Assalaamualaikum wbt,
Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SW bersabda, “Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Tidak beriman kamu sehinggalah kamu semua saling mencintai, adakah kamu semua suka jika aku menunjukkan kepada kamu semua satu perkara, jika kamu lakukan perkara tersebut tentu kamu semua dapat berkasih sayang dan saling mencintai? iaitu hendaklah ucapkan salam dikalangan kamu semua.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
- Tidak sempurna iman seseorang Muslim itu sehinggalah ia kasih dan saling mencintai terhadap saudaranya yang lain dengan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak disenangi oleh mereka.
- Ucapan salam dapat mengeratkan silaturahim antara umat Islam.
No comments:
Post a Comment