As Salam,
Bulan Ogos ni genap 25 tahun aku mula memandu, mula dapat lesen memandu tahun 1986. Bulan September ni genap 18 tahun aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi(BBB) ke Bangsar.....Bilangan kenderaan semakin bertambah dan jalan semakin sesak.....
Dulu boleh keluar dari BBB jam 7.00 pagi....sekarang paling lewat lewat 6.45 pagi....kekadang parking free pun miss, kena bayar RM 7.00.....budak2 muda yang baru kerja pun dah bawak kereta ke tempat kerja.....agaknya kereta makin murah atau mungkin mereka banyak duit sebab baru kerja dah boleh beli kereta....atau mak bapak mereka banyak duit dan belikan mereka kereta. Syarikat aku tidak membezakan junior dan senior....siapa cepat dia dapat parking free, bila indicator tulis full parking.....kena cari pintu parking yang berbayar.....terbang RM 7.00......bersamaan dengan duit makan tenghari....apa nak buat.....kalau nak parking free kena kuar awal ke tempat kerja......sekarang semua orang nak cepat.....lambat akan tertinggal.....adat dunia sekarang
Part parking ni aku boleh terima, tapi yang aku bengang sekarang adalah , bagi yang lewat masuk pejabat....ada segelintir yang tidak mahu cari parking ke tingkat paling bawah.....so mereka akan parking di atas dan parking ikut suka mereka......biasanya mereka akan halang kereta orang lain, letak di bucu bangunan dan macam2 lagi.....akhirnya jalan sempit dan kalau berlaku kecemasan memang akan membahayakan semua orang......ada yang tak dapat keluar dari parking sebab di halang kenderaan orang yang kurang civic minded ni.....
Saja amik gambar kabur....nanti tuan punya kereta saman pulak
Ni contoh kereta kancil yang suka halang kereta orang.
Jangan diamalkan tabiat buruk ini.
2 comments:
salam
konsep dlm islam sebenarnya mudah, kalau kita permudahkan urusan org lain, insyallah Allah permudahkan urusan kita
jadi , sebelum meletakkan kenderaan sebegitu,fikir2kan lah tentang org lain
CR ,
Betul tu, kita kena selalu permudahkan semua urusan dan orang
Post a Comment