Saturday, February 9, 2013

BAGAIMANA ILMU AGAMA DITARIK

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.

Huraian Hadith: 

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. 

Pada zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin pupus. 

Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama'. 

Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. 

Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.

Friday, February 8, 2013

MENJAGA KEUTUHAN UMMAH

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.

Huraian Hadith: 

1. Umat Islam hendaklah hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.

2. Sifat benci-membenci dan hasad dengki mesti dihapuskan kerana ia akan membawa kepada perpecahan dan kemunduran sebaliknya kita mestilah saling bantu membantu, mengambil berat dan berkerjasama demi meningkatkan pembangunan ummah.

3. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah SWT.

Wednesday, February 6, 2013

AKHLAK AHLI SYURGA DAN NERAKA

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”. 

Huraian Hadith: 
  1. Gambaran sifat-sifat diantara ahli syurga dan ahli neraka dapat dikenali semasa didunia lagi.
  2. Umat Islam yang mendapat kemenangan dihari akhirat kebanyakkannya adalah daripada golongan yang lemah dan yang dipandang hina oleh manusia semasa didunia. Tetapi amat sedikit mereka terdiri daripada golongan yang kaya dan hidup mewah.
  3. Umat Islam dilarang bersifat kasar, angkuh dan sombong kerana ia adalah antara sifat-sifat yang dicela (mazmumah). Oleh itu bertakwalah kepada Allah dan beribadatlah sebanyak-banyaknya mengikut kemampuan seseorang.
  4. Keistimewaan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat ahli syurga adalah diakui Allah tentang kebenarannya.
  5. Kita dituntut bersifap tawadhu’ dan rendah diri sesama Islam.

Tuesday, February 5, 2013

PANDAI KOREK , TAPI TAK PANDAI TAMPAL DAN TUTUP

Assalaamualaikum wbt,

Hati sakit dengan banyak kontraktor Telekom Malaysia, Tenaga Nasional,  SYABAS atau kontraktor Petronas yang korek lubang untuk pasang paip gas dan mungkin beberapa lagi kontraktor yang tidak disenaraikan. Korek jalan yang cantik pandai tapi bila tampal kualiti macam 'cipan'(bahasa orang muda sekarang) ....bahasa saya kualiti tampalan hancus...


BERLUBANG PADA TAMPALAN TU....KALAU MOTOSIKAL LANGGAR APA JADI AGAKNYA
BAK KATA NABIL" LU FIKIRLAH SENDIRI"

Kita semua biasa tengok perkara ni,  tapi buat2 tak faham,  buat2 tak tau dan malas nak komplen....kita tak pernah kira rim kereta bengkok atau rosak sebab jalan lekuk atau  berlobang.....semua gara2 kontraktor yang hanya mementingkan untung dan tak pedulikan....masalah orang lain.....'cipan' punya kontraktor ( majoriti gini)....



Saya sakit hati, marah, bengang dan last sekali mula menyumpah kontraktor begini......jalan dah elok diturap,  aleh2 mereka dapat job....korek melintang jalan.....lepas tu tampal dengan batu ajer....tunggu dua tiga hari baru tampal dengan tar....mereka langsung tidak ada inisiatif untuk padatkan batu tu dulu sebelum tampal dengan tar.....kita bukan negara dunia  ketiga macam sesetengah negara di Afrika....kita dah jadi negara maju....

NI AJERLAH KUALITI YANG MEREKA ADA
LEKUK TU...
Wahai kontraktor....gunalah otak yang Tuhan bagi tu.....dah lah rosakkan jalan.....lepas tu dengan sikap  tidak bertanggung jawap.....apa lagi bahasa yang baik untuk kontraktor sebegini....janganlah fikir untung ajer....



YANG NI PULAK TERNAIK MACAM ANAK BUKIT....

Bagi pegawai TM, TNB, SYABAS atau Petronas pengawai kerajaan yang menjaga jalan perbandaran atau JKR Negeri....tolonglah makan gaji halal.....janganlah disebabkan konraktor tu sedara mara atau kroni atau awak dah selalu minum dengan mereka lidah pun dah tergigit.....tolonglah amanah dengan kerja dan bagi perkhidmatan yang baik.....

Tanyalah pada penunggang motosikal....kesian kat mereka.....tanya jugak pada mereka yang memandu kereta bersaiz kecil atau guna tayar kecil....melambung kereta mereka atau 'berdegup' spring kereta mereka bila langgar tampalan yang teruk ini...

Perkara begini tak perlu tunggu BN ke UMNO ke...PKR ke PAS ke MIC ke MCA ke DAP ker....sapa memerintah buat ajer kerja dengan baik sebab kami semua bayar cukai jalan dan cukai pintu dan cukai tanah dan cukai pendapatan....susah sangat ker.....kalau tak mampu jangan jadi YB, Ahli Majlis atau jangan kerja dengan JKR atau kerajaan tempatan...

Tolonglah....perihatin.....In Shaa Allah....di lain entri ada banyak lagi gambar tampalan yang lebih teruk....

Sunday, February 3, 2013

PAHALANYA TETAP ADA

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Seorang lelaki berkata : Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.

Huraian Hadith: 

Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

Saturday, February 2, 2013

MAHKAMAH ALLAH

Assalaamualaikum wbt, (entah kenapa hati melonjak nak menulis pasal ini....maafkan saya kerana ini sekadar luahan hati saya sejak 26-32 tahun dulu).

Setiap hari saya membaca 3 jenis akhbar....KOSMO milik Utusan Malaysia (UMNO), Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik PKR....tujuan utama untuk mendapat semua maklumat dari 3 parti utama milik orang Melayu....masing2 cuba menegakkan pendirian mereka termasuk menegakkan 'benang basah'.....keliru dan.....paling membimbangkan....orang Melayu makin berpecah....

Saya dah berjanji tidak akan menulis tentang politik Malaya yang semakin celaru (tapi menulis jugak atas desakan hati saya).....masing2 mendakwa mereka benar, mereka telus ,mereka adil , mereka berani , mereka layak mentadbir Malaya....sebelum 1982 saya tidak pernah pun berminat dan tidak mahu tau apa itu politik.....sebaik melangkah ke alam pengajian tinggi....baru tau apa itu politik, politik bersih, politik kotor, politik bodek@ampu dan macam2 jenis politik.....tahun 1986 secara rasmi saya menyertai sebuah parti politik.....sekadar mengikut kawan2 kebetulan....pasukan bolasepak saya ketika itu, PESELA FC (Pemuda Seksyen Lapan FC) bernaung di bawah parti tersebut.....Saya masih lagi anggota pasif parti tersebut....pernah berniat untuk menukar parti....tetapi saya pendamkan sahaja.....yuran keahlian parti saya dibayar oleh orang tertentu dari tahun 1986 sehingga kini.....pernah di tawarkan jawatan Ketua Penerangan Pemuda satu bahagian....Allah tidak mengizinkan saya...

Minat saya untuk aktif politik tidak mendapat sokongan keluarga, dan yang paling penting tidak mendapat keizinan dari Allah.....Allah lebih mengetahui diri saya yang tidak boleh 'gelak' sama macam orang politik,  tidak boleh duduk sama dengan orang politik...dan macam2 lagi...saya pejuang ketika itu,  mulut saya 'lepas',  mulut celupar, tak sayang mulut,  panas baran dan terlalu ikutkan hati.....kalau dah marah atau bermusuh.....simpan dendam.....sangat2 tidak sesuai nak jadi orang politik ......nak jadi orang politik....kena buang semua tabiat tu....orang politik mesti pandai amik hati,  mesti pandai kawal marah,  mesti pandai bermuka2,  mesti pandai berbohong,  muka mesti tebal , muka trapal ( tebal macam besi kapal) dan hati mesti kuat dan jangan kuat merajuk...dan banyak lagi.....

Saya keliru dengan politik Malaya....UMNO ke ,  PAS ke ....Keadilan ke....(kalau tengok DAP, MCA, MIC lagi keliru....sebab mereka majoriti bukan Islam dan mereka tak nak bezakan halal dan haram mereka).  Bila Ustaz Nasharuddin dipecat dari Majlis Syura PAS...saya lagi keliru.....parti apa yang benar2 perjuangkan Islam......takkkan lah parti DAP kot !!!!!!

Dari tahun 1998 saya selalu bertanya dan sehingga kini saya masih bertanya kenapa Tun Dr Mahathir tidak mahu  bersumpah pegang Quran....menafikan dia ada konsporasi menjatuhkan DS Anwar sejak tahun 1998......saya masih menanti DS Anwar Ibrahim bersumpah pegang Quran.....menafikan semua tuduhan liwat dan macam2 lagi.....orang Melayu....mula berpecah dari tahun 1998 hingga kini.....lebih parah.....

Ramai yg terlibat dalam kes Mahathir vs Anwar....dah mati atau meninggal termasuk Dr Ristina, Khalid pengarang buku dalil 50, dan peguam, hakim , polis dan ramai lagi yg saya dah tak ingat.....ramai yang dah pencen termasuk Tan Sri Musa Hassan bekas KPN PDRM...Tan Sri Rahim Noor jugak bekas KPN PDRM....

Itu belum lagi cerita2 yang saya dengar dari orang dalam  KDN......belum lagi dari cerita kawan2 yang aktif PKR, PAS dan banyak lagi......dari tahun 1998 hingga 2008....saya banyak kehilangan kawan2....semuanya sebab berbeza pendapat dalam hal politik...apatah lagi saya duduk di Bandar Baru Bangi....kubu kuat BN, PAS dan PKR......begitulah mudahnya kita orang Melayu berbalah sesama sendiri....orang di atas dan pegang jawatan utama dalam parti politik 'berlakun' , kita di bawah pulak yang bergaduh dan tidak bertegur sapa......Sampaikan kekadang dengan adik beradik dan ipar duai kita boleh bertelagah sebab berlainan parti....

Sekadar berkongsi...saya dapat baca buku dalil 50 lebih kurang satu tahun (1997) sebelum DSAI dipecat dari UMNO dan TPM pada tahun 1998....naskah yang saya baca dulu yang belum dicetak lagi....masih lagi draf yang difotostat ....masih panas ketika itu....konspirasi atau maklumat yang dikumpul.....entahlah.... ketika itu....hp, sms atau komputer atau gambar tidak secanggih sekarang.....

Satu permintaan dan doa saya kepada Allah....di Mahkamah Allah di akhirat nanti saya mahu saksikan siapa yang benar samada....Tun Dr Mahathir atau DS Anwar Ibrahim dan juri saya 'cadangkan' DS Ustaz Nik Aziz Nik Mat , Dato Dr  Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Don Danial dan Ketua Juri Ustaz Dato Dr Harun Din Al Hafiz dan Ustaz Dato Hassan Mahmud Al Hafiz.   In Shaa Allah....saya mahukan kebenaran pada ketika itu....nak sangat tengok muka-muka ahli politik ini di sana nanti.....muka sapa yang merah padam dan muka sapa yang bercahaya....

Semua orang ada idola,  saya tidak terkecuali....


Ustaz Dato Dr Harun Din Al Hafiz adalah idola saya dari tahun 1982 hingga kini...
Ustaz Dato Hassan Mahmud AlHafiz (Pengetua Imam Muda Astro) idola saya dari tahun 1997 hingga kini....kedua2 AlHafiz ini saya pernah 'ternampak' cahaya di seluruh tubuh mereka ketika berdepan 'one to one' dengan mereka...Subhanallah....syukur Alhamdulillah..... 

Tun Dr Mahathir adalah idola saya sejak tahun 1981.....hingga  entah lah....
DS Anwar Ibrahim adalah idola saya sejak tahun 1982.....hingga entahlah...
Ustaz DS Nik Aziz adalah idola saya sejak tahun 1990.....hingga....entahlah...

Dato Dr Hassan Ali idola saya dari 1988 hingga kini.....
Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi idola saya sejak tahun 1982  hingga kini.....(menantu dia yang rosakkan imej Tun.....ramai orang kata gitu)

DS Najib Tun Razak....belum lagi menjadi idola saya....tetapi saya tabik dengan usaha dia menyaingi arwah Bapanya Tun Abdul Razak bin Hussein....

Saya sangat teringin face to face dengan semua ahli politik hebat di Malaya ini sebelum di Mahkamah Allah nanti....kerana Mahkamah Allah, masanya tidak dapat ditentukan melainkan Allah.......di sessi face to face ini, saya nak tanya beberapa soalan kepada mereka, siapa yang perjuangkan Melayu Islam, Islam Melayu...dan siapa yang perjuangkan Melayu Kristian, Melayu Asli .....yang mana lebih penting....Islam, Melayu dan bangsa Melayu atau Bangsa Melayu, Melayu dan Islam...

Adakah saya bermimpi di siang hari dengan mengharap satu hari nanti orang Melayu Islam bersatu semula...UMNO dan PAS bergabung sepertimana sebelum 1974 kalau tidak silap....ketika itu hampir semua orang Melayu di bawah satu parti..........Rasanya pergolakan politik di Kelantan tahun 70an...,  politik di Kedah, Trengganu dan Tragedi Memali dan banyaklah lagi menyebabkan PAS dan UMNO tidak dapat disatukan....hingga Kiamat atau hingga Melayu ditindas satu hari nanti baru nak bersatu agaknya....masa tu dah begitu terlambat agaknya....


Anak Kecil Main Api....Terbakar Hatinya Yang Sepi.....Air Mata Darah bercampur keringat...Bumi dipijak milik orang.....Nenek Moyang Kaya Raya....Tergadai Seluruh Harta Benda.....Akibat Sengketa Sesamalah kita......

Sebagai orang Islam....saya sayang bangsa saya....Ya Allah Bagilah Kekuatan pada Orang Melayu Islam Negara ini.....Satukanlah hati mereka.....Ameen Ameen Ameen. 

Friday, February 1, 2013

MUSIM BUNGA DI BANDUNG

Assalaamualaikum wbt,

Sempat merakam beberapa keping gambar pokok bunga di Darul Jannah, Bandung dan di Subang, Bandung...hampir sama dengan bunga di Malaysia, cumanya ianya subur dan gebu seperti yang terdapat di Cameron Highlands....cuaca sejuk mempengaruhi kesuburan dan kesegaran bunga2 ini..

DI PERKARANGAN CHALET DI DAARUT JANNAH (DAARUT TAUHID)


Banyak bunga2 cantik sekitar hotel Serimas....Ciater Subang.

SEDANG MEKAR SEKITAR KAWASAN HOTEL
 SAYA TAK TAU APA NAMA BUNGA INI....TAPI MENARIK MINAT SAYA

DEPAN HOTEL..