Assalaamualaikum wbt,
Saya mula 'main' kamera sejak tahun 1979, masa tu saya pinjam kamera abang sulong saya....hinggalah beli kamera kompak sendiri tahun 1988.....begitu banyak kenangan dan gambar2 yang mash tersimpan rapi....antara 'harta' dunia yang saya sayang dan hargai....gambar2 menggunakan filem kodak, fuji dan konica....masih ingat lagi...ketika itu jenama yang sederhana dan murah Yashica, Fuji dan Canon termasuk kategori mahal....Nikon pulak saya belum suka ketika itu..... citarasa berubah sekarang DSLR saya sejak Mei 2010 hingga kini adalah NIKON....
Minat setiap orang tidak sama, saya bila bab kamera ni memang suka, tetapi taklah sampai berhabis beratus ribu....sekadar ada yang basic pun dah cukup termasuk speed light....yang penting gambar cantik , terang dan sedap mata memandang.
Antara koleksi kamera analog dan manual saya sejak tahun 1988 hingga kini...
Yang paling best semua anak2 saya suka dan boleh handle semua kamera digital /DSLR yang terkini....mereka tidak pernah merasa kamera manual yang guna filem dulu....zaman begitu cepat berubah.
Dulu ini kamera 'peberet ' saya, guna filem biasa
Kamera Lomo anak perempuan saya ( merah kuning )
saya rosakkan secara tak sengaja
Jugak kamera 'peberet' saya dulu, guna filem APS
Yang terbaru anak perempuan saya
memang sedikit sukakan kelainan....dia suka Kamera
LOMO.....menggabungkan teknologi lama dan terkini.....menggunakan
filem.....Entah macamana saya dah 'terosakkan' flash kamera LOMO
ni.....isteri saya menggantikan dengan yang baru iaitu kamera
FUJI.....sama konsep dengan kamera POLAROID. Lebih 'comel' dan gambar
yang dihasilkan terus pun comel dengan berbagai design. Canggih
teknologi sekarang ni.
Zaman dah jauh berubah....digital jadi pilihan ramai...saya jugak tidak terkecuali...lebih suka memikul dan menembak menggunakan NIKON DSLR.....untuk gambar peribadi dan untuk tugasan rasmi guna kamera kompak Lumix ( Panasonic)...
2 comments:
Assalamualaikum En Rosli
kira2 cermat juga tu...
boleh simpan sampai sekarang
Hj Rozali,
Insyallah, semua masih dalam simpanan dan terjumpa masa berkemas beberapa minggu lalu.
Post a Comment