Saturday, November 23, 2013

JIRAN TETANGGA - DUGAAN

Assalaamualaikum wbt,

Patutlah dalam Al Quran dan Hadith...ada banyak dinyatakan pasal hidup berjiran dan bagaimana hidup berjiran dan macam2 lagi.....dua hadith di bawah sangat jelas maksudnya.....

Aku tidak terkecuali menerima dugaan beberapa tahun lepas....jiran rapat membela kuching ...hari2 aku dan keluarga bau tahi kuching yang begitu meloyakan....akhirnya beberapa bulan lepas jiran ini tidak lagi membela kuching....maka hilanglah masalah bau tahi kuching.....berbagai cara di guna untuk menegur jiran dan kekadang bermasam muka ....rasanya hubungan sekarang lebih baik....tetapi di dalam hati dia sekeluarga aku tidak pasti.....mungkin ada rasa berbekas marah atau sakit hati aku tidak pasti...aku cuma berharap keluarga faham dan boleh memaafkan aku sekeluarga.

1. MEMELIHARA KETENTERAMAN TETANGGA TANDA KESEMPURNAAN IMAN 

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akhlak

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”. 
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang umatnya mengganggu ketenteraman jiran.
  2. Mengganggu jiran sehingga menimbulkan porak-peranda dengan pecah belah adalah dilarang oleh islam.
  3. Orang yang menimbulkan kemarahan jiran adalah dianggap oleh Rasulullah sebagai tidak sempurna imannya.
  4. Memelihara ketenteraman jiran adalah diantara tanda-tanda kesempurnaan iman dan kemuliaan akhlak.
  5. Jiran yang dimaksudkan tidak terbatas kepada jiran kediaman semata-mata, malah merangkumi setiap kejiranan seperti kampung, daerah, negeri dan negara.
Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

Terbaharu....aku dapat jiran baru betul2 depan rumah (yang baru menyewa) .....nampak macam pembersih dan ramah.....tetapi ada satu sikap pelik yang aku tidak faham.....bila ada seekor tikus mati betul2 depan rumah dia.....tetiba bangkai tikus tu....berada depan rumah aku pulak....semua orang tau bau bangkai tikus 'semerbak' ke dalam rumah aku pulak....akhirnya terpaksa aku kutip bangkai tikus tu dan buang terus....sekali lagi aku tidak faham sikap jiran baru aku.....Ya Allah....kau maafkanlah diri aku yang begitu cerewet dengan jiran yang semacam tidak peka dengan jiran tetangga....apalah salah kutip bangkai tikus tu....dan janganlah di 'transfer' masalah tikus mati ke rumah jiran lain.... 




2. SEBAIK- BAIK SAHABAT DAN JIRAN

Riwayat: At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan
Kategori: Akhlak

Hadith: 
Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.
Huraian Hadith: 
  1. Islam menggalakkan hubungan baik antara jiran tetangga dan sahabat handai.
  2. Orang yang berbaik-baik dengan jiran tetangga dan sahabat handai sentiasa dipuji dan dimuliakan oleh Allah SWT.
  3. Hubungan persaudaraan hendaklah diperluas dan dipereratkan antara sesama Islam.
  4. Islam menitikberatkan hal kejiranan dan  persahabatan.

Azam aku bila umur dah masuk 50 an ini ingin berbuat baik dengan semua orang dan mengurangkan sakit hati kengkawan dan jiran tetangga dan sedara mara....Ya Allah Kau bantu diri hambaMu yang begitu lemah ini......Amin3.

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

sekarang ni saya sedang menghadapi jiran (penyewa) yg membela banyak kucing....

Ya Allah....tak tahan baunya...

Mila@Rimbun said...

Assalamualaikum

kekadang orang yang bela kucing ni x paham or tak prihatin dengan bau busuk tahi kucing ni kan.

lama dulu tong sampah jiran kami ni berlubang. so kalau dah penuh tuh, mesti tikus gemuk masuk n selerakkan... letak plak dekat ngan pintu pagar kami huhuhu.

Apa pun... sebaik mungkin nak menjaga hati jiran, cuma kekadang yg baik pada kita, ada jer tak kena pada org lain kan

Al-Manar said...

Lari dari Bandaraya KL saya buat rumah ditepi pantai berjiran dengan semak samun. Kalau melolong pun tak ada jiran dengar. Rupa nya dalam semak ada pula babi hutan, biawah besar, anjing liar dan ular. Babu suka masuk menggali ubi ksayu! Itulah jiran selama 20 tahun ini.

rosli said...

Hj Rozali,

Bersabar dan berdoa ajerlah.....hehehe

rosli said...

Mila@ Rimbun,

Begitulah.....adanya....bersabar dan berdoa...

rosli said...

Al Manar,

Masing2 ada jiran masing2....tak kira di mana kita berada....cabaran dan dugaan sentiasa ada...