Friday, December 17, 2010

DARI LIGA KELANTAN, TMFC DAN SEMULA KE KELANTAN- MOHD FARISHAM ISMAIL - PART 2

Salam,

(Saja nak curi tumpuan sebab sekarang Team Malaysia sedang 'seronok'dan baru menang first game lawan Vietnam, esok kita sama2 doa Malaysia menang lagi agar boleh masuk final dan terus jadi juara). Sebagai rakyat Malaysia aku sokong pasukan Malaysia , cuma aku tak sokong segelintir pegawai FAM yang tumpang glamour dan berlagak macam mereka hebat sangat. Ni sambungan kes Chanthuru....

Pertama sekali aku mintak maaf sebab tidak bekerja keras mencari gambar  terbaru Mohd Farisham Ismail. Sekarang dia salah seorang pemain utama Kelantan dan beraksi dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.  Siapa Farisham Ismail ? ( FI). Kes dia lebih kurang dengan kes Chanturu,  cumanya dia belum berpeluang lagi bermain dengan pasukan Malaysia.  Budak baik dan pendiam....kes dia lebih tragis kepada pemain dan TMFC.
Mohd Farisham Ismail

Aku mula kenal dengan budak ni November 2006,  masa tu perlawanan persahabatan TMFC dengan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Mohd ke 4. Ketika itu budak ni bermain dengan pasukan Kelantan  dan ketika itu pasukan Kelantan masih 'huru hara,'  tiada penaja,  pasukan yang lemah kerana semua pemain utama Kelantan lari ke negeri lain. Pasukan Kelantan ketika itu 'miskin' sangat , hutang stadium dll lagi,  tapi aku tabik kat Hj Jazlan ( skrg dah Datuk)dan Hj Affandi ( skrg dah Datuk) kerana mereka bersungguh2 nak majukan pasukan Kelantan ketika itu. 

Dulu dan sekarang banyak pasukan negeri yang kekurangan dana dan berhutang dengan FAM dan lebih buruk  berhutang dengan pemain soal gaji dan KWSP. Ini bukan tuduhan jahat tetapi kenyataan....takut nanti ada yang nak saman aku pulak......aku kena bersedia dengan pasukan lawyer aku pulak ni.....

Biasanya bila perlawanan persahabatan pengurusan pasukan akn mendapat tetamu percuma di kalangan pemain yang menawarkan diri untuk menyertai TMFC,  pasukan kami ketika itu mewah,  tidak ada masalah gaji, bonus pemain dan kemudahan rumah dan lain2....Manakan tidak....kalau masalah gaji masuk paper big boss aku akn cari aku.....ketika itu aku Setiausaha Kehormat TMFC....tugas penting dan jugak sain cek dan gaji pemain....berat tanggungjawap yang benarnya.

FI telah berjumpa dengan coach Raja Isa dan Irfan Bakti untuk bermain dengan TMFC.....aku tak pasti ikut saluran atau tidak.....bila aku bertanya dua2 coach ni mereka kata ok ...beres....Bulan Disember 2006 aku pun daftarkan pemain ini dan pemain lain dengan FAM bagi mendapatkan lesen pemain dan lesen pegawai bertugas.....Semua FAM luluskan. Syukurlah. Dari bulan Januari hingga April 2007, pemain ini sempat bermain dekat2 10 game rasmi dan ada yang TMFC menang dan kalah.  TMFC kurang menjadi bagi musim 2006/2007.  

Nanti aku cerita lain pulak....panjang cerita TMFC .  Bermula dengan perletakan jawatan Irfan Bakti selaku ketua Jurulatih dan kontroversi perlantikan Wan Jamak sebagai ketua jurulatih TMFC akibat lesen jurulatihnya yang belum diperbaharui.  Kerenah dan birokrasi FAM tidak berpihak kepada TMFC,  padahal ketika itu TM penaja utama FAM dan Liga Malaysia.....Ketika itu Serbegeth Singh ( Shebby) telah dilantik menjadi penasihat pasukan TMFC dan begitu lantang mengkritik FAM dan beberapa jurulatih Malaysia termasuk B. Sathianathan....semua ini menarik untuk kita renungkan bersama......bermulalah episod duka TMFC lepas ini.....(Wan Jamak adalah merupakan salah seorang bekas pemain Malaysia dan anak  Malaysia yang pertama dapat lesen kelas A, cuma lesen dia tidak diperbaharui kerana tidak melatih mana2 pasukan ketika itu....terlalu banyak dugaan dan kerenah FAM yang terpaksa TMFC lalui ketika itu)

Perlawanan Piala FA  TMFC melawan Perlis ,  TMFC menang selesa 3-1,  dalam diam rupanya Perlis protes setelah mendapat maklumat berhubung FI dari orang dalam KAFA dan FAM....'jahat' sungguh mereka ni....mereka berdendam dengan Shebby dan TMFC.....Protes  Perlis diterima bulat2 tanpa memanggil TMFC terlebih dahulu dan FAM hanya memanggil TMFC setelah membatalkan kemenangan TMFC dan Perlis layak ke pusingan seterusnya..... TMFC berputih mata dan aku kena pikul kesalahan ini....ramai yang gelak ketawa dan 'memadankan' muka aku dan pengurusan aku. Semua jari tertuding ke muka aku.....aku terpaksa berdepan dengan Dato Abd Wahid Omar,  Ketua Pegawai Ekeskutif,  Kumpulan TM ketika itu....malu pun ada , segan pun ada....Tahniah FAM, KAFA dan PFA...anda semua  berjaya dengan lakonan kelas satu....Perlis yang begitu bersemangat pada ketika itu, kalah dalam perlawanan separuh akhir.....padan muka depa....sbb nak sangat menang hingga lupakan semangat kesukanan....

2 minggu lepas itu kami kemukakan rayuan,  pengurusan TMFC seramai 4 orang bertemu di dalam kes rayuan dengan FAM seramai 8 orang diketuai oleh YM Dato Raja Ahmad Zainuddin yang juga Naib Presiden FAM ketika itu.....45 minit aku sorang 'bertekak' dengan YM Dato Raja, aku dah hilang rasa takut dan tak respek pada Raja Ahmad Zainuddin ketika itu..dan hingga kini ...mereka langsung tidak pertimbangkan rayuan dan sebaliknya menyalahkan aku 100 peratus......aku pelik ,  lesen mereka dah keluarkan untuk pemain.....bila jadi begini.....FAM kata aku dan TMFC yang bersalah sebab amik pemain yang berumur kurang dari 21 tahun tanpa kebenaran pasukan Kelantan ( KAFA)...KAFA hanya bagi kenyataan dan surat bertulis pada FAM bulan Mei 2007....sebelum itu mereka 'merelakan' pemain cari makan di luar Kelantan....bulan julai 2007 aku 'pulangkan ' semula pemain ini ke Kelantan.....You all semua nak tau apa jadi pada pemain ini,  pasukan Kelantan tak terima  dia semula pada tahun 2007....kesian dia...dah la tak ada gaji dari Julai 2007 hingga Disember 2007, pasukan negeri sendiri 'menganiaya' dia pada ketika itu.......kesian pada pemain bolasepak Malaysia sekarang ni.....kalau tak percaya tunggu 'drama' sebabak antara KAFA dan FAM dan persatuan negeri lain musim 2011 nanti.( Nota : Raja Ahmad Zainuddin kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden tahun 2010,  tapi FAM masih lantik dia ke jawatan lain.....aku heranlah dengan FAM ni, dah tak ada orang lain ker ?
Nota  ke 2 : Dari tahun 2005 hingga sekarang Telekom Malaysia (TM) adalah penaja utama FAM.....mereka langsung tak amik kira semua ini.....dalam masa yang sama aku jugak tidak berniat nak tegakkan benang yang basah....tapi segelintir pegawai FAM memang 'berniat jahat' kepada TMFC ketika itu.Tahun itu aku ada hubungi sorang wartawan sukan dari salah sebuah akhbar utama Malaysia.....tunggu punya tunggu...last sekali dia 'kencing' aku, tak jadi jumpa.......aku nak dedahkan cerita sebenar.....rupa2nya ada sorang dua wartawan sukan memang pengecut nak tahu cerita sebenar....takut nak melawan arus....cehhhhh, campak saja etika kewartawanan tu ke dalam Sg Klang berhampiran Bangsar , dekat dengan pejabatnya....hampehhhhhhh.

Aku dah buat penilaian sendiri ke atas segelintir pegawai FAM yang hanya nak dapat glamour di FAM dan sangat taksub pada persatuan negeri sendiri dan ada segelintir memang nak 'bunuh' kelab.  Kepada pembaca blog aku buatlah penilaian sendiri.  Aku tabik pada DYMM Tuanku Sultan Pahang selaku Presiden FAM dan Anakandanya Tengku Mahkota selaku Timbalan Presiden FAM yang ikhlas nak  majukan bolasepak Malaysia, cuma ada segelintir pegawai FAM yang masih tidak faham2 bahawa mereka sudah tidak ada idea dan sepatutnya sudah lama meninggalkan FAM !.

p/s Aku tidak takut sahut cabaran FAM kalau mereka hendak dapat idea aku untuk majukan bolasepak Malaysia.....tapi sekali lagi aku masih lagi bermimpi di siang hari mengharapkan perkara ini berlaku....hehehehe.....


No comments: