Saturday, June 21, 2014

MADINAH KAMI DATANG ( REZEKI ANAK2 DAPAT SOLAT DI RAUDAH ) - BAB 4

Assalaamualaikum wbt,
(29 Januari 2014- Rabu)
Alhamdulillah tersedar dari tidor jam 4.30 pagi...lepas mandi dan bersiap aku dan anak2 bergegas ke Masjid Nabawi...masih banyak ruang kosong dan sempat solat sunat dan mendengar azan Subuh di dalam Masjid Nabawi...Allah....nikmatnya....Subuh pertama untuk anak2 aku di Masjid Nabawi pagi itu.
SEBELUM SUBUH DI PINTU MASUK UTAMA
Selesai solat Subuh dan sarapan kami di hotel semua berkumpul di Lobi dan kemudian bergerak ke Dataran Masjid Nabawi berhampiran Makam Rasulullah saw untuk sessi penerangan dari Mutawwif. Selesai penerangan kami di bawa masuk melalui pintu Babus Salam...terus masuk dan bersolat sunat dan kami benarkan membuat aktiviti sendiri termasuk mencari peluang bersolat di Raudah.

Jemaah Wanita dengan Ustazah mereka dan memasuki melalui pintu utama wanita berhampiran pintu utama Masjid Nabawi

ADIERA, WIFE AKU DAN KAKAK AKU...
MEREKA DENGAN KUMPULAN MUSLIMAT JUGAK KE RAUDAH PAGI INI...
ADA 2 KUMPULAN ANDALUSIA KETIKA INI
DANIAL DAN AMMAR MENDENGAR PENERANGAN DARI MUTAWWIF
AKU POSING LAGI, KUBAH HIJAU TU  TANDA
MAKAM RASULULLAH SAW DAN DUA SAHABAT BAGINDA
IDAMAN HATI SEMUA JEMAAH BERSOLAT DI KARPET HIJAU ...RAUDAH
Syukur alhamdulillah penantian aku dan anak2 hampir satu jam berhampiran Raudah berhasil....aku dan anak bongsu Ammar Zikri aku dapat solat di saf depan berhampiran Mihrab (walaupun hampir 'dihalau' oleh pengawal akibat salah faham kerana menyangka aku dan Ammar sudah bersolat....aku 'berkeras' dengan pengawal tersebut dan akhirnya dibenarkan bersolat berhampiran Mihrab). Syukur Alhamdulillah.....gembira rasa hati ini.....hanya Allah Maha Mengetahuinya.... Aku lihat di wajah Ammar sayu, sedih dan mungkin dia tersangat gembira...

Manakala anak kedua aku Danial Rezza tidak dapat bersolat di saf hadapan kerana terpisah semasa memasuki Raudah,  Danial juga dapat bersolat tetapi sedikit terbelakang dan katanya sedikit berhimpit dan tempat sujud dia penuh dengan kaki jemaah. Aku sempat menasihatkan Danial,  ada masa terluang nanti cuba lagi dan kena banyak bersabar....rezeki manusia tidak sama. Nampak sedikit kecewa di wajah Danial....aku faham perasaan dia kerana tidak selesa sujud di tempat sesak....aku sudah laluinya dulu...

Untungnya malam tadi sudah ziarah Makam Rasulullah .....ketika ini memang terlalu padat....jadinya kami lalu dan berdoa singkat...dan terus keluar melalui Pintu Baqi.
JEMAAH BEGITU PADAT BERDEPAN DENGAN MAKAM
PINTU BAQI
Dalam soal ziarah dalaman aku berlembut dengan anak2....bila mereka sudah dapat solat di Raudah, solat sunat dan Ziarah Makam Rasulullah aku sempat bertanya mereka berdua....nak rehat atau nak solat lagi....mereka kata nak rehat di hotel dan Zohor nanti datang lagi....sebelum pulang ke hotel aku bawak mereka pusing sekitar Masjid Nabawi tunjuk mereka pintu2 masuk yang lain dan tengok gerai2 jualan....bergambar sudah pasti...

WAJAH CERIA DAPAT SOLAT DI RAUDAH...
BAGI YANG PERNAH SOLAT DI RAUDAH....KITA SAJA YANG TAHU NILAINYA...
DANIAL PUN GEMBIRA SELEPAS DAPAT BERSOLAT DI RAUDAH
AMMAR PUN GEMBIRA DAPAT BERSOLAT DI RAUDAH
BARU TERASA LAPAR AGAKNYA.....DAH DEKAT DENGAN HOTEL 

Aku bagitau anak2 kalau kita dah buat semua solat dan berdoa dan dapat selesaikan hajat dan niat kita setiap hati..semasa di Masjid Nabawi...balik ke hotel dan berehat.....jangan terlalu memaksa diiri kerana tenaga diperlukan lagi di Makkah dan semasa buat umrah nanti....

Di hotel aku berjumpa semula dengan wife, kakak aku dan anak perempuan aku mereka semua juga dapat bersolat di Raudah.....besar jugak dugaan mereka kerana berhimpit.....dan berebut dengan jemaah negara lain yang lebih kasar.....wife aku bagitau, Adiera menangis sesangat semasa di Raudah....Alhamdulillah Ya Allah....aku sebak dengan rezeki anak2 aku, wife aku dan kakak aku kerana mereka semua dapat peluang solat di Raudah..

No comments: