Tuesday, September 28, 2010

DEBARAN KEPUTUSAN KES PERLANGGARAN TEMPOHARI

Salam,

Malam Selasa minggu  lepas (21 September) semasa buat laporan polis di IPD Sepang,  ketika tunggu giliran,  aku sentiasa memikirkan NCD insuran aku yang bakal hilang (55%) kalau aku bersalah.....bila tiba giliran aku di temubual oleh Sarjan bertugas....dia kata aku tidak bersalah..Syukur sangat...amoi yang bawak kereta proton tu yang salah.....amoi tu terus kena kampaun RM 300, kesian aku tengok amoi dan bapak dia.....aku dah mengaku bersalah secara lisan dengan bapak amoi tu. Pihak polis ada cara mereka sendiri. Aku akur pada proses dan cara mereka membuat siasatan dan laporan.

Sarjan bertugas tegas mengatakan kesalahan amoi tu kerana tidak berhenti di simpang,  dia mintak aku tunggu laporan siasatan, lakaran dan keputusan dalam masa 21 hari, aku mohon dipercepat kerana aku sangat memerlukan kereta diperbaiki segera kerana tugasan aku.

Sekarang kereta aku dalam woksyop di Jalan Klang Lama,  masih tunggu  laporan polis, keputusan perlanggaran dan lakaran lokasi perlanggaran, insuran so far tak  ade isu aku rasa....sentiasa berdoa pihak Trafik IPD Sepang  keluarkan keputusan segera.  Dah dekat satu minggu aku naik komuter dan Putra LRT.  Banyak pengalaman baru aku perolehi. Tunggu entri pasal kenderaan awam terutama Komuter dan Putra LRT.

Dalam seminggu ni , aku dah mula rindu pada kereta aku ni......esok kena gi Melaka atas urusan rasmi sehingga hari Jumaat....aku pinjam kereta abang Nasran yang aku anggap dah macam abang aku sendiri.  Sentiasa membantu aku dan keluarga di masa kami dalam kesusahan. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya dan aku doakan abang Nasran dan isterinya berpeluang mengerjakan haji tahun ini....masih dalam senarai menunggu. Amin

Aku rindu dengan kereta aku warna Habanero Red ni...

14 comments:

Ayah Zain said...

Salam Rosli

Rupanya cabaran yng dihadapi lebih hebat daripada AZ yer. Harap bersabar kerana Allah menyayangi orang yang bersabar dengan dugaan yang mendatang.

rezeki said...

salam rosli

alhamdulillah,

selasai bab pertama , cuma tunggu laporan polis siap utk bab kedua pula

kerja2 pembaikan selepas ini

kalau hantar bengkel panel honda , rasanya takde masalah sangat tentang alat ganti, tapi kalau bengkel lain, nak kena pastikan pula mereka gunakan alat ganti tulen

insyallah dan bersabar

Unknown said...

SALAM,
KEMALANGAN BUKAN DICARI ! ADA HIKMAHNYA ! YANG TAK TAHAN FASAL TAK ADA KERETA (DI BENGKEL). KITA PULAK ADA MACAM2 URRUSAM. LF DOAKAN SEGALA2NYA SELESAI DENGAN SEGERA

aznaz said...

salam rosli


cl doakan moga saudara 'tenang' menghadpi kesulitan yang hanya smentra sahaja ini.insyallah..
..allah menguji kesabaran kita...


waslam

Unknown said...

salam Akhi Rosli...

alhamdulillah , akhi tidak bersalah. jadi urusan pun jadi mudah harapnya...

ummi pun masih menanti kepulangan kereta juga nie , tak sabar2 nk tengok kereta dah pulih..

Kakzakie Purvit said...

Salam En. Rosli,

samada sabar atau tidak memang terpaksa menunggu juga. jadi ikhtiar terakhir berdoa moga dipermudahkan olehNya...

rosli said...

Salam AZ,

Syukurlah , semalam dpt result, keputusan saya tidak bersalah....skrg tunggu proses repair kereta pulak. Memang saya kena byk bersabar

rosli said...

Salam CR<

Keputusan dah dapat smlm, saya tidak bersalah.....skrg tunggu proses repair di honda, hope dapat parts yang original, setakat ni mereka kata ok...

rosli said...

Salam Dato ( LF),

Betul tu, byk urusan saya kena buat dan ketiadaan kereta sendiri buat skit susah, tp lama kelamaan dah biasa....syukur setakat ni. Amin

rosli said...

Salam CL,

TK atas nasihat dan dorongan, setakat ni saya lebih tenang dan sentiasa berdoa

rosli said...

Salam Ummi,

syukur saya tidak bersalah dan dah dpt keputusan semalam....saya pun tak sabar nak tgk kereta saya tu

rosli said...

Salam Kak Zakie,

Betul tu saya kena byk bersabar dan tidak putus berdoa, rasa lebih dekat denganNYA bila selalu berdoa. Itulah salah satu hikmahNYA.

KAMATO said...

kalau kereta takda ni memang patah kaki

rosli said...

Salam Kamato,

Memang terasa patah kaki, tp semua ada hikmah....dah 3 hari bawak kereta manual....pengalaman lama , baru dan menarik