Monday, January 17, 2011

PANORAMA UNIK PANGKOR KE LUMUT

Salam,

Sepanjang perjalanan pulang dari Jeti Pangkor ke Jeti Lumut...

Feri /bot pengangkutan utama di sini

Aktiviti nelayan yang utama

Rumah api mini , keselamatan pada bot/nelayan, kapal dll.

Limbungan kapal TLDM

Buih 2 dari ekzos/enjin dan belakang feri

Thursday, January 13, 2011

WAJAH -WAJAH PANGKOR DISEMBER 2010

Salam,

Sekadar berkongsi pemandangan dan pantai Pangkor

 Jeti Pangkor yang baru dan lebih moden

 Pantai Pasir Bogak

 Indah pantai Pasir Bogak ni

 Jalan menuju ke Teluk Nipah

 Pantai Teluk Nipah

 Tenang ketika ini di Teluk Nipah

 Indah Teluk Nipah

 Saujana mata memandang di waktu senja

 Senja menjenguk di Teluk Nipah

Sayu dan indah di Teluk Nipah

Wednesday, January 12, 2011

JENAKA DI PADANG GOLF- PART 3 ( PEGAWAI/ KONTRAKTOR MELAYU)

Salam,

Bagi  yang tau  pasal golf,  kita biasa dengar  terma2, Hole In One,  Eagle, Birdie dan Par,  Boogie dan double boogie dan hancur.  Semua golfer kejar Hole In One, Eagle  atau Birdie.....kalau dapat Birdie senyum melebar.....sampai ke telinga.....kalau dapat Eagle....dua bulan menjaja cerita..... dan kalau dapat Hole In One terus berlagak banget....

Beberapa tahun lepas masa baru belajar golf aku sempat bermain golf dengan 3 orang lagi kawan aku di Bukit Unggul Golf Resort, yang sorang tu Melayu kacuk India...,  yang sorang tu Melayu berdarah Minangkabau,  yang sorang lagi Melayu Rawa dan aku Melayu Bugis campur Cina ...kira2 semua Melayulah  yang satu ketika dulu masa belajar , masuk U hingga kerja guna tiket Melayu bertaraf bumiputra. Tau apa jadi di  padang golf....

Bila tiba di satu lubang PAR 4 , pukulan aku baik dan dapat BIRDIE dan kawan2 yang lain teruk, ada  yang boogie,  double boogie atau hancur.....aku senyum melebar bangga,  biasanya di lubang seterusnya aku dapat penghargaan....honour untuk mulakan pukulan tee.....Dengan bangga guna driver dan buat pukulan.....kechepeh.....pukulan tak menjadi dan bola golf jatuh depan tee box......muka aku merah padam....malu pun ada.  Kawan bersorak...." tulah kontraktor Melayu.....baru menang satu lubang dah berlagak.....Melayu mudah lupa....Melayu mudah lupa diri.....disambut dengan ketawa berdekah oleh kawan2 dan aku sendiri......tiba2 kawan yang berdarah Minang tadi terus berkata,  "nasib baik aku bukan Melayu....aku Minang",  sorang lagi kawan yang ada darah India pun sampuk...."nasib baik aku mamak"......yang ketiga pun cakap...."nasib baik aku Rawa"......aku pun sama...."aku pun bukan Melayu ....aku Bugis".  Semua tak mengaku Melayu.....Last sekali semua ketawa berderai...... Sekadar berkongsi jenaka.

Hampeh betul.....bila tak menjadi atau buat salah terus tak mengaku Melayu.....sedangkan dari sekolah rendah sampai masuk U dan kerja semua guna atas nama dan kuota Melayu...

Yang pastinya aku bangga dilahirkan sebagai orang Melayu berdarah Cina dan berugama Islam

p/s Sekadar jenaka di padang golf, tidak ada sebarang niat untuk mengata bangsa sendiri  sekadar nak ingatkan diri sendiri dan segelintir kontraktor Melayu yang terkadang terlupa diri bila dah senang.....dan dah dapat projek besar punya!!!!!!

Tuesday, January 11, 2011

MAKAN-MAKAN DAN JALAN-JALAN DI MELAKA DISEMBER LALU

Salam,

27 Disember lepas kami sekeluarga ke restoran ini, menjamu selera makanan laut, jugak sempena sambutan belated birthday wife pada 14 Disember lalu,  memang sengaja disambut lewat sebab aku dah berniat nak belanja famili aku pekena ikan bakar di sini. Harga boleh tahan dan rasa pun boleh tahan jugak, ikut selera masing-masing.

 Promosi percuma dari blog aku

 Nasi lemak pun ada

 Muara Sg Duyong,  air surut ketika ini, tenang..

 Sambal kicap , wajib ada

 Tahu bakar menu pertama sampai

 Lepas tu kangkong goreng

 Seterusnya lala goreng pedas

 Otak2 pun ada

 Butter prawn
 Sotong goreng tepung peberet ketiga2 anak2

 Siakap tiga rasa peberet aku dan wife

 Ni gambar peberet aku

Lepas makan terus ke Masjid Selat, Pulau Melaka, cantik masjid ni sebelah malam dan selesai bersolat terus pulang ke Bangi. Perut kenyang hati pun senang...hehehe

 Cantik menaranya

Tersergam indah di waktu malam

Sunday, January 9, 2011

PERJUMPAAN GENG2 PDKM DAN MERAIKAN BIRTHDAY HJ CL

Salam,

Petang semalam  sebahagian geng2 PDKM meraikan  CL di Hotel Singgahsana ,Petaling Jaya . Best dapat jumpa kawan2. Banyak gambar di FB masing2.

 Bersama Hj CL

 Hj CL membelek hadiah

 Jejaka2 handsome PDKM
 Geng2 PDKM yang hadir

TK Hj CL bagi air zam2, minyak wangi dan kurma
dan TK Hjh Zainab  bagi key chain dari London

Saturday, January 8, 2011

MAKAN MALAM RINGKAS

Salam,
Hari ini dari tengahari aku ke perjumpaan geng2 PDKM dan sekali gus meraikan harjadi HJ CL di hotel Singgahsana PJ,  best dapat berjumpa kawan yang dekat dan jauh,  paling jauh  HJ AZ dan isteri (dari Pontian),  Hjh Zainab dan suami ( dari Kuantan) dan Hj Saifuddin  ( Dari Melaka), tabik kat mereka  semua...best !

 
Perjumpaan tamat lebih kurang jam 6.00 petang, aku bergegas pulang,  tiba dirumah wife sedang masak sayur buncis campur ikan bilis yang digoreng garing dan ikan tenggiri  goreng pedas bercampur bunga kantan peberet ku....lepas maghrib tadi aku makan lagi....best,  sedap sangat, tqvm my dear.

 Tak terliur ker ?

Peberet aku ..!

Friday, January 7, 2011

MEMBELI MAKANAN LAUT DAN BERTOLAK PULANG - PART 4.

Salam,

Kata orang kalau tak beli makanan laut semasa ke Pangkor mesti rugi sebab ikan bilisnya fresh dan agak murah.  Lagi satu pemandangan nya memang cantik...

Untung tokeh kedai ni dapat free promotion 

Tu dia anak beranak posing depan ikan bilis

Lunch sebelum bertolak pulang ke Lumut

Dah penat, tapi masih boleh senyum 
dapat shopping ikan bilis ...hehehe
 Bye -bye Pangkor...jumpa lagi 

Banyak ikan baru dalam tong2 tu....

 Batu tanda dan rumah api mini