Monday, May 26, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (DELIMA, BERANGAN BAKAR, TEH PANAS, JAGUNG REBUS DAN JAGUNG BAKAR) - BAB 34

Assalaamualaikum wbt,
( 26 JANUARI 2014 - AHAD)
Satu perkara yang aku perasan dan agak sama di mana2 pelancung berada  sudah pasti ada stall atau gerai kecik yang menjual  minuman dan makanan yang enak ini. Selepas melawat Aya Sofya memang terasa lapar sgt.....jus delima segar, tengok jagung panas, buah berangan panas dan roti bulat Turki (Simit) semuanya sedap.....so apalagi beratur beli....hehehe.


TU DIA GERAI2 BERGERAK TU....
Di mana saja tumpuan pelancung samada depan Masjid, Muzium atau tempat tumpuan ramai yang pasti mesti  ada stall jual, roti (simit) buah berangan bakar, jus delima segar dan teh panas....memang tengah kesejukan dan cepat lapar inilah  buat pengalas perut....semuanya nampak sedap

BERGERAK  KELUAR DARI MUZIUM KE DATARAN TEMPAT MENUNGGU
BELAKANG TU BAS PELANCUNG DUA TINGKAT DAH MACAM DI LONDON
Aku jumpa penjaja ini di depan Muzium IstanaTopkapi....kecur air liur tengok buah berangan bakar dan delima segar.....(sekali lagi aku tak beli jus delima....terkilan lagi)....tapi beli buah berangan bakar....perghhhhh enaknya...

SEGAR2 DAN BESAR2
TEH PANAS TURKI
JAGUNG DAN BERANGAN BAKAR
SIMIT@ROTI PUN SEDAP....PERGHHHH
SEDAPNYA BUAH BERANGAN SEGAR DIBAKAR....BAUNYA PUN SEDAP
JAGUNG REBUS DAN JAGUNG BAKAR
BERANGAN DISUSUN CANTIK
GERAI NI JUAL BERANGAN DAN JAGUNG
KECUR AIR LIUR TENGOK DELIMA
KAKAK DAN WIFE AKU PUN BERATUR BELI SIMIT
JAGUNG REBUS TUA@COKLAT PUN ADA

Habis dah program melawat tempat bersejarah .....esok ke Makam Abu Ayub Al Ansari , Spice Market dan Grand Bazaar.....tempat shopping yang ditunggu2.

Sunday, May 18, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG ( MUZIUM AYA SOFYA @HAGIA SOPHIA) -BAB 33

Assalaamualaikum wbt,
(26 JANUARI 2014)- AHAD)
Menjejakkan kaki ke dalam Muzium ini satu pengalaman baru aku....terpegun dengan lambang Kalimah Allah dan Muhammad, binaan Muzium ini....ukiran dan batu Marmar dan macam2 lagi....tiba2 ternampak ukiran MARIAM AS bersama anaknya NABI Isa AS ....ternampak pula  ukiran Malaikat mengikut kepercayaan Kristian Lama. Begitu lama penerangan Ali berkaitan ukiran Malaikat dan kesan kepada pentadbiran kerajaan terdahulu.
(Aku berharap Cikgu Mas -CM PDKM akan dapat menjejak kaki ke sini satu hari nanti kerana banyak bahan sejarah Kerajaan Ottoman yang tidak diceritakan dengan betul oleh pihak Barat dan mungkin CM boleh membuat kajian satu hari nanti) 

MENUJU PINTU MASUK UTAMA MUZIUM...ADA BHG YANG DALAM RENOVASI..

Yang pasti aku begitu mengkagumi Sultan Muhammad II atau Muhammad Al Fatih serta anggota keluarganya dan Kerajaan Agung di Zaman Ottoman atau Uthmaniah kerana berjaya menakluki Istanbul dan menukar Hagia Sophia kepada Masjid pada ketika itu....begitulah kehebatan beliau...bacalah sejarahnya yang begitu hebat....dan cara beliau menakluki Istanbul dari kerajaan Kristian pada ketika itu....sepertimana maklumat di bawah... 

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.


Dalam Muzium ini masih dikekalkan semua binaan dari zaman Greek, Kristian dan Zaman Keagungan Islam....mungkin ada sebab Kerajaan sekarang kekalkan begitu....pelancung datang dari seluruh Dunia.
AKU DAN WIFE CUBA POSING ...TERLALU KELAM DI SINI....
BINAAN DAN UKIRAN KAYU BERMUTU TINGGI
KEKAL ASLI
JELAS KALIMAH ALLAH DAN SEBELAH ATAS GAMBAR MARIAM AS DAN NABI ISA

Berhampiran pintu masuk utama ada satu tarikan pelancung....tetapi kita orang Islam tidak digalakkan memasukkan jari ke dalam lubang tersebut....ianya hanyalah kepercayaan orang Yahudi.....Aku sempat merakan aksi budak di bawah ini...mungkin budak yahudi ni

BUDAK INI MENGHARAPKAN KEAJAIBAN BERLAKU PADA DIRINYA.....

Ada banyak lagi tinggalan sejarah Zaman Byzantium yang masih kekal dalam Muzium ini...mereka simpan ukiran batu wajah Malaikat mengikut kepercayaan mereka (aku sempat merakam 2 wajah Malaikat) dan wajah Mariam AS dan Nabi Isa AS. Islam kita tidak membenarkan semua ini....
WAJAH MALAIKAT (1) IKUT KEPERCAYAAN  KRISTIAN
WAJAH MALAIKAT (2) IKUT KEPERCAYAAN MEREKA
HIASAN MARMAR BERMUTU TINGGI DAN BERUSIA BERATUS TAHUN

Aku percaya tinggalan sejarah Kristian dan kepercayaan mereka memang dengan sengaja ditinggalkan atas faktor sejarah dan muzium...

GAMBARAN WAJAH MARIAM AS DAN NABI ISA AS...MENGIKUT KEPERCAYAAN KRISTIAN
CLOSED UP....GAMBARAN MENGIKUT KEPERCAYAAN KRISTIAN

Setakat inilah dulu Aya Sofya walaupun banyak gambar yang aku tidak dapat share. Insyallah jika ada kelepangan aku cari foto2 menarik untuk dipaparkan di masa akan datang.

Friday, May 9, 2014

REHAT LIMA HARI- TRIP TO BANDUNG

Assalaamualaikum wbt,

Rancangan ke Bandung kali ini telah dibuat setahun lalu sebaik pulang dari Jakarta tahun 2013....aktiviti utama nak bermain golf di Bandung, selain shopping dan jika berkesempatan akan melawat Masjid Abu Bakar As Siddiq (kerjasama Kelab Haji Muda dan penduduk Desa Bojongloa)

Rehat dari 10 hingga 14 Mei 2014

Thursday, May 8, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (MUZIUM AYA SOFYA @ HAGIA SOPHIA)-BAB 32

Assalaamualaikum wbt,
26 JANUARI 2014 - AHAD

Dari Masjid Biru terus ke Aya Sofya......sejuk , penat dan macam2 lagi....tiket di bayar berasingan dan Ali selaku pemandu pelancung beriya2 memujuk kami untuk melawat Aya Sofya.....mahal tetapi berbaloi. Terlalu banyak sejarah di sini sejak Zaman Greek Ortodok, Kerajaan Kontantinople , Zaman Kerajaan Latin dan akhirnya hingga ke Zaman Agung Kerajaan Ottoman atau Uthmaniah. 

Bagi yang membawa anak kecil kita kena bagi penerangan kepada mereka kerana di dalam Muzium ini ada gambar Allah, Muhammad dan dalam masa yang sama ada lambang Kristian, gambar Malaikat, gambar Nabi Isa, Nabi Yahya, gambar Mariam AS dan banyak lagi. Kalau kita imbau sejarah lama satu ketika dulu Aya Sofya adalah pusat pemerintahan Greek Orthodoks Lama, Konstantinople , Latin  sehinggalah Islam di Zaman Sultan Mehmed II menakluk Kota ini dan ditukar namanya kepada Istanbul  dan banyak lagi sejarah yang tidak dapat aku nyatakan kerana aku sendiri tidak mahir dengan Kerajaan Uthmaniah ini. 
(Mohon maaf).
MUZIUM MASIH BERDIRI TEGUH WALAUPUN DAN HAMPIR SERIBU TAHUN

In 1453, Constantinople was conquered by the Ottoman Turks under Sultan Mehmed II, who ordered this main church of the Orthodox Christianity converted into a mosque. By this point, the Church had fallen into a state of disrepair. Nevertheless, the Christian cathedral made a strong impression on the new Ottoman rulers and they decided to convert it into a mosque.[9][10] The bells, altar, iconostasis, and sacrificial vessels and other relics were removed and the mosaics depicting Jesus, his Mother Mary, Christian saints and angels were also removed or plastered over. Islamic features – such as the mihrab, minbar, and four minarets – were added. It remained a mosque until 1931 when it was closed to the public for four years. It was re-opened in 1935 as a museum by the Republic of Turkey.

CANTIK  MUZIUM AYA SOFYA DARI LUAR DAN TIDAK BERAPA JAUH DARI MASJID BIRU
MACAM BIASA AKU POSING DULU...BELAKANG TU  MUZIUM AYA SOFYA

Disebabkan Muzium ini ramai dengan pelancung dan luas....kami semua dibekalkan dengan headset setiap orang dan di mana kami berada kita boleh dengar penerangan oleh Ali selaku pegawai pelancung kami....mudah dan tidak akan sesat di dalam Muzium ini.

BERJALAN LAJU KE PINTU MASUK UTAMA
SEJUK GILER KETIKA INI...
SERBA SEDIKIT SEJARAH SULTAN DAN AYA SOFYA
AKU  POSING LAGI DI JALAN UTAMA DALAM MUZIUM NI
SETIAP LOKASI PENTING ADA PENERANGAN
PENERANGAN LAGI....BAGUS UNTUK PENGETAHUAN
SANGAT CANTIK DAN ADA SEDIKIT PEMBAIKAN DI SEBELAH KIRI
AKU POSING LAGI
FAMILI AKU
GILIR2 AMIK GAMBAR DENGAN ADIERA
LATARBELAKANG INI SALAH SATU LOKASI YANG RAMAI INGIN BERGAMBAR
GAMBAR2 INI PERLU PENERANGAN PANJANG LEBAR SEBAB DILUKIS DI ZAMAN KRISTIAN
LAWATAN KE TINGKAT ATAS HAMPIR KAMI DAH COVER SEMUA
DAH HABIS LAWATAN DALAMAN DAN NAK BERGERAK BALIK KE HOTEL
AYA SOFIA DARI BAHAGIAN BELAKANG/TEPI
Selepas ini aku akan post gambar dalaman Aya Sofya....unik, antik , penuh sejarah, penuh gambar, penuh ukiran dan macam2 lagi.

Tuesday, May 6, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (SULTAN AHMET CAMII MASJID BIRU -2 ) - BAB 31

Assalaamualaikum wbt,

Masyallah,..... indahnya Masjid ini dari jauh....dekat dan dari dalam


DARI ANGLE LAIN...HANYA BOLEH NAMPAK 4 MENARA
DARI ANGLE INI BOLEH NAMPAK 6 MENARA
DARI SISI
DARI PINTU MASUK SEBELAH TEPI
DI BAHAGIAN PERKARANGAN MASJID
AIR WUDHUK BEGITU SEJUK....TAHAP BEKU
MASYAALLAH...CANTIKNYA.....BIRU....
KELAM DAN SELESA UNTUK BERIBADAT
PATUTLAH JUGA DIGELAR MASJID BIRU.....SANGAT INDAH...

Aku tidak akan menceritakan Sejarah Masjid ini secara terperinci kerana para pembaca boleh mendapatkan maklumat dari internet yang begitu banyak dan penuh dengan bahan sejarah.....Masyallah.....  bagi diri aku dan keluarga Impian Jadi Nyata di sini.....ziarah ke Masjid ini begitu mendalam kesannya kepada diri aku.....yang pasti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tiada tandingannya....