Wednesday, August 15, 2012

MALAM TUJUH LIKUR VS MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum wbt,

Seingat  saya sejak kecik tahun 1970an hingga beberapa tahun lepas.....saya sentiasa tunggukan malam tujuh likur....salah satu adat dan budaya orang Melayu menunggu Syawal.....memang meriah dengan pelita samada di bandar atau di kampung.....biasa di kampung tersangatlah meriah dengan aneka bentuk pelita biasa dan pelita dari buluh.....kanak2 meriah main bunga api dan mercun......habis lupa solat terawikh bila masuk malam tujuh likur....masa tu saya tidak didedahkan atau mungkin saya ponteng mengaji dan tidak berapa peka dengan Malam Lailatul Qadar...sibuk nak beraya.......

Alhamdulillah sejak2 akhir ini, barulah sedar dan faham apa pentingnya 10 malam terakhir terutama hari2 ganjil hinggalah tibanya Syawal....dengan sedikit pengetahuan, ceramah ugama, melalui FB, blog dan tazkirah dalam TV keberkatan Ramadhan dan beribadat 10 malam terakhir di bulan Ramadhan memang sangat mencabar dan begitu mengujakan....masing2 mengejar Malam Lailatul Qadar....saya juga tidak terkecuali...manalah tahu ada rezki saya malam ini. Insyallah

MALAM LAILATUL QADAR
Hadith :

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

 
(al-Bukhari)
Huraian
 
1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

No comments: