Assalaamualaikum wbt,
Sejak 1 September 2012 lalu, tugasan rasmi saya telah berubah (Unit OSHE sekarang ni).....dulu banyak masa dalam pejabat, sekarang banyak masa di luar pejabat, termasuk pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di lokasi sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan MSC, saya seronok. Adakala saya kena berada di Ibu Sawat TM yang memerlukan perhatian jika ada kes2 yang berkaitan dengan kesihatan pekerjaan termasuk alam sekitar.
Bukan semua pejabat yang boleh saya paparkan dalam blog kerana ada pejabat dan lokasi Ibusawat TM termasuk dalam kategori Sasaran Penting kategori Satu....yang begitu sensitif untuk keselamatan negara. Kebanyakan ibusawat tidak termasuk di bawah Sasaran Penting, kecuali beberapa buah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan hampir semua adalah di Bukit dan Gunung Ganang.
ATAS BUMBUNG IBUSAWAT ULU KALI,
GENTING HIGHLANDS
BERSEBELAHAN DENGAN GENTING HIGHLANDS
Saya seronok kerana ini adalah peluang untuk saya bergambar dan 'menangkap' gambar2 pemandangan...terbaru saya di Ibu Sawat Ulu Kali, betul2 bersebelahan dengan Genting Highlands. Satu ketika dulu Ibusawat ini termasuk dalam Sasaran Penting , tetapi sekarang tidak lagi....kes yang terbaru adalah gelongsoran tanah (menghampiri kes tanah runtuh)...tindakan awal telah diambil oleh pihak JKR Bentong...
Sempat bergambar di atas bumbung Ibusawat dan Stesyen Radio\TV TM Ulu Kali, Genting Highlands. Suhu ketika ini 19 darjah celcius....boleh tahan sejuk. Sempat bercakap dengan beberapa anggota TM yang bertugas, mereka maklumkan bahawa sebelah malam suhu lagi sejuk walaupn telah dibekalkan dengan baju panas kepada mereka. Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan kebajikan anggota kami di jaga walaupun kekadang sukar untuk mendapat bajet kerana ada keperluan yang lebih mendesak di bahagian lain.
ATAS BUMBUNG IBUSAWAT.....BOLEH TAHAN SEJUK
KL DARI BUMBUNG IBU SAWAT ULU KALI
SAYUP2 KL
'POSING' BERLATARBELAKANGKAN IBUSAWAT TM
ULU KALI
Entah bila lagi akan ke sini....kami doakan tidak ada kes2 serius atau kes tanah gelongsor lagi....musim hujan ini kena hati2 sentiasa.