Monday, January 14, 2013

APALAH ADA PADA RUPA PARAS

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”

Huraian Hadith: 
  1. Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir,  kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
  2. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
  3. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.
  4. Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya.

Sunday, January 13, 2013

KETAN BAKAR ATAU NASI BAKAR DI LEMBANG

Assalaamualaikum wbt,


Saya tak pernah makan Ketan bakar ni.....saya amik gambar aje......Nasi dikepal berbentuk empat segi  dan kemudian di bakar....makan dicicah dengan sambal kacang.....

GERAI KETAN BAKAR LEMBANG

SUDAH SIAP DIBAKAR, BUNGKUS DAN BOLEH DIMAKAN DAH...

BERSAMA DR HJ RIDZWAN, HJ AMRAN DI GERAI KETAN BAKAR, PEKAN LEMBANG...

KETAN BAKAR  GTP..DENGAN PULUT @BERAS PULUT HITAM

Manakala jagung bakar dan pisang goreng di Gunung Tangkuban Perahu tidak banyak beza dari yang ada di Malaysia..

JAGUNG BAKAR GTP
PISANG GORENG GTP

Saturday, January 12, 2013

BERSYUKUR SIFAT ORANG MUKMIN

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”

Huraian Hadith: 
  1. Kehidupan Mukmin yang sempurna imannya dipenuhi dengan kebaikan dalam apa jua keadaan yang dialaminya, suka atau duka, senang atau susah, kaya atau miskin.
  2. Setiap orang Islam itu dikehendaki bersabar kerana sifat sabar itu adalah sifat orang-orang Mukmin sama ada dalam keadaan senang atau susah.
  3. Setiap orang hendaklah mensyukuri pemberian Allah sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.

Friday, January 11, 2013

SATE BIAWAK DI SUBANG, BANDUNG

Assalaamualaikum wbt,


Bagi yang biasa ke sini, banyak makanan yang tidak terdapat di Malaysia,  beberapa keping gambar saya snap untuk tatapan pembaca.....Sate Biawak ....

Sate Kelinci atau arnab...saya pernah makan di rumah rakan saya London....sedap....lembut dan manis sangat dagingnya..lama dulu....1994

BANYAK GERAI SATE BIAWAK.....
SATE BIAWAK .......ADA BERANI......


 KELINCI ATAU SATE ARNAB.....LEMBUT DAN MANIS....

Thursday, January 10, 2013

PERPADUAN MENGUATKAN KEDUDUKAN NEGARA

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Dan daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya kamu akan membuka sebuah negeri yang disebut ‘al-Qirot’, di dalam satu riwayat lain, kamu akan membuka Mesir yang dipanggil dengan nama ‘al-Qirot’. Maka terimalah pesananku tentang penduduknya dengan melakukan kebaikan kerana mereka mempunyai hak dan kehormatan serta hubungan rahim.” Di dalam riwayat lain: “Apabila kamu membukanya maka berbuat baiklah kepada penduduknya kerana mereka mempunyai hak serta hubungan silaturahim, atau sabda Nabi mempunyai hak dan hubungan persemendaan.” 

Huraian Hadith: 
  1. Sesiapa yang pergi ke suatu tempat hendaklah dia mewujudkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk-penduduk di tempat tersebut.
  2. Islam memandang mulia dan tinggi terhadap orang yang memperbaiki hubungan silaturahim sesama manusia
  3. Perpaduan dan hubungan silaturahim boleh menguatkan kedudukan sesebuah negeri daripada pencerobohan musuh.
Sumber: Kitab Riyadh as-Solihin

Wednesday, January 9, 2013

PENIAGA JALANAN DI BANDUNG

Assalaamualaikum wbt,

Bermacam ragam peniaga di sini demi mencari sesuap nasi dan meneruskan kehidupan di Kota yang pasti mencabar ini......penjual makanan, mainan, cendermata dan macam2 lagi...

SAYA TAK SURE APA ITU GEMBLONG...
KETAN ASLI ....@ NASI BAKAR 
KREATIF MENJUAL MAINAN
JUS MINUMAN BERKHASIAT....RAMAI MENUNGGU...
BERNIAGA PERKHIDMATAN DAN KUDRAT MENGAYUH BECA
MENJUAL BEG DAN CENDERAMATA
MINI KEDAI RUNCIT DI TEPI JALAN BERHAMPIRAN KARTIKA SARI

Entri akan datang....peniaga di Gunung Tangkuban Perahu dan makanan2 eksotik di Bandung...

Tuesday, January 8, 2013

ANGAN KOSONG PERKARA SIA-SIA

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abdullah (Ibnu Mas’ud) RA katanya: Rasulullah SAW membuat satu garisan berbentuk segi empat. Kemudian baginda menggariskan satu garisan dari tengah sehingga keluar dari rajah segi empat tersebut. Kemudian Baginda membuat garisan kecil dari garisan tengah tersebut. Baginda bersabda; "Ini adalah (gambaran) manusia. Garisan segi empat ini ialah ajal maut yang melingkungi manusia. Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya. Garis-garis kecil pula adalah musibah dan ranjau kehidupannya. Jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya, jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya.

Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang manusia daripada panjang angan-angan kerana ia akan melalaikan dari beramal dan beribadat kepada Allah.
  2. Umat Islam hendaklah berhati-hati melakukan sesuatu urusan supaya segala tingkah laku yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.
  3. Manusia suka berangan- angan panjang, oleh itu hendaklah ia berwaspada jangan sampai melekakan dan melalaikan sehingga akhir hayat.