATANG (AKU DAN MASJID NABAWI 2014 ) - BAB KHAS

Assalaamualaikum wbt,

Aku saja nak share beberapa foto lama dan yang belum aku tunjuk sekitar Masjid Nabawi....aku terasa rindu dan aku bantu  pembaca di luar sana  hilangkan rindu jugak....

HARI PERTAMA DI MASJID NABAWI
HARI PERTAMA DI MASJID NABAWI


Berkongsi sekitar  kawasan luaran dan sekitar Dataran Masjid Nabawi...











Berkongsi bahagian dalaman Masjid Nabawi termasuk Raudah dan sekitar Makam Rasulullah saw

SETIAP WAKTU MAGHRIB ADA YANG BERBUKA DI SINI



Berkongsi sekitar Raudah dan Makam Rasulullah saw,  ketika aku mencari peluang bersolat di Raudah.....memang terlalu padat...pada ketika itu....(umrah 2008 dulu tidak berhimpit begini.)...begitulah cabaran dan rezeki masing-masing untuk bersolat dan berdoa di Raudah.






TU DIA....AKU SEMPAT BERSELFIE SEMASA BERHIMPIT UNTUK SOLAT DI RAUDAH

 KARPET HIJAU RAUDAH
SELFIE KEDUA  MENUJU JALAN KELUAR PINTU UTAMA 

Hari kedua terakhir berada di Masjid Nabawi , rezeki dapat tengok payung besar di tutup...



SELFIE KETIGA....BELUM MAHIR LAGI...
Begitulah hampir setiap waktu solat di Masjid Nabawi....bila dah balik Malaysia mesti teringat2 dan rindu....hati sentiasa meronta untuk berada di Masjid Nabawi.....Insyallah entri khas Makkah dan Masjidil Haram kemudian nanti.....

Saturday, October 11, 2014

ANTARA TANGKAP GAMBAR SENDIRI TAHUN 1995, TRIPOD TAHUN 1999 DAN SELFIE 2014

Assalaamualaikum wbt,

Begitulah teknologi kamera dan handphone berkamera sekarang ini.....aku masih ingat masa aku mula2 snap gambar sendiri (sekarang orang panggil selfie) dengan kamera kompak Olympus  tahun 1995 di Melbourne atas tugasan rasmi ketika itu.....ada yang menoleh dan mungkin juga mereka mengata aku ni kurang waras atau aku terasa macam orang gila masa tu senyum sendiri dan snap foto sendiri dekat2 pulak tu.......hehehe. Aku mula2 'berselfie' secara tidak sengaja sebab masa tu mana ada perkataan selfie....yang ada ada masa tu snap foto sendiri...heheheh... di atas bas dua tingkat semasa bersiar2 di Melbourne.

GAMBAR SELFIE AKU YANG PERTAMA DI MELBOURNE  ZOO, AUSTRALIA
SELFIE YANG KEDUA....MUDA 19 TAHUN KETIKA INI

Bila balik ke Malaysia...ada yang melihat album aku dan ada sedara dan kawan2 yang menegur kenapa muka aku dekat sangat dengan kamera dan mereka terasa pelik....aku pun terasa semacam ketika itu.....aku tak sangka selfie jadi trend sekarang....hehehe...Masa tu yang ada hanya handphone biasa....belum ada yang berkamera......kamera pun guna yang filem.....(so bila nak snap foto sendiri, mana ada perkataan selfie masa tu....) snap foto kena hati2....kalau silap hangus satu dedahan......filem dulu-dulu  ada 36 dedahan sahaja dalam satu roll filem. ( yang maksima ketika itu)


DI TANGGA SHRINE OF REMEMBRANCE, MELBOURNE
SELFIE KEDUA

Sempat bersiar2 di Rialto Towers, Bangunan tertinggi di Benua selatan

SELFIE PERTAMA DI BUMBUNG RIALTO TOWERS, MELBOURNE
SELFIE KEDUA
Masa tu aku travel berseorangan dan segan nak mintak tolong dengan orang yang tidak dikenali untuk snap foto aku masa itu kecuali ada yang menawarkan diri dan bantu aku masa itu....

Tahun 1999 ketika tugasan rasmi aku lebih bersedia....tetapi sedikit bebanan dengan membawa tripod ke Ghana dan Guinea untuk tugasan rasmi dan ketika pulang aku singgah di Paris dan Amsterdam....sempatlah guna tripod dan bergambar sendiri dari jarak yang aku tentukan (sekarang orang guna monopod)

 GUNA TRIPOD PERTAMA KALI DI EIFFIL TOWERS , PARIS
HUJAN DAN KESEJUKAN KETIKA ITU
BASAH LENCUN...
BERLATARBELAKANGKAN ARC DE TRIOMPHE, PARIS
HUJAN DAN AKU KESEJUKAN MASA TU

Yang buat aku rasa sedih dan terkilan masa di Amsterdam tinggal lebih kurang 15 dedahan sahaja dari 36....kena berjimat cermat....pasang tripod , set timer dan berlari ke tempat bergambar....itulah trend masa itu....hehehe.....sekarang kamera canggih masih ada lagi timer..tapi orang lebih suka monopod...

 PERTAMA KALI GUNA TRIPOD DI AMSTERDAM
SANGAT SEJUK KETIKA INI...9 DEGREE CELCIUS..
POSING LAGI SEBELUM KE LT SCHIPHOL

Aku masih lagi selfie sekarang ini dengan smart hp yang jadi trend semasa sekarang....hehehehe. Ziarah Turki dan Umrah 2014....

SELFIE DI MAKAM ABU AYUB AL ANSARI
SELFIE DI  GOLDEN HORN, ISTANBUL, TURKI
SELFIE PERTAMA DI MASJID NABAWI
SELFIE TERBAIK AKU DI SAMPING BAITULLAH
SELFIE DI PUNCAK JABALRAHMAH

SELFIE YANG AKU PALING SUKA

Begitulah perubahan teknologi, aku bersyukur pada Allah swt kerana diberi peluang untuk mengalami teknolgi lama bergambar sendiri dan trend selfie sekarang ini.....Kedua perubahan yang jelas adalah....dulu2 aku kurus dan sekarang aku dah gemuk dan berisi..hehehehe