Assalaamualaikum wbt, (entah kenapa hati melonjak nak menulis pasal ini....maafkan saya kerana ini sekadar luahan hati saya sejak 26-32 tahun dulu).
Setiap hari saya membaca 3 jenis akhbar....KOSMO milik Utusan Malaysia (UMNO), Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik PKR....tujuan utama untuk mendapat semua maklumat dari 3 parti utama milik orang Melayu....masing2 cuba menegakkan pendirian mereka termasuk menegakkan 'benang basah'.....keliru dan.....paling membimbangkan....orang Melayu makin berpecah....

Saya dah berjanji tidak akan menulis tentang politik Malaya yang semakin celaru (tapi menulis jugak atas desakan hati saya).....masing2 mendakwa mereka benar, mereka telus ,mereka adil , mereka berani , mereka layak mentadbir Malaya....sebelum 1982 saya tidak pernah pun berminat dan tidak mahu tau apa itu politik.....sebaik melangkah ke alam pengajian tinggi....baru tau apa itu politik, politik bersih, politik kotor, politik bodek@ampu dan macam2 jenis politik.....tahun 1986 secara rasmi saya menyertai sebuah parti politik.....sekadar mengikut kawan2 kebetulan....pasukan bolasepak saya ketika itu, PESELA FC (Pemuda Seksyen Lapan FC) bernaung di bawah parti tersebut.....Saya masih lagi anggota pasif parti tersebut....pernah berniat untuk menukar parti....tetapi saya pendamkan sahaja.....yuran keahlian parti saya dibayar oleh orang tertentu dari tahun 1986 sehingga kini.....pernah di tawarkan jawatan Ketua Penerangan Pemuda satu bahagian....Allah tidak mengizinkan saya...
Minat saya untuk aktif politik tidak mendapat sokongan keluarga, dan yang paling penting tidak mendapat keizinan dari Allah.....Allah lebih mengetahui diri saya yang tidak boleh 'gelak' sama macam orang politik, tidak boleh duduk sama dengan orang politik...dan macam2 lagi...saya pejuang ketika itu, mulut saya 'lepas', mulut celupar, tak sayang mulut, panas baran dan terlalu ikutkan hati.....kalau dah marah atau bermusuh.....simpan dendam.....sangat2 tidak sesuai nak jadi orang politik ......nak jadi orang politik....kena buang semua tabiat tu....orang politik mesti pandai amik hati, mesti pandai kawal marah, mesti pandai bermuka2, mesti pandai berbohong, muka mesti tebal , muka trapal ( tebal macam besi kapal) dan hati mesti kuat dan jangan kuat merajuk...dan banyak lagi.....
Saya keliru dengan politik Malaya....UMNO ke , PAS ke ....Keadilan ke....(kalau tengok DAP, MCA, MIC lagi keliru....sebab mereka majoriti bukan Islam dan mereka tak nak bezakan halal dan haram mereka). Bila Ustaz Nasharuddin dipecat dari Majlis Syura PAS...saya lagi keliru.....parti apa yang benar2 perjuangkan Islam......takkkan lah parti DAP kot !!!!!!
Dari tahun 1998 saya selalu bertanya dan sehingga kini saya masih bertanya kenapa Tun Dr Mahathir tidak mahu bersumpah pegang Quran....menafikan dia ada konsporasi menjatuhkan DS Anwar sejak tahun 1998......saya masih menanti DS Anwar Ibrahim bersumpah pegang Quran.....menafikan semua tuduhan liwat dan macam2 lagi.....orang Melayu....mula berpecah dari tahun 1998 hingga kini.....lebih parah.....
Ramai yg terlibat dalam kes Mahathir vs Anwar....dah mati atau meninggal termasuk Dr Ristina, Khalid pengarang buku dalil 50, dan peguam, hakim , polis dan ramai lagi yg saya dah tak ingat.....ramai yang dah pencen termasuk Tan Sri Musa Hassan bekas KPN PDRM...Tan Sri Rahim Noor jugak bekas KPN PDRM....
Itu belum lagi cerita2 yang saya dengar dari orang dalam KDN......belum lagi dari cerita kawan2 yang aktif PKR, PAS dan banyak lagi......dari tahun 1998 hingga 2008....saya banyak kehilangan kawan2....semuanya sebab berbeza pendapat dalam hal politik...apatah lagi saya duduk di Bandar Baru Bangi....kubu kuat BN, PAS dan PKR......begitulah mudahnya kita orang Melayu berbalah sesama sendiri....orang di atas dan pegang jawatan utama dalam parti politik 'berlakun' , kita di bawah pulak yang bergaduh dan tidak bertegur sapa......Sampaikan kekadang dengan adik beradik dan ipar duai kita boleh bertelagah sebab berlainan parti....
Sekadar berkongsi...saya dapat baca buku dalil 50 lebih kurang satu tahun (1997) sebelum DSAI dipecat dari UMNO dan TPM pada tahun 1998....naskah yang saya baca dulu yang belum dicetak lagi....masih lagi draf yang difotostat ....masih panas ketika itu....konspirasi atau maklumat yang dikumpul.....entahlah.... ketika itu....hp, sms atau komputer atau gambar tidak secanggih sekarang.....

Satu permintaan dan doa saya kepada Allah....di Mahkamah Allah di akhirat nanti saya mahu saksikan siapa yang benar samada....Tun Dr Mahathir atau DS Anwar Ibrahim dan juri saya 'cadangkan' DS Ustaz Nik Aziz Nik Mat , Dato Dr Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Don Danial dan Ketua Juri Ustaz Dato Dr Harun Din Al Hafiz dan Ustaz Dato Hassan Mahmud Al Hafiz. In Shaa Allah....saya mahukan kebenaran pada ketika itu....nak sangat tengok muka-muka ahli politik ini di sana nanti.....muka sapa yang merah padam dan muka sapa yang bercahaya....
Semua orang ada idola, saya tidak terkecuali....
Ustaz Dato Dr Harun Din Al Hafiz adalah idola saya dari tahun 1982 hingga kini...
Ustaz Dato Hassan Mahmud AlHafiz (Pengetua Imam Muda Astro) idola saya dari tahun 1997 hingga kini....kedua2 AlHafiz ini saya pernah 'ternampak' cahaya di seluruh tubuh mereka ketika berdepan 'one to one' dengan mereka...Subhanallah....syukur Alhamdulillah.....
Tun Dr Mahathir adalah idola saya sejak tahun 1981.....hingga entah lah....
DS Anwar Ibrahim adalah idola saya sejak tahun 1982.....hingga entahlah...
Ustaz DS Nik Aziz adalah idola saya sejak tahun 1990.....hingga....entahlah...
Dato Dr Hassan Ali idola saya dari 1988 hingga kini.....
Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi idola saya sejak tahun 1982 hingga kini.....(menantu dia yang rosakkan imej Tun.....ramai orang kata gitu)
DS Najib Tun Razak....belum lagi menjadi idola saya....tetapi saya tabik dengan usaha dia menyaingi arwah Bapanya Tun Abdul Razak bin Hussein....
Saya sangat teringin face to face dengan semua ahli politik hebat di Malaya ini sebelum di Mahkamah Allah nanti....kerana Mahkamah Allah, masanya tidak dapat ditentukan melainkan Allah.......di sessi face to face ini, saya nak tanya beberapa soalan kepada mereka, siapa yang perjuangkan Melayu Islam, Islam Melayu...dan siapa yang perjuangkan Melayu Kristian, Melayu Asli .....yang mana lebih penting....Islam, Melayu dan bangsa Melayu atau Bangsa Melayu, Melayu dan Islam...
Adakah saya bermimpi di siang hari dengan mengharap satu hari nanti orang Melayu Islam bersatu semula...UMNO dan PAS bergabung sepertimana sebelum 1974 kalau tidak silap....ketika itu hampir semua orang Melayu di bawah satu parti..........Rasanya pergolakan politik di Kelantan tahun 70an..., politik di Kedah, Trengganu dan Tragedi Memali dan banyaklah lagi menyebabkan PAS dan UMNO tidak dapat disatukan....hingga Kiamat atau hingga Melayu ditindas satu hari nanti baru nak bersatu agaknya....masa tu dah begitu terlambat agaknya....
Anak Kecil Main Api....Terbakar Hatinya Yang Sepi.....Air Mata Darah bercampur keringat...Bumi dipijak milik orang.....Nenek Moyang Kaya Raya....Tergadai Seluruh Harta Benda.....Akibat Sengketa Sesamalah kita......
Sebagai orang Islam....saya sayang bangsa saya....Ya Allah Bagilah Kekuatan pada Orang Melayu Islam Negara ini.....Satukanlah hati mereka.....Ameen Ameen Ameen.

No comments:
Post a Comment