Monday, April 29, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA HED FADHLEY DAN MELISSA

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah seorang lagi anak buah isteri saya,  Mohd Fadhley Mahat selamat diijab kabul dengan pasangannya Melissa di Pulau Pangkor pada 6 April lalu dan majlis bertandang di pihak pengantin lelaki diadakan  pada 13 April lalu di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) dalam suasana yang sederhana kerana pengantin perempuan baru kehilangan bapa tersayang yang meninggal dua minggu sebelum majlis pernikahannya di P. Pangkor.

Saya dan anggota keluarga hanya sempat menghadiri majlis di KGPA pada 13 Apri lalu.


ANGGOTA KELUARGA SAYA
ANGGOTA KELUARGA HJ NASIR DAN HJ ABU BAKAR...DUA ABANG IPAR SAYA
TREND TERKINI...PENGANTIN BERARAK ATAS BUGGY...
HED FADHLEY DAN MELISSA MENITI HARI BAHAGIA ,  
MOGA HINGGA KE AKHIR HAYAT MEREKA

Friday, April 26, 2013

SELEPAS TUGASAN RASMI- MEE UDANG NUR ZETTY, CHANGKAT JERING (KUAH PEKAT)

Assalaamualaikum wbt,

Trend sekarang kalau ke Taiping,  tidak sah kalau tidak merasa kuewtiau Doli, melawat Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping dan banyak lagi....dan sejak akhir2 ni ada satu lagi aktiviti yang jadi perkara wajib....makan mee udang di Kuala Sepetang  atau kawasan berhampiran...

Trip kali ini saya dan kawan2 sengaja tidak singgah restoran mee udang Mak Jah kerana orang terlalu ramai ketika itu dan terus ke pekan Kuala Sepetang....sempat singgahsalah satu  restoran mee udang Port Weld di Kuala Sepetang.....tapi saya masih kenyang ketika itu....tengok ajer kawan2 makan mee goreng udang dan mee udang...

Sebelum bertolak pulang pada 25 Mac lalu,  sorang kawan saya yang menetap di Taiping ( Hj Murad) berpesan...." cubalah mee udang Nur Zetty di Changkat Jering sebab kuahnya pekat".....lokasi restoran sebelum memasuki tol Changkat Jering restoran  sebelah kiri dan jalan masuk ada beberapa pokok manggis"...Saya cari dan jumpa....tidak susah mencari lokasinya....hehehe...mee udang punya pasal gerenti cari....


TU DIA.....KECUR AIR LIUR SAYA....PERGHHHHH
LAGI DEKAT...BAWANG GORENG PENUH
TERBAIK..UDANG FRESH...PERGHHH
Semasa menikmati mee udang ni... saya di hampiri pemilik restoran (sudah terlupa namanya)..bekas anggota syarikat saya bekerja sekarang dan dia dah pencen....akhirnya dia belanja saya.....tak perlu bayar..hehehe....makan free saya hari tu....setakat ni ,  Mee Udang Nur Zetty adalah yang terbaik saya pernah makan....bukan pasal saya makan free, tapi saya dapat rasakan lengkap dengan citarasa saya.....tak sempat tanya harga pun.....tapi saya berjanji akan datang semula dengan isteri dan anak2 saya ke sini satu hari nanti.

Dalam perjalanan pulang.....sejak berbelas tahun dulu.....kalau dari Kedah, Penang, Taiping saya mesti singggah RNR Tapah.....satu kemestian membeli jambu air dan jambu batu....termasuk kuah rojak sekali....kali ini juga tidak terkecuali....

BANYAK PILIHAN SAMA JAMBU AIR, JAMBU BATU DAN MANGGA
KUAH ROJAK MAK BEE PILIHAN ANAK POMPUAN SAYA

Thursday, April 25, 2013

ANAK PERISAI API NERAKA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.

Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  2. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  3. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Monday, April 22, 2013

SELEPAS TUGASAN RASMI- TAMAN TASIK TAIPING

Assalaaamualaikum wbt,


Selesai tugasan rasmi (25 Mac lalu) bergegas pulang ke hotel dan terus checkout....hati melonjak nak pulang ke rumah.  Dalam perjalanan pulang saya memang kena melalui Taman Tasik Taiping yang terkenal dengan kedamaian dan cantik.....tengok gambar di bawah...hati saya begitu tenang dan senang berada di kawasan Taman Tasik Taiping....

TU DIA BUKIT LARUT...YANG DI TENGAH2 WARNA PUTIH TU AIR TERJUN
BANDAR WARISAN KEBANGGAAN NEGERI PERAK DAN MALAYSIA
SALAH SATU KEUNIKAN , POKOK2 YANG RENDANG DAN BERUSIA LEBIH 100 TAHUN
DARI HUJUNG JALAN DAN MENGHALA KE BANDAR TAIPING
BERAPA UMUR POKOK BESAR NI...
YANG SAYUP2 BERWARNA PUTIH BERHAMPIRAN PUNCAK  ADALAH RUMAH REHAT

Selamat tinggal Taiping....Insyallah akan datang lagi bersama keluarga dalam waktu terdekat.....selepas ini entri mee udang kuah pekat.....

Thursday, April 18, 2013

INGATLAH GOLONGAN YANG LEMAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Bukhari
Hadith: 

Daripada Mus’ab bin Abu Waqas R.huma katanya, “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi SAW bersabda, “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)”. 

Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan hendaklah merendahkan dirinya kerana kelebihan itu sendiri wujud dengan adanya golongan yang lemah dan tidak bernasib baik.
  2. Pertolongan dan rezeki Allah kepada sesuatu golongan manusia atau masyarakat adalah disebabkan adanya golongan  lemah dalam kelompok atau sesuatu masyarakat.

Wednesday, April 17, 2013

IKAN DAN BELALANG BUKAN BANGKAI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Ibnu Majah dan Ahmad

Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 

Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa."

Huraian Hadith: 
  1. Terdapat dua jenis binatang yang dikecualikan oleh syariat Islam daripada kategori bangkai iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari jenis binatang yang hidup di dalam air. Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja dan tidak beracun, memabukkan atau membahayakan kesihatan manusia. Binatang dua alam adalah tidak termasuk di dalamnya. Manakala belalang daun yang darahnya tidak mengalir juga halal dimakan. Begitu juga dengan darah. Sekalipun darah adalah haram tetapi ada pengecualiannya iaitu hati dan limpa. Demikian juga sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher binatang setelah disembelih.
  2. Kesimpulannya, setiap apa yang dinyatakan di dalam nas yang mengatakan ia haram, maka hukumnya adalah haram. Apa yang tidak dihukum sebagai haram, maka ia didiamkan syarak. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang jijik dan kotor. Jangan tepuk dada tanya selera semata-mata.

Sunday, April 14, 2013

PERANGI PEMIMPIN MAKSIAT

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: 
 Muslim

Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 

Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".

Huraian Hadith: 
  1. Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya.
  2. Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam pemerintahannya.
  3. Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat.
  4. Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah menceritakan perkara ghaib yang akan berlaku.
  5. Solat adalah syiar Islam yang membezakan antara Islam dan kufur.
  6. menimbulkan fitnah dan perpecahan dikalangan masyarakat Islam adalah dilarang, kerana perpecahan itu lebih berat dan lebih dahsyat daripada kemungkaran pemerintah dan ketidakadilan mereka.

    Nota: Sejak 15 tahun lalu , (1998)...hampir semua parti politik di Malaya ni....menabur janji dan menabur fitnah..saya keliru...yang mana satu benar dan yang mana satu betul....kita sama2 tunggu di Padang Mahsyar nanti...kita tengok sapa yang kena , sapa yang merah padam dan sapa yang bangkrap...