Riwayat:
Muslim
Kategori:
Akhlak
Hadith:
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".
Huraian Hadith:
- Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya.
- Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam pemerintahannya.
- Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat.
- Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah menceritakan perkara ghaib yang akan berlaku.
- Solat adalah syiar Islam yang membezakan antara Islam dan kufur.
- menimbulkan fitnah dan perpecahan dikalangan masyarakat Islam adalah dilarang, kerana perpecahan itu lebih berat dan lebih dahsyat daripada kemungkaran pemerintah dan ketidakadilan mereka.
Nota: Sejak 15 tahun lalu , (1998)...hampir semua parti politik di Malaya ni....menabur janji dan menabur fitnah..saya keliru...yang mana satu benar dan yang mana satu betul....kita sama2 tunggu di Padang Mahsyar nanti...kita tengok sapa yang kena , sapa yang merah padam dan sapa yang bangkrap...
4 comments:
setuju....dah sah2 bermaksiat, tapi orang masih nak sokong dan angkat jadi pemimpin. apalah...
Yang mana satu ni sah2 bermaksiat Cik
CK,
Saya setuju kalau kita tidak sokong yang sah buat maksiat....terlalu byk cerita skrg ni di zaman teknologi canggih ni...
Anon,
Saya sendiri keliru yang mana satu bermaksiat....kita tunggu di hari Pembalasan nanti
Post a Comment