Friday, June 20, 2014

MADINAH KAMI DATANG ( ANAK2 PERTAMA KALI BERSOLAT DI MASJID NABAWI)- BAB 3

Assalaamualaikum wbt,
(28 Januari 2014- Selasa- 9.00 mlm- 12.00 mlm)
Aku , wife , 2 anak lelaki dan kakak aku berkumpul di lobi hotel  (kecuali Adiera yang demam) dan aku bawak mereka bergerak menuju ke Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 200 meter dari  hotel penginapan. Sempat bergambar di depan pintu masuk utama Jemaah wanita sebelum kami berpecah untuk bersolat di bahagian masing2.
DALAM HP AKU INI SAJA FOTO YANG ADA, GAMBAR SEDIKIT KABUR , 
AKU YANG SALAH...TANGAN MENGIGIL

Aku dan anak2 lelaki  bersolat jama' Isya dan Maghrib.....selepas solat dan berdoa aku memberikan sedikit penerangan kepada Danial dan Ammar ....aku begitu teruja memimpin mereka berdua menuju ke Raudah.....memang begitu hampir bersebelahan dengan karpet hijau dan aku sempat memberitahu mereka berdua kenapa perlu ambil peluang bersolat di Raudah. Aku bagitau mereka jika tidak sesak kita dapat peluang bersolat di Raudah,  jika padat dan bersesak kita tunggu esok sahaja sebab badan pun dah penat.


GAMBAR PERTAMA AKU DI MASJID NABAWI UMRAH 2014

Memang ketika itu Raudah tersangat padat dengan Jemaah, anak2 aku terkejut dengan suasana dan nampak mereka tidak selesa untuk berebut2 pada ketika ini,  aku sempat mengambil gambar dan ziarah Makam Rasulullah saw. sebelum beredar balik ke hotel. Insyallah peluang bersolat di Raudah akan ada lagi dalam masa empat hari berada di Madinah. 


SEMPAT SOLAT BERHAMPIRAN DENGAN RAUDAH
SEMPAT ZIARAH MAKAM RASULULLAH SAW, 
MAKAM SAIDINA UMAR Al KHATTAB DAN SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Aku bawak anak2 terus menuju jalan keluar melalui pintu keluar berhampiran Makan Rasulullah saw, sebelum itu,  kami sempat lagi solat sunat dan menikmati keindahan dan kecantikan binaan Masjid Nabawi.

DI BAHAGIAN INI MEMANG SEDIKIT LENGANG KETIKA INI
AMMAR SEMPAT BEBERAPA KALI  SOLAT SUNAT DI SINI MALAM INI
Aku menunjukkan mereka beberapa pintu utama dan jalan keluar utama sebelum balik ke hotel dan berehat kerana esok ada ziarah dalam termasuk di Raudah dan Ziarah Makam Rasulullah. Insyallah. 
DI PINTU KELUAR BERHAMPIRAN MAKAM RASULULLAH SAW
AKU DAN DANIAL POSING SEBELUM BALIK KE HOTEL
AKU DAN AMMAR POSING SEBELUM BALIK KE HOTEL


Dah agak lewat ketika itu, hampir jam 12.00 mlm...aku dan anak2 menuju hotel...memang keletihan sesangat dan tertido terus....Insyallah entri esok..Ziarah Dalaman, Makam Rasulullah dan bersolat di Raudah.

Wednesday, June 18, 2014

MADINAH KAMI DATANG - (ANAK2 DAN KAKAK KALI PERTAMA KE MADINAH)- BAB 2

Assalaamualaikum wbt,
(28 Januari 2014- Selasa, 9.00 mlm)
Bas tiba di Hotel Mubarak Silver, Madinah Al Munawwarah, lebih kurang 30 minit kemudian....Mutawwif kami Ustaz Muaz berpesan agar berehat dan bersolat di hotel jika penat dan mahu berehat kerana ziarah dalam Masjid Nabawi akan bermula pada keesokan harinya. Setelah berbincang dengan anak2 , kakak dan wife aku membawa mereka bersolat di Masjid Nabawi malam ini jugak sebab aku sendiri teruja dan rindu bersolat di dalam Masjid Nabawi. Kami solat Jama' Mahgrib dan Isya' di sini buat pertama kalinya untuk anak2 dan kakak aku...Sedikit refresh dan latarbelakang umrah aku dan wife...

Wife aku pertama kali ke Madinah pada tahun 2004 dan aku pulak tahun 2008 masa kami buat umrah, masa itu wife aku pergi bersama ibunya  dan kakaknya.....aku tidak dapat bersama atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan akhirnya aku  buat umrah pertama aku tahun 2008.....dan aku pergi sendirian.....

2014 merupakan tahun yang penuh sejarah untuk aku dan keluarga aku...kami sama2 ziarah Turki dan sekali gus buat umrah. Hampir 6 tahun aku merancang untuk buat umrah bersama keluarga aku.....syukur Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa aku sekeluarga. 
GAMBAR PERTAMA DI HOTEL  SEBELUM BERGERAK KE MASJID NABAWI...
TERUJA DAN CERIA....DALAM HATI AKU  PUN TERSANGATGEMBIRA
Macam-macam aku pesan pada anak2 aku dan kakak aku apabila berada di Madinah dan untuk sentiasa bersolat di Masjid Nabawi, ambil peluang untuk bersolat di Raudah dan ziarah dan macam2 lagi aktiviti samada yang dirancang atau sendiri termasuk shopping cenderamata dan kurma. 

Aku jugak pesan kepada mereka berhati2 jika membawa kamera atau hp berkamera kerana biasanya jemaah wanita akan diperiksa lebih ketat dan jemaah lelaki lebih mudah....Namun begitu, aku hanya mengambil gambar di dalam Masjid Nabawi menggunakan hp kamera, jadinya jika gambar kurang memuaskan harap dimaafkan.  Ziarah luar dan sekitar Masjid Nabawi sahaja aku mengambil gambar menggunakan DSLR Nikon aku.

LATARBELAKANG MASJID NABAWI ,...ANAK PEREMPUAN AKU ADIERA TIADA DALAM 
GAMBAR SEBAB DEMAM DAN REHAT SAHAJA DI HOTEL...
GAMBAR HP AKU KURANG JELAS...SALAH AKU
Aku perasan di wajah kakak aku dan anak2 aku mereka begitu teruja pertama kali menjejakkan kaki ke Madinah dan memasuki Masjid Nabawi...mungkin mereka terpegun atau rasa macam tidak percaya berada di Bandar Kesayangan Nabi Muhammad SAW, Madinah Al Munawwarah dan bersolat di sini....begitulah perasaan hampir semua jemaah haji atau umrah yang pertama kali sampai di sini...

Tuesday, June 17, 2014

MADINAH KAMI DATANG (LAPANGAN TERBANG MADINAH)- BAB 1

Assalaamualaikum wbt,
(28 Januari 2014- Selasa)
Penerbangan dari Istanbul ke Madinah lebih kurang 2jam 30 minit dan selamat mendarat di LT Putera Muhammad Abdul Aziz , Madinah lebih kurang jam 5.45 petang dah dekat senja. Cuaca di sini sedikit sejuk iaitu lebih kurang 19 darjah celcius....syukurlah tidak terlalu sejuk berbanding Istanbul....(Alhamdulillah penerbangan masuk terus ke Madinah Al Munawwarah dan tidak melalui Jeddah)

SUDAH MEMASUKI RUANG UDARA MADINAH....
ALHAMDULILLAH SELAMAT MENDARAT @TOUCHDOWN
DAH SENJA MASA BAS NAK GERAK KE HOTEL 
BEG- BEG SEMUA DAH SIAP MASUK BAS
DALAM BAS DAH MENUJU KE HOTEL MUBARAK SILVER , MADINAH
Banyak perbezaan di lapangan terbang dan kerenah pemandu di Madinah....semua beg2 kami kena masukkan sendiri ke dalam perut bas....semua buat ajer tanpa ada komen atau rungutan  sebab telah diberi pesanan oleh Mutawwif agar berhati2 bila berbicara di Bumi Madinah dan Makkah nanti.

Aku kali ini entah kenapa 'berkata' dalam hati......aku tengokkan je perangai pemandu bas ini.....mereka nampak macam berlagak dan macam dia pulak boss......aku masih ingat pesanan kawan2, pesanan mutawwif, pesanan ustaz2.....banyak bersabar di Madinah dan Makkah.......entahlah.......pada aku bila ada yang tidak betul kita kena tegur dan luahkan.....dan dalam masa yang sama aku sentiasa berdoa dan di dalam hati sentiasa  memohon ampun dan bertanya dengan Allah....."jika benar aku yang salah aku redho dengan dugaan Mu Ya Allah."


Next entri.....anak2 pertama kali berada di Madinah dan bersolat di Masjid Nabawi.....aku pun teruja sama.

Monday, June 16, 2014

SELAMAT TINGGAL ISTANBUL, TURKI...(LAPANGAN TERBANG ATTARTUK)- BAB AKHIR TURKI

Assalaamualaikum wbt,
(28 JANUARI 2014- SELASA)
Awal pagi selepas sarapan di hotel kami sudah menurunkan beg-beg untuk dimuatkan ke dalam perut bas....walaupn penat dan letih tetapi destinasi seterusnya adalah tujuan asal kami iaitu mengerjakan umrah...dalam hati aku bercampur baur sebab tidak puas berada di Istanbul dan dalam masa yang sama begitu teruja menuju ke Madinah.....
BEG2 SEDANG DIMASUKKAN KE DALAM PERUT BAS
MY WIFE DAN RAKAN2 DI DEPAN HOTEL
WIFE AKU, ADIERA DAN ALI PEMANDU PELANCUNG DARI TURKI
SELAMAT TINGGAL ISTANBUL
SAMPAI DAH LAPANGAN TERBANG ISTANBUL , ATTARTUK 
ALI SEDANG MENGURUSKAN BEG2 KAMI
SURAU MEREKA DIPANGGIL MESCIT
SAAT2 MANIS ANAK2 
GAMBAR KENANGAN KAMI SEKELUARGA BERSAMA ALI
MASIH SEMPAT BELI MAKANAN LAGI
AKU PUN POSING LAGI
BEREHAT SEMENTARA MENUNGGU PESAWAT
KEBANYAKANNYA PESAWAT TURKI
ALHAMDULILLAH PESAWAT IKUT JADUAL TK 108......TEPAT.....
SUDAH BERSEDIA UNTUK BERLEPAS KE MADINAH
MULA BERGERAK DAH...SELAMAT TINGGAL ISTANBUL....
ALHAMDULILLAH DAH BERLEPAS MENUJU MADINAH...
INSYALLAH...4 FEBRUARI JUMPA LAGI...TRANSIT UNTUK KE KLIA
Pesawat menuju Madinah dan dari sana kami akan terus ke Makkah untuk ibadah umrah dan sepertimana yang dirancang oleh pihak Andalusia pakej ini  dan jika semua berjalan lancar selesai umrah kami akan bertolak ke Jeddah pada 4 Feb dan transit ke Istanbul semula sebelum bertolak ke KLIA....begitulah perjalanan pakej yang diuruskan....puas duduk dalam pesawat....

Saturday, June 14, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG- (LEPAK MINUM PETANG SEKITAR GRAND BAZAAR) - BAB 41

Assalaamualaikum wbt,
Sepertibiasa memang anak2 cepat lapar dan cepat haus bila kesejukan  begini...apa lagi kebetulan sekitar Grand Bazaar (GB) ada banyak kedai makanan dan minuman....semuanya jadi sedap walaupun ianya bukan makanan biasa kita seperti goreng pisang atau cekodok...aku rasa kalau ada gerai cekodok atau goreng pisang kat sini mau jadi gerai yang sangat laris bila sejuk2 begini....hehehehe....terlajak laris...


NI DIA KEDAI KOPI TU....SEMUA MAKANAN NAMPAK SEDAP...
HENTAM SAJA LAH.....YANG PENTING KENYANG
MUKA KESEJUKAN DAN KELAPARAN....HEHEHE
NIA DIA NASI  BERLAUK DAN BERSAYUR TU....MEMANG SEDAP...LAPAU SGT NI
TEH TURKI NI MEMANG DALAM GELAS KECIK BEGINI...MACAM TAK CUKUP AJER NI
DEKAT DENGAN CAMII DAN GRAND BAZAAR JE KEDAI KOPI NI....POKOK PUN KERING 
Lepas minum terus menuju ke parking bas....dekat ajer.....berderet bas-bas pelancung di sini...bas sudah sedia menunggu untuk bawa balik ke hotel untuk berkemas dan destinasi Agung seterusnya esok adalah  Madinah Al Munawarrah dan Makkah Al Mukarramah...
PEMANDANGAN BERHAMPIRAN PARKING BAS
POSING LAGI...MEMANG SEJUK SANGAT,BAJU TIGA LAPIS SIAP GLOVE LAGI...
WIFE POSING SEBELUM NAIK BAS
AKU PUN POSING SEBELUM NAIK BAS
Alhamdulillah telah pun lengkap untuk ziarah kali ini ke beberapa tempat penting di Istanbul....Insyallah jika ada rezeki dan kelapangan masa akan ke sini lagi kerana yang sebetul2nya aku dan keluarga tidak puas berada di Istanbul ini kerana masih banyak lagi tempat yang belum dilawati. 

Bas meluncur laju dan melewati Masjid Biru , Aya Sofya, Selat Bosphorus dan melalui jalan2 biasa selama 4 hari berada di Istanbul.....hati aku sebak mengenangkan entah bila lagi akan dapat datang ke Bumi Uthmaniyah @ Ottoman yang Agung ini.


DARI ANGLE INI KITA BOLEH NAMPAK ENAM KUBAH MASJID BIRU SEAKAN-AKAN SEBARIS
BEGITULAH KEUNIKANNYA..
SELAMAT TINGGAL AYA SOFYA....INSYALLAH KITA JUMPA LAGI

SELAT BOSPHORUS DAN MASJID INI KAMI LALUI SETIAP KALI PULANG KE HOTEL

Thursday, June 12, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (GRAND BAZAAR)- BAB 40

Assalaamualaikum wbt,
(27 JANUARI 2014- ISNIN)
Dari AGORA kami  berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke Grand Bazaar....seperti biasa Ali pemandu pelancung memberitahu dalam taklimatnya bahawa di sini ada lebih 3000 kedai yang menjual berbagai barangan dan cenderamata...boleh sesat kalau tidak biasa...kami bersolat dulu di belakang Grand Bazaar ada CAMII....wudhuk memang begitu mencabar...airnya...mak datuk....sesejuk air batu...perghhhh...
TAKLIMAT DI SEBELAH CAMII DAN BERDEPAN DENGAN PINTU MASUK GRAND BAZAAR
CAMII BERSEBELAHAN GRAND BAZAAR
TERSEREMPAK DENGAN KANAK2 MISKIN DI TEPI CAMII BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK GRAND BAZAAR.....KESEJUKAN MEREKA DI SINI..
SALAH SATU PINTU MASUK UTAMA GRAND BAZAAR DARI ARAH CAMII
AKU SURUH WIFE POSING DULU..
GILIRAN AKU DALAM GRAND BAZAAR
POSING LAGI...
SEDANG BINCANG NAK BELI APA LAGI.????
Malaysia memang terkenal di Turki.....tengok saja bendera di bawah.....aku difahamkan salah seorang anggota keluarga pekedai ini berkahwin dengan warganegara Malaysia....aku tumpang bangga  dengan semangat pekedai ini yang mengibarkan Jalur Gemilang.
TERSELIT JALUR GEMILANG.....BANGGA
CENDERAMATA CANTIK DAN BERMUTU TINGGI
BEG GALAS PUN BANYAK
DAH SIAP SHOPPING TUNGGU ANGGOTA ROMBONGAN YANG LAIN....
PUAS HATI SEBAB DAH COVER SEMUA TEMPAT WAJIB SHOPPING
Kesejukan, kehausan  dan cepat lapar berada di sini....apa lagi cari kedai makan lah lepas ni....hehehe.