Assalamualaikum wbt,
Beberapa hari lepas aku hampir give up dengan kerja yang aku buat sekarang....sijil kelayakan yang aku ada tidak dapat aku gunakan sepenuhnya.....walaupun berdaftar dengan badan berkaitan keselamatan, di tempat kerja aku tidak dapat praktikkan ilmu yang aku pelajari , kecuali apabila mengajar secara part time di hujung minggu.
Aku sempat mengadu hal dengan seorang rakan pejabat.....sejuk hati bila dia ingatkan aku semula " kekadang apa yang kita tidak suka buat tidak semestinya tidak elok dan apa yang kita suka buat tidak semestinya elok"....lama jugak aku berfikir....memang ada benarnya katanya....selepas solat zohor lama aku bermenung.....sempat baca satu surah....lega rasa hati....
Setiap hari bisikan syaitan dekat dengan telinga dan mengganggu perasaan aku....kalaulah aku boleh nampak syaitan hendak ajer aku sekeh kepala syaitan ni....bilalah makhluk perosak ni nak give up ??? Ya Allah bagilah aku kekuatan HATI DAN JIWA menghadapi dunia yang begitu mencabar dan syaitan yang tidak pernah give up....Ameen
Setiap hari bisikan syaitan dekat dengan telinga dan mengganggu perasaan aku....kalaulah aku boleh nampak syaitan hendak ajer aku sekeh kepala syaitan ni....bilalah makhluk perosak ni nak give up ??? Ya Allah bagilah aku kekuatan HATI DAN JIWA menghadapi dunia yang begitu mencabar dan syaitan yang tidak pernah give up....Ameen
6 comments:
Assalamualaikum En Rosli
Syaitan mengatakan aku (syaitan) tidak mempunyai kuasa di dunia untuk menarik kamu mengikuti aku. Aju ajak kamu dan kamu pula terima ajakan aku, maka itu adalah salahmu.
Wassalam
Asslamkm Abg Rosli,
Sabarlah yea. Yg penting kita pastikan rezeki yg diperolehi dari kerja kita drpd sumber yg halal & bekerja sesuai kewajipan yang dituntut dlm agama.
assalamualaikum Encik Rosli
sekadar perkongsian pengalaman, antra sijil kelayakan yang kita ada, dan tuntutan tugas, memang kadang kala terjadi, tidak sama seperti yang kita pelajari.kdg kala kita lakukan tugas di luar norma sijil yang ada.
namun sekurangnya,dgn kelas part time yang encik hadiri, inshaAllah skill yang ada tidak hilang, bahkan moga dapat dimanfaatkan oleh 'anak murid' encik, dan semoga encik kan dapat saham ilmu yang bermanfaat yang disebarkan kpd insan lain,
teringat pesan cikgu saya, bekerja kerna Allah,moga ada rahmat daripadaNYA di dunia akhirat.
maaf andai terkasar bahasa.
Hj Rozali,
TK jugak kerana memberikan pandangan dan ilmu
mhanafiah,
Tk atas nasihat dan pandangan bernas.
Ummu,
Terima kasih atas padangan dan berkongsi ilmu, saya amat hargainya. Kekadang bila terlupa atau ikutkan hati dan perasaan saya terlalai dan terleka juga.
Post a Comment