Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.
Huraian Hadith:
- Hadith ini menyatakan kelebihan ilmu.
- Menggalakkan kita melakukan amalan yang membawa ganjaran berterusan sehingga selepas mati seperti wakaf tanah dan sebagainya.
- Ahli keluarga kepada si mati digalakkan supaya bersegera bersedekah kepadanya, sama ada di atas harta peninggalan atau pun daripada harta mereka sendiri.
- Semua amal kebajikan yang dilakukan oleh seseorang akan terputus setelah ia meninggal dunia, melainkan tiga perkara, iaitu sedekah dengan niat kerana Allah, ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaati oleh diri sendiri dan orang lain dan anak-anak yang soleh/solehah yang beriman dan sentiasa mendoakan kepadanya.
No comments:
Post a Comment