Friday, June 24, 2011

ANTARA DOA DAN ' CAKAP MASJID'

As Salam,

Masa zaman remaja hinggalah ke umur 30 tahun aku biasa bergurau dengan kawan2 dan kalau bercakap tentang sesuatu atau ingin mengesahkan sesuatu mesti aku cakap ni bukan main, tapi 'cakap masjid'....maknanya tak tipu dan betul2 punya......Zaman berubah....lepas tu kekadang bersumpah dan sekarang kalau bercakap dan ingin mengesahkan sesuatu kena bagi fakta dan bukti.....tapi kalau kawan2 atau boss masih kurang percaya aku lebih suka diamkan ajer.....biar waktu menentukannya dan aku yakin satu hari nanti kebenaran akan timbul dengan izin Allah.
Bersih kawasan masjid ni

Banyak pokok buah2an...sejuk mata memandang

Bila bercerita pasal ungkapan 'cakap masjid' aku teringat dengan doa aku, akhirnya Allah makbulkan doa aku ahad lepas.....aku dapat berpeluang mengajar Safety Passport on OSH di dalam dewan kuliah Masjid Al Azim di Pandan Indah( 19 Jun 2011).....syukur Allah bagi aku berpeluang bercakap  dan mengajar di dalam kawasan masjid,(agaknya kalau aku bukan ustaz atau celebriti yang dijemput bercakap soal ugama , mana mungkin aku berpeluang mengajar di sini, kerana biasanya kelas aku samada di NIOSH, training centre, kekadang di kelab golf dan adakala di pejabat kontraktor)


Nyaman dan tenang

Sessi taklimat
Selepas aku mengucapkan salam dan mengalu-alukan semua pekerja kontraktor TM aku mengeluarkan kenyataan bahawa aku bersyukur dapat berjumpa dengan mereka dan akan bersama dengan mereka dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.  Aku sempat bergurau dengan mereka bahawa hari ini aku punya kelas dan fakta2 OSH adalah benar kerana aku bercakap dalam kawasan masjid atau dalam erti kata lain 'cakap masjid'...hehehe...gurauan aku 10 ke 20 tahun dulu jadi kenyataan.....'Cakap Masjid'.  Syukur dan tahniah kepada owner kontraktor tersebut kerana memilih Masjid Al Azim ini dan mereka boleh menderma sambil beramal dengan pihak masjid. Ameen

No comments: