Sunday, January 6, 2013

SKETSA KEHIDUPAN : MENCARI SESUAP NASI DI BANDUNG

Assalaamualaikum wbt,

Dengan kepadatan penduduk di Kotaraya Bandung, Lensa DSLR  Nikon  saya tidak mempunyai masalah untuk merakam seribu satu macam kehidupan di sana ...bilangan penduduk yang begitu ramai dengan kepadatan yang begitu tinggi dan orang yang miskin dan susah terlalu ramai dan mereka dengan pelbagai cara untuk mencari pendapatan atau sesuap nasi untuk diri dan keluarga mereka...dari Kota hingga ke Gunung mereka bertungkus lumus mencari rezki untuk keluarga mereka...(Sekadar pengamatan dan pendapat saya dan tidak berniat menghina atau merendahkan mana2 manusia)

29 Nov lalu ketika berada di pintu masuk utama Pasar Baru Bandung ,  sempat merakam beberapa foto yang begitu menyentuh hati  saya.......
PEMINTA SEDEKAH YANG CACAT
TIDAK SILAP SAYA INI PEMINTA SEDEKAH BERSAMA ANAKNYA
KALAU TIDAK SILAP SAYA INI JUGAK 
ADALAH PEMINTA SEDEKAH KEDUA BERSAMA ANAKNYA
PEMAIN GITAR JALANAN


Begitu ramai mereka di situ, bukan tidak mahu sedekah atau menderma tetapi ramai yang tidak berani berbuat demikian takut diserbu oleh mereka,  saya sendiri disenggong oleh pemain gitar seolah memaksa saya memberikan dia duit kerana mengambil fotonya....begitulah antara sketsa kehidupan yang begitu mencabar di Kota Bandung. 

Di Malaysia kita masih bernasib baik....golongan sebegini ada jugak tetapi bilangan mereka terkawal dan tidaklah susah berbanding di negara lain.....di Malaysia ramai yang menipu dan bergerak dengan sindiket....entahlah....

No comments: