Thursday, January 31, 2013

CIRI-CIRI ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Ramai orang yang rambutnya kusut dan berdebu ditolak daripada pintu-pintu rumah orang (kerana hinanya pada pandangan manusia) tetapi kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah akan mengabulkan sumpahnya”. 

Huraian Hadith: 
  1. Rupa paras dan nilai seseorang disisi masyarakat tidak dapat menggambarkan kedudukan seseorang disisi Allah kerana boleh jadi seorang yang buruk rupanya tetapi dia seorang yang mulia disisi Allah.
  2. Antara ciri-ciri orang yang mulia disisi Allah ialah mereka yang diperkenankan doanya.

Wednesday, January 30, 2013

MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH DI SUBANG- CIATER , BANDUNG

Asssalaamualaikum wbt,

Ketika di Bandung Disember lalu, saya sempat merakam beberapa foto yang saya kira menyejukkan mata saya....di Daerah Subang-Ciater,....Semua foto di bawah saya rakan di sekitar Hotel Lembah Sarimas.....

YANG MENGHIJAU DI KAKI GUNUNG ADALAH LADANG TEH DI DAERAH  SUBANG
PEMANDANGAN DI AWAL PAGI
TERASA SEGAR DAN SEJUK KETIKA INI....

Tuesday, January 29, 2013

KEMULIAAN TIDAK DIUKUR PADA ZAHIR SAHAJA

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Sesungguhnya akan datang pada hari kiamat seorang yang gemuk lagi besar, tetapi tidak bernilai disisi Allah walaupun seberat sayap nyamuk”. 

Huraian Hadith: 
  1. Kemulian seseorang disisi Allah tidak diukur dari sudut kesenangan hidupnya semasa di dunia.
  2. Islam tidak menilai seseorang itu dengan pandangan zahir sahaja yang ada padanya di dunia.
  3. Oleh itu bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan beribadatlah dengan sebenar-benar ibadah dengan tulus ikhlas.

PENTERNAK DAN PENGUSAHA YANG TIDAK DIDENDANG

Assalaamualaikum wbt,

Ketika pulang selepas perasmian Masjid  Abu Bakar As Shidiq Disember lalu di Desa Bojongloa....saya tertarik dengan beberapa orang kampung di tengah2 sawah padi mereka yang berjalan bersama- sama sekumpulan itik.....di tangan mereka ada beberapa ekor itik yang  saya kira sudah mati.....saya tidak pasti sama mereka ini penternak itik daging atau telur itik.....tetapi jika diambil kira keadaan fizikal itik saya percaya ianya itik daging....

GIGIH...USAHA MEREKA INI....
 BERATUS JUGAK....

Susah nak tengok tanah kosong di desa ini.....sawah padi dikelilingi rumah2 penduduk....suhu agak nyaman ketika ini....tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk...

Monday, January 28, 2013

SIAPAKAH AHLI NERAKA

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Usamah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Aku berdiri dimuka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk kedalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri dipintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan”. 

Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang umatnya daripada menghina orang-orang miskin kerana kemungkinan mereka mendapat tempat yang mulia disisi Allah.
  2. Orang-orang perempuan hendaklah sentiasa mengawasi diri mereka lebih daripada lelaki kerana mereka mudah terdedah kepada melakukan perkara-perkara yang keji yang mengakibatkan mereka mudah masuk neraka.
  3. Orang-orang miskin sekalipun mereka dhaif tetapi sekiranya mereka bersabar dengan kesusahan yang mereka hadapi serta membuat amalan-amalan baik nescaya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.
  4. Rasulullah dapat mengetahui perkara ghaib seperti keadaan syurga dan neraka dengan diberitahu oleh Allah.
  5. Wanita yang menjadi ahli neraka ialah yang derhakakan Allah, tidak menunaikan hak Allah dan hak manusia seperti nusyuz dan menafikan budi baik suami.

Sunday, January 27, 2013

DIALOG SYURGA DAN NERAKA

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Abu Said al-Khudriy RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Telah bertengkar syurga dan neraka, maka berkatalah neraka, “Untukku orang orang-orang yang kejam dan sombong (yang tidak mempunyai belas kasihan)”. Kemudian berkata pula syurga, “Untukku golongan orang-orang yang lemah dan miskin”. Maka Allah memutuskan diantara kedua-duanya. Sesungguhnya engkau syurga tempat rahmatku, aku memberi rahmat denganmu kepada sesiapa yang aku kehendaki, dan sesungguhnya engkau neraka tempat siksaan aku menyiksa denganmu sesiapa yang aku kehendaki dan adalah menjadi tanggungjawab untuk memenuhkan kamu berdua (syurga dan neraka)”. 

Huraian Hadith: 
  1. Syurga dan neraka disediakan oleh Allah SWT sebagai tempat yang terakhir untuk pembalasan kepada makhluk mengikut amalan masing-masing.
  2. Setiap orang yang beriman akan dimasukkan ke dalam syurga walaupun kebajikan sebesar zarrah. Begitu juga setiap perbuatan yang mungkar itu akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengannya.
  3. Orang beriman yang lemah dan miskin yang dipandang rendah oleh manusia dijanjikan dengan syurga selagi mereka tetap dengan keimanan dan kepatuhan kepada hukum serta bersabar atas apa yang telah ditentukan Allah bagi mereka, manakala orang yang takbur dan sombong dijanjikan untuk mereka neraka dan azab yang pedih.

Saturday, January 26, 2013

TUGASAN RASMI DAN BERSANTAI DI KUANTAN, PAHANG

Assalaamualaikum wbt,

Kali ini mendapat pelawaan rakan dan kelulusan boss untuk membuat tugasan rasmi di Kuantan, Pahang...dari 21 hingga 23 Disember....saya drive sendiri sebab semua kawan2 dah travel ke Kuantan dengan famili....famili  saya pulak di Muar ada urusan keluarga. Wife cakap next time dia akan ikut  sama...

Tugasan rasmi sekarang memang seronok kerana kerja2 yang di buat berkaitan dengan OSH...bila dapat tugasan sebegitu memang best rasanya...

Penginapan rasmi di The Zenith Hotel ,Kuantan.....pertama kali di sini....best....In Shaa Allah akan ke sini lagi bersama keluarga.....


SAYA SELESA DI SINI, TINGKAT 23
PEMANDANGAN PUN CANTIK DARI BILIK INI
INI SAYAP UNTUK PEJABAT ZENITH DAN PENYEWA MEREKA
SERONOK BILA DIALU-ALUKAN DI SINI
 SARAPAN PAGI DAN MINUM PETANG DI SINI
MASA MINUM PETANG BOLEH LEPAK2 KAT SINI
KEBETULAN KETUA POLIS NEGARA BERSAMA ANGGOTA PDRM DAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH PUN MINUM SAMA DI SINI...SAYA TUMPANG SNAP BEBERAPA FOTO MEREKA
POSING LAGI...HAPPY PERUT DAH KENYANG
DAH MULA MENDUNG....MUSIM TENGKUJUH DATANG LAGI...
SUBHANALLAH....SAYU HATI
SUBHANALLAH....
TENANG....
BEBERAPA SAAT SEBELUM...MATAHARI TERBENAM TERUS....
PEMANDANGAN INDAH DI MALAM HARI......

23 Disember 2012,  selepas makan tengahari saya bertolak pulang, tiga orang rakan saya bersama keluarga mereka bertolak pulang pada 24 Disember,  malangnya hujan lebat turun dari awal pagi hinggalah ke petang,  Kuantan dilanda banjir kilat mereka hampir terperangkap dan kereta mereka hampir tenggelam....syukurlah mereka semua sempat mengalihkan kenderaan mereka ke tempat tinggi dan dapat keluar dari bandar Kuantan selepas beberapa jam terperangkap di dalam hotel....

Friday, January 25, 2013

MALAIKAT PENCATAT SELAWAT

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."

Huraian Hadith: 
Pengajaran hadith:

i) Setiap amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang mukmin akan dibalas oleh Allah S.W.T dengan ganjaran yang setimpal sekalipun amalan itu Cuma sekecil zarah.


ii) Di hari akhirat kelak, bagi orang yang membanyakkan ˜jenis' amal kebajikannya, para malaikat syurga akan memberikan kemuliaan dan penghormatan yang tinggi kepada mereka sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk melalui pintu yang dijaganya.


iii) Sebaik-baik amal adalah yang disertai dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T bukanlah untuk menunjuk-nunjuk (riya') dan sebagainya kerana hal ini amat dibenci oleh Allah.


iv) Di samping melakukan ibadah wajib kita juga digalakkan mempelbagaikan amalan sunat kerana yang demikian itu boleh menguatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.

Thursday, January 24, 2013

ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?

Huraian Hadith: 

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. 

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Wednesday, January 23, 2013

SEPETANG DI PANTAI BAGAN LALANG- DIS 2012

Assalaamualaikum wbt,

Sudah agak lama tidak ke sini dengan keluarga, jika tidak silap kali terakhir di sini pertengahan tahun 2011.....kebetulan mencuba di Restoran Makanan laut di Negeri Sembilan dan Melaka. Alhamdulillah saya dapat luangkan masa bersama anggota keluarga saya sekurang2nya dua bulan sekali makan bersama di luar bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.



Beberapa minggu lalu sempat menjamu selera bersama keluarga di Pantai Bagan  Lalang sambil menikmati pemandangan indah dan matahari terbenam....restoran ini semakin usang...orang masih ramai seperti selalu.....entah kenapa pemilik restoran ini tidak memperbaharui lantai restorannya yang berada di kawasan pantai....malas nak fikir...perut dah terasa lapar.  Saya sengaja bertolak dari rumah selepas asar dengan harapan boleh mula makan malam pada jam 6.00 petang....alhamdulillah...masa kami tiba orang belum lagi ramai...sempat order dulu....


DAH DEKAT SENJA WAKTU  NI
WIFE DAN ANAK KEDUA SAYA, DANIAL TENGAH PILIH KETAM DAN IKAN PARI
JENAHAK BOLEH TAHAN, MASIH SEGAR

Sebelum makanan tiba kami dijamu dulu dengan kerepek ubi seperti gambar di atas. Hari tu tetiba orang makin ramai, alhamdulillah makanan kami cepat siap dan cepat sampai semuanya....


KETAM GORENG BLACK PEPPER KEGEMARAN DANIAL
KERAPU GORENG TIGA RASA PEBERET FAMILI SAYA
 LALA GORENG PEDAS PEBERET WIFE
 SOTONG GORENG TEPUNG KEGEMARAN ADIERA, AMMAR DAN DANIAL
OTAK2 KEGEMARAN FAMILI
MAKAN MALAM YANG ENAK....ALHAMDULILLAH 

DAH HAMPIR KENYANG.....
 TENANG....SENJA BERLABUH
POSING LAGI....JANGAN MARAH
HATI SAYA SANGAT SAYU KETIKA INI....MATAHARI HAMPIR TERBENAM....

Sentiasa bersyukur dengan rezki yang Allah berikan dan yang paling best dapat bersama keluarga dan meluangkan masa yang berkualiti bersama mereka.

Tuesday, January 22, 2013

SEMUANYA ADA HIKMAH DAN REZKI MASING2

Assalaamualaikum wbt,

Saya teringat dengan ceramah motivasi yang saya hadiri beberapa belas tahun dulu oleh Dr Fazilah Kamsah (skrg Dato')......"Kesusahan kepada kita rezki kepada orang lain".....contohnya tayar kereta kita pancit.....kita yang susah dan rezki kepada bengkel kereta...

Cumanya kekadang kita selaku manusia biasa....bila terkena atau sedang marah kita terlupa semua ceramah yang pernah kita dengar dulu.....saya sendiri tidak terlepas bila rasa marah atau sedang diduga......

Beberapa lepas saya diuji dengan perkara yang remeh tetapi ianya boleh membahayakan keselamatan anggota keluarga dan jiran saya, apabila besi penutup longkang di curi oleh penyangak haram jadah...(saya mintak maaf kerana menggunakan bahasa yang kesat)....agaknya sebab dah terlalu banyak makan duit haram sebab tu penyangak hilang rasa takut dan tidak pernah terfikir keselamatan orang lain....yang penting haram jadah ni terlalu seronok menyusahkan orang lain....macam2 sumpah seranah  saya keluarkan dan jiran saya pun begitu jugak....kami memang marah.....

Masa tulah nak pakai banyak duit,  anak nak masuk sekolah....nak bayar yuran tuisyen anak, nak ganti road tax, nak bayar ansuran kereta.......nak beli barang keperluan sekolah.....macam2 lagi....tetiba penyangak pulak curi besi penutup longkang.....sapa tak marah....

Teringat beberapa nasihat dari kawan2 beberapa tahun lalu....relax Li...."Allah nak ganti yang lebih baik"....saya tempah besi penutup yang baru....kos yang saya kena bayar RM 200.00...rezki kepada kedai besi.....kesusahan kepada saya....In Shaa Allah akan dapat rezki dan ganti dari Allah yang lebih baik dan lebih lumayan...

Semuanya dari Allah....puas memujuk hati dan cuba nak kawal kemarahan ini.... Ya Allah bagilah kekuatan menahan kemarahan dan bagi kesabaran  pada hamba Mu ini.....

Monday, January 21, 2013

UKURAN KEKUATAN MUSLIM PADA MENAHAN NAFSU MARAH

Assalaamualaikum,

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”

Huraian Hadith: 
  1. Ukuran kekuatan pada zaman jahiliah ialah kekuatan fizikal, tetapi Islam telah mengubahnya kepada nilai akhlak dan kemasyarakatan yang mulia.
  2. Kita hendaklah menjauhi sifat marah, kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan, jiwa dan masyarakat.
  3. Sifat sabar itu adalah daripada sifat-sifat yang mulia. Oleh itu hendaklah seseorang itu mengamalkan kesabaran.
  4. Sifat pemarah adalah sifat mazmumah yang tidak diredai Allah kerana ia boleh meruntuhkan kebahagiaan hidup seseorang.

Sunday, January 20, 2013

FIVE SERIES...

Assalaamualaikum wbt,

Tahun 2013 ni umur saya memasuki ke alam 50 tahun..dan lebih tepat lagi  umur saya akan genap 50 tahun pada 2 Ogos 2013. "Five series kita tahun ni" ......menjadi gurauan kawan2.... Alhamdulillah Allah masih memberikan pinjaman nafas kepada saya untuk menikmati hidup bersama keluarga saya tersayang. Kalau dapat BMW 5 series lagi best....hehehe...

Bagi sesetengah orang memang takut nak memasuki  umur 50....kita semakin tidak berapa muda....'rumah kata pergi kubur kata mari'....wow dah five series.....dan bermacam2 lagi kenyataan yang kita dengar.....itu belum lagi yang perli.....umur dah 50 tapi perangai macam orang muda....."bila nak ke surau dan masjid"..... macamlah yang menegur selalu sangat ke masjid atau surau  ! ....tapi saya positif dengan semua teguran dengan keazaman untuk lebih kerap ke surau atau masjid....saya akui kekadang faktor waktu, letih pulang dari kerja dan endurance menyebabkan saya 'mempunyai' alasan untuk tidak ke surau dan masjid....ganjaran pahala kekadang sengaja saya tidak endahkan walaupun saya faham dan tahu hukum hakam...In Shaa Allah.  

Itu belum lagi bila bercampur dengan kawan2 yang lebih muda, "bro you nampak muda , tak nampak cam 50"....terasa kembang semacam je bila dipuji ....hehehe entah perli ke entah betul ke....tak sure..."bro you pakai apa ek, ada amalan ke , ada ilmu ke........nampak muda", dan macam2 lagi.....dalam hati ni terasa kembang kuncup (takut) bila teringat dah 50.....kekadang berdebar2....teringat bila2 masa Allah tarik pernafasan ni....cukup ke bekalan dan amalan....cukup ke solat.....Ada sekali tu....bila kawan bertanya...."bro you nampak muda, apa rahsia".....saya dengan nada bergurau dan bersahaja...." bro  ni berkat wudhuk".....kawan saya tersenyum....akhirnya kami sama2 ketawa....dia lebih mengenali saya sebelum ini....berkat umrah 2008....banyak mengajar saya tentang solat, wudhuk , berdoa dan banyak lagi....Teringat beberapa ceramah  motivasi dan ugama yang saya hadiri beberapa tahun dulu....."jika hati kita bersih  dan tenang....ianya akan terpancar di wajah kita".....Hati saya tersentuh....selalu saya bercakap dengan diri saya...."camana aku nak jadi begitu".....aku ni dah lah  tak rajin solat dan kurang beribadah.....pada kita itu..." YA Allah  Kau bagilah kekuatan pada diri hambaMu  ini...." 

Tahun lepas dua orang rakan sekolah saya meninggal di umur 49.....mereka tidak sempat cecah 50.....hati saya bagai direntap....sepupu isteri saya pun meninggal di umur 49....meninggalkan 5 orang anak2 yang masih kecik....sekali lagi hati saya direntap.....saya hampir meninggalkan sukan golf kerana salah satu sebab di atas.....tetapi di sapa oleh seorang sedara yang dah cecah 60 tahun...."Li....yang mati tetap mati....kita mesti teruskan hidup".....main ajer golf.....yang penting solat jangan tinggal"....saya masih terus main golf tapi tidak sepenuh hati.....prestasi meredum teruk.......hati dan jiwa.....terbang jauh bila ingatkan mati bila2 masa.....Sesekali teringat gurauan seorang rakan sekolah  saya tahun 2011....."Li....50 is just a number.....bila2 masa kita boleh mati"...pertengahan tahun 2012 kawan saya tu meninggal akibat sakit kanser.....

Azam tahun baru.....agar di  umur 50 akan lebih matang , tabah dan kuat menghadapi cabaran kehidupan dan lebih kerap menghabiskan masa dan waktu bermenafaat di surau atau masjid..Ya Allah "bagilah kekuatan dan keazaman kepada hambaMu yang begitu lemah ini. Ameen.

Saturday, January 19, 2013

MEREDA MARAH DENGAN BACA TA'AWWUZ

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Huraian Hadith: 
  1. Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)
  2. Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.
  3. Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.
  4. Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).

Thursday, January 17, 2013

PEDULI YATIM PIATU- BANDUNG 2012

Assalaamualaikum,

Senario ini saya rakam di tengah2 Kota Bandung 1 Disember lalu, berdasarkan maklumat dari rakyat tempatan mereka ini perjuangkan nasib anak2 yatim di sekitar Kota Bandung.....ada juga yang mendakwa mereka ini dibawa ke sini oleh satu sindiket khas untuk menagih derma dan simpati pelancung dan rakyat tempatan....Pada saya yang penting niat kita untuk menderma...biar Allah yang tentukan semuanya...

TERKEJUT SAYA MASA PERTAMA KALI MELIHAT MEREKA....
 DIA MULA SEDAR GAMBAR DI RAKAM
DIA READY UNTUK POSING ....SAYA PALING SUKA GAMBAR INI....
Peminta sedekah ini akan mengecat seluruh badan, muka dan rambut mereka dengan cat minyak silver....berkilat muka mereka,  telah ada kes sekurang2nya seorang budak mati kerana tidak sempat untuk mencuci cat tersebut dari badan dan muka akibat keracunan cat minyak tersebut.  Begitulah secebis ragam dan kehidupan di Kota Bandung...


ANGGOTA KEDUA KUMPULAN YANG SAMA
ANGGOTA KETIGA KUMPULAN YANG SAMA

Sempat merakam anggota keempat mereka dengan kebenaran dan sedikit upah kepadanya...posing penuh...

 HJ SABTU PENASIHAT KHM BARU LEPAS MENGHULURKAN DERMA
 BEST POSING
 LAGI....BEST POSING
 TENANG DAN PENUH SIMPATI......
GAYA BERSAHAJA....

Wednesday, January 16, 2013

FADHILAT BERSEDEKAH

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."

Huraian Hadith: 
  1. Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
  2. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
  3. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
  4. Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

Tuesday, January 15, 2013

SKETSA SESUAP NASI DI GUNUNG TANGKUBAN PERAHU

Assalaamualaikum wbt,

Jika ke Gunung Tangkuban Perahu....kita akan berjumpa dengan bermacam2 ragam penjual jalanan ini....ada yang akan 'mengekor' ke mana kita bergerak....tidak jemu memujuk kita membeli jualan mereka....penjual selendang,menaiki kuda padi,  rantai gunung, batu gunung, bulu arnab, penjual belerang dan akar kayu gunung,  cenderamata gunung, angklong, ukiran batu gunung dan banyak lagi...pandai2 lah kita jika nak 'menepis' mereka....

GERAI CERMIN MATA PUN ADA
 SELENDANG DAN MUFFLER
PAKCIK NI JUAL BELERANG GTP DAN AKAR KAYU AGAKNYA....
BULU ARNAB ...BANYAK PILIHAN
YANG NI PUN BULU ARNAB...ASLI DAN SIAP DISIKAT
MACAM2 ADA...
PENGUSAHA KUDA....PUN RAMAI DI SINI
 ANGKLONG PUN ADA
 UKIRAN BATU GUNUNG....HALUS UKIRANNYA
BELERANG GUNUNG DARI DEKAT DAN AKAR KAYU AGAKNYA...

Yang pasti pelancung dari Malaysia, Singapura, Brunei, Korea , Jepun dan ramai lagi merupakan pelanggan yang mereka nantikan....mencari sesuap nasi di Gunung Tangkuban Perahu....mereka begitu gigih memujuk dan merayu untuk membeli jualan mereka....