( Berat sungguh nak post citer ni......sekadar berkongsi rasa.....rezeki kawan2 masa belajar dulu.....mereka begitu berjaya dalam kerjaya dan perniagaan mereka)
Beberapa bulan lepas aku terserempak dengan seorang rakan baik lama...kenal dia sejak 30 tahun, dia bekas pelajar UKM, sekarang bertaraf Dato', developer yang berjaya di Selangor dan mempunyai perniagaan bernilai beratus juta atau billion juga rasanya....Aku terserempak dengan dia di RNR Ayer Keroh Melaka ketika perjalanan pulang aku ke Bangi....rasanya kali terakhir berjumpa dengannya lebih kurang 7- 8 tahun lepas.....bila kawan baik dah kaya raya aku memang segan nak berjumpa dengannya....memang itu sikap aku....
Teringat perbualan kami masa mula2 grad dulu tahun 1986.....dia dah kerja dengan sebuah bank dan dah memandu kereta Ford Laser TX3 1.6 ....aku masa tu masih masih lagi naik motor...Honda Raider 135cc....terasa jauh berbeza....satu hari tu terjadi perbualan " Li aku nak berniaga kau nak ikut tak kerja dengan aku"....aku jawap aku tak berani dan lebih selesa makan gaji....atau kerja dengan kerajaan....."Li....satu hari nanti aku bawak keta besar nanti kau masih lagi memerah motor kat jalan".....kami gelak bersama....nanti aku bawak BMW kau masih dengan proton saga kau.....kami gelak lagi.....nanti bila aku drive Ferrari....kau masih lagi dengan Proton kau....jomlah ikut aku kita buat rumah dan jual rumah"....banyak peristiwa....aku ingat tapi tak perlulah catatkan di sini...
Tahun 1999....sempat singgah di pejabat dia di Shah Alam.....dalam perjalanan pulang...dia kawasan parking....ternampak sebuah Ferrari....merah menyala dan cantik....sah milik kawan aku....."bro (tak gamak nak panggil dia Dato') boleh bagi pinjam 3 hari....dia gelak ajer".....aku pun saja melawak...
Tahun 2003....terima jemputan kawan baik untuk majlis berbuka di rumah dia di KGSAS, Shah Alam....ternampak lagi Ferrari milik dia...lebih baru...lebih cantik.....model baru agaknya.....sebelum bertolak pulang aku sempat bisik dekat dia "Bro aku nak bawak anak aku ke sini....nak bergambar dengan Ferrari kau boleh.......dia senyum ajer....no problem katanya....sehingga kini dah dekat 10 tahun aku tak bawak2 pun anak aku ke rumah dia....entahlah.....bila kawan dah semakin kaya kita lagi rasa segan.....padahal dia tak rasa apapun...
Berbalik semula pada pertemuan singkat di RNR Ayer Keroh...kenalan baik aku masih macam dulu....kami sempat bertukar no telefon...dia sempat bisik.." Li...upgrade lah rumah kau....jom datang ofis kita boleh bincang...."...Rezeki datang bergolak....nak corner lot ke nak semi D ke nak banglo ke.....kau bagi tau ajer...., (aku berat hati dan maklum....umur dah 50 ni rasa macam berat nak beli rumah baru) ....." kau datang je ofis kau kita bincang lagi"....dia senyum lebar....beriya2 nak bagi peluang ....
Aku bertanya lagi, "Bro masih lagi simpan Ferrari kau tu, aku dah janji sejak lama dulu nak tunjuk Ferrari kau pada anak aku "....dia kata " ada lagi....bawak famili kau ke rumah aku, aku masak best-best..jangan lupa call aku dulu "....Dalam hati beratnya nak ke rumah dia ni...segan rasanya....
Kami sama2 ke parking kereta....kereta mewah dia dengan driver sedang menunggu...Mercedes S Class Mewah... aku tidak terkejut....ini impian dia sejak dulu...
Ketika melepasi kawasan Pedas.....Mercedes S Class dia memotong laju....aku di lane tengah....teringat perbualan 27 tahun dulu....."kau masih dengan keta proton kau, aku dah dalam keta BMW......"....realitinya aku dalam keta Honda CIvic dan dia dengan Mercedes mewah dia.....Alhamdulillah yang sama adalah....no plet aku dua digit dan dia jugak dua digit....model kereta dan harga berbeza.....hehehe....aku masih boleh tersenyum sendiri...
6 comments:
Kadang2 kita rasa segan bila tgk kawan2 dah berjaya ... mulalah rasa rendah diri dan pelan2 jauhkan diri. Tapi sebenarnya kawan2 tu ok-ok je ... kita je yang terasa segan kerana status yg berbeza
Salam Syawal En Rosli
Alhamdulillah
nak dibandingkan dengan mereka yg menaiki motor
CK,
Betul tu......kita segan sendiri..hehehe
Hj Rozali,
Betul tu......kita kena bersyukur
This is something very meaningful in life. If you can take all the differences in the walk of life in the spirit you express here I am sure you have had a life blessed with good family and all.
You have a Honda and I am driving a Prodoa. We will all get there to see HIM one day. We do not hneed a Mercedez do we?
AlManar,
Life is very interesting.....kaya miskin.....senang lenang....susah....berharta dan tidak berharta.....bila mengadap Allah satu hari nanti mmg kita tak perlu sebarang kenderaan mewah....masa tu amalan, solat, pahala dosa dan yang berkaitan diambil kira...Insyallah....sama2 kita berdoa yg terbaik untuk kita semua
Post a Comment