Salam,
Setelah hampir 13 tahun tidak menaiki KTM komuter ke tempat kerja ( kali terakhir aku menggunakan tren pada tahun 1996 hingga awal tahun 1997 , hari ini aku berpeluang menaiki komuter dari stesen UKM, Bangi....tren 6.52 pagi, sampai KL Sentral tukar pulak naik tren Putra LRT dan turun di stesen Kerinci lebih kurang jam 7.40 pagi dah dekat dengan ofis aku, sempat sarapan di restoran mamak Toyyiba dan terus bergerak ke pejabat sebelum jam 8.30 pagi. Seronok jugak nak komuter dan Putra LRT, tapi sebelah pagi orang ramai dan sedikit berhimpit bila di KL Sentral menuju ke stesen Kerinci.
Kemalangan ini berlaku dua hari lepas di pintu utama UPM bahagian belakang menuju ke Leboh Silikon ketika dalam keadaan hujan begitu lebat aku tidak perasan ada kereta melintas, brek tetapi dah terlewat, berdentum kereta aku menghentam Proton Saga BLM yang dinaiki oleh enam orang pelajar perempuan Cina, bumper kereta aku rebeh , kemek dan lampu fog aku pecah dan mcm2 lagi. Pintu proton saga tu kemek sebelah kiri kedua2 belah pintu. Kereta sama2 teruk. Sekarang keta aku di worksyop Honda , Jalan Klang Lama.
STESEN PUTRA LRT KERINCHI
Aku akan guna kenderaan awam ni antara 2 hingga 3 minggu , bergantung kepada tuntutan insuran dan pembaikan kereta , sebabnya kereta aku dah jadi begini......BAHAGIAN DEPAN KERETA DAN BUMPER ROSAK TERUK
Aku tidak cedera apa2 pun, mungkin 'otak' aku bergegar sikitlah...berseloroh sikit... tali pinggang keledar banyak bantu aku...TAPI aku masih waras dan boleh berfikir dengan baik buat masa tu, keluar kereta aku terus jumpa dengan semua 6 orang student amoi tu , mereka semua ok kecuali sorang yang lebam di kepala, tak lama lepas tu ibu bapa amoi yang drive keta tu datang aku mintak maaf sekali lagi. Lepas solat asar aku ajak amoi tu dan parents dia ke Salak Tinggi untuk buat laporan di BP Trafik Sepang dan semua urusan report polis selesai lebih kurang jam 9.50 malam.
Terima kasih tidak terhingga pada CL yang tidak putus asa memberikan nasihat dan panduan. Kali ini aku betul2 tenang dan redho dengan ujian Allah. Kita jumpa lagi dalam pengalaman dalam kenderaan awam sepanjang kereta aku masih di woksyop....
20 comments:
Salam Rosli
Alhamdulillah...En Rosli x per2 n amoi2 tuu...pun lebam sbb lebih muatan kut...
Harap En Rosli tabah mgi kejer naik tren tuu...
Dulu masa saya keje kena jln kaki pas tu naik bas..pas jln kaki balik...lagi mencabar tau. tunggu bas x yah cakap la...lamanya...
(Aper2 pun ingat naik komuter KTM jgn masuk koc pm'puan lak??? Nanti kena halau...jgn marah lak tau...)
Wslm
salam...bukankah sebelum ni kereta ni dah kena ? semoga tabah & redho menghadapi nya...
( cuba sejukkan hati...apa yang kita dah buat silap...bila musibah terkena pada saya...saya akan berfikir - berfikir & terus berfikir....) - wallhuallam
salam saudara rosli
alhamdulilah///syukur pada allah swt kerana saudara selamat,,,,
moga saudara punyai keluatan untuk berfikir lagi...insyaaallah...
wasalM
salam akhi Rosli...
Alhamdulillah .. yg penting semua jiwa selamat .. tak per kereta boleh dibaiki .
ummi pun masih dlm penantian nie, bila ler kereta hubby ummi nk siap n pulih ...
salam rosli
syukur, rosli tak apa2
Ujian dari Allah ni sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk , cuma kita sedari atau tidak je
sebagai contoh diberi kesihatan yang baik sebenarnya satu ujian juga pada kita , kita lebih taat menjalankan suruhannya atau tidak, begitu juga diberi kita sakit , adakah kita terus lalai atau sebaliknya
semua yang ditakdirkan kepada kita telah tertulis sebenarnya sejak azali lagi
yang penting sihat,sakit,senang,susah dan apa jua yg diberikan , kita redha dan bersyukur
insyallah
salam Rosli,
Alhamdulillah...saudara rosli tidak cedera dan amoi2 pun ok jugak.
Alhamdulillah kerana kali ini saudara boleh menerima dugaan dengan lebih tenang...redha...InsyaAllah saudara akan sentiasa berada dalam kasih sayangNYA...Allah menduga pada insan2 yang terpilih...pasti ada hikmahnya...bersabar ok..
Salam En.Rosli,
Sekali2 back to olden days..pengalaman manis naik pengankutan awam...kalau penat sampai KL sentral tu singgah lah opis akak.
Salam Rosli,
Alhamdulillah rosli tidak cedera apa2...yelah nyawa lg bernilai dr segalanya...
kekadang Allah menguji kita secara bertimpa2...
itulah berlaku pd taj pada selasa baru2 ini, ada 2 perkara telah terjadi(biarlah rahsia) dan ianya membuat betul taj terduduk dan menangis mengenangkan nasib diri...tapi Alhamdulillah taj cepat sedar diri, beristigfar pd Allah...bila mengenangkan kembali banyaknya nikmat telah DIA beri selama ini, adakah kita tidak layak lg utk diuji...
lalu taj muhasabah diri sendiri dan mencari kekuatan diri...skrg taj redha dan tenang dgn ketentuan Ilalhi...insyaAllah apa yg berlaku ada hikmahnya...
syukur...Allah masih sayangkan kita...
Salam En. Rosli,
Masih kena panjat kesyukuran walau musibah datang kerana hanya kereta yang masuk hospital sedangkan pemandunya selamat. Masih boleh pergi kerja lagi.....
Salam Sdr Rosli
Moga banyak2 sabar.
Salam Kak Su,
So far saya ok, byk pengalaman baru naik tren nanti saya paparkan....tren org pompuan mmg bagus diadakan jika digunakan dengan betul.
p/s Amoi tu dah kena saman terus masa buat report....sarjan tu kata amoi tu yg salah....masih tunggu keputusan yang sebenar.
Salam hjh Zaleha ,
dalam masa 2 bulan tiga kali kena musibah, saya telah musabah diri....ingat zaman kecik 2 dulu ada ke calar keta orang...sedang pertimbangkan cukai pendapatan ditukar kepada zakat bulanan....dan nak tambah zakat yang lain. TK atas peringatan dan nasihat tu.
Salam CL,
So far ok lagi, ada kekuatan berfikir dan menulis blog lagi. Tk atas nasihat dan dorongan
Salam ummi,
Betul tu, semua selamat, nasib kereta kita aagak serupa...masih dlm woksyop lagi
salam CR,
Betul tu, yg pntg selamat. Saya syukur dan redho dengan dugaan ini. TK atas peringatan tu
Salam hjh Zainab,
saya bersyukur semua selamat kali ini, lebih tenang dan dapat terim a dugaan ini.
Salam Kak Sidah,
Seronok jugak naik tren tu, hari2 nampak ofis kak sidah....
Salam Taj,
Kali ini saya lebih tenang, syukurlah semuanya dah selamat....tunggu keta siap pulak
Salam Kak zakie,
Betul tu, keta jer yg masuk hospital, amoi2 tu pun semua selamat.
Salam mama ju,
TK atas nasihat tu, betul tu kena banyak bersabar saya ni.
Post a Comment