Tuesday, February 8, 2011

LAWAT IKA DAN MENJAMU NASI BERIANI GAM MOHD SHAH, BATU PAHAT

Salam,

2 Feb lalu aku,isteri dan Ammar melawat Ika di Hospital Pakar Pantai, Batu Pahat, budak kecik ni ada masalah penghadaman dan usus pembuangan air besarnya, kesian Ika, tapi dua hari lepas tu  dia dah keluar dari hospital tu...sekarang beransur pulih.

 Ika dan Ammar, IKA  masih cergas wpun sakit

 Sebahagian Batu Pahat dari bilik IKA

  BP pesat membangun
Lebih kurang jam 12.30 tengahari kami bertolak ke Gerai Benteng Peserai, BP nak cari salah satu kedai Nasi Beriani gam yang terkenal di sana, Mohd Shah....beratur jugaklah nak beli nasi beriani ni....

 Kompleks Niaga Benteng, Peserai BP

 Parking penuh ketika ini
 Tu dia ramai orang beratur

 Bagi yang berminat , waktu dan no telefon pun ada

 Aku suka beriani kambing....sedap

 Isteri aku dan Ammar suka beriani ayam

Ada lagi satu lokasi beriani gam yang kami akan cuba di masa akan datang....namanya Nasi Beriani Gam Power....kakak ipar aku yang bekerja di BP kata paling sedap.....mesti nak cuba di lain masa dan ketika...hehehe..

Di Bangi ada JM Beriani, Mat Top Beriani, Anjer Beriani dan macam2 lagi,  kesedapan beriani ni adalah subjektif....pada aku semua ada keistimewaan masing.2....ada masa datanglah cuba kat Bangi pulak.... ada berani ?....hehehehe

14 comments:

mama ju said...

aslkm

sAYA selalu ke situ..skrg ni bungkus je...tak larat nak habiskan.Saya selalu survey nasi ni kat mana2..cari yg sedap!Kat Bandar Putra permai pun ada beryani Gam org pt raja...rasa..bolehlah...

rosli said...

Mama ju,

Wah ni nak kena cuba ni.....janji beriani gam....yang dekat UNITEN menghala ke Putrajaya pun sedap jugak...

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wtb en.Rosli, apa kbr?
Mesti seronok berjalan menjelajah selatan tanah air, nasib baik tak terlajak ke kota singa. emmmmm...

Di JB juga ada terdapat banyak Bryame Gum. Jika tuan ke JB, InsyaAllah ana boleh tunjukan. Kebiasaanya paling top di BBU UDA.

Bukan itu sahaja, di JB makanan yang menarik selera org JAWE ialah Nasik Ambeng. Ana pasti di KL pun banyak yang menjualnya.

Jumpa dilain masa, InsyaAllah

JazakaAllah

Kakzakie Purvit said...

Salam Hj. Rosli,

Ini kampung hubby kakak. Sedap kan beryani dia. Kakak selalu juga makan di sini. Boleh bungkus kalau tak ada masa nak makan di situ.

Adinda Amy Sensei said...

salam ..

nasi beriyani ni..saya kureng sikit..tak tahu kenapa tak berapa suka sangat..hehe..

saya pernah lalu kat kedai beriani gam mat shah tu...penuh je manusia..hehe..

rindu nak datang ke batu pahat lg..

salam kenal encik rosli..:)

rosli said...

MI,

Wah best tu,,,,,one day kena gi JB try semua tu

rosli said...

Kakzakie,

Wah best tu.....mesti setiap kali balik kg hubby boleh pekena Nasi Beriani tu....saya pun sekali sekala ajer ke situ

rosli said...

Adinda Amy Sensei,

Salam perkenalan....betul tu, kekadang citarasa orang tak sama, ada suka dan ada yg tak berapa suka...apapun BP memang ada keistimewaan tersendiri...

momma said...

mak ai beriani gam, tggu next kenduri la baru dapat merasa

rosli said...

Momma,

Jom jalan2lah ke BP dan JB, mesti dapat merasa beriani yang sedap2

مسافر اسلام said...

insyaAllah...ada masa boleh singgah. Bila ke jb jgn lupa utk rasa bubur sentosa, mee rebus gear box dan prata chess.
Bila pulang nanti tuan boleh beli otak-otak kempas sebagai oley-oley.

Jumpa lagi, insyaAllah.

rosli said...

MI,

Insyallah akan cuba nanti bila dah smpi JB....mee rebus tu dh cuba....gerai tu sentiasa penuh

Papa-NtiQ said...

salam en rosli..saya baru je pegi makan kat kedai md shah ni weekend lepas. Pics pun dah upload kat blog saya tadi www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu singgah la ye blog saya topik pasal makan, makan dan makan 100% tak de topik lain hehe.
Kalau sudi follow yer blog saya TQ TQ TQ

Yatichedet said...

gagal untuk ke 3 kali makan nasi baryani ni kerana lokasi yang diberikan tidak tepat..terimakasih saudara kerana berikan lokasi yang tept...in shaa Allah jika ada kesempatan mmg tidak akan melepaskan peluang mencuba nasi baryani yang cukup gah terkenal sampai pelosok malaysia ni....