Wednesday, April 6, 2011

RENCAH2 KEHIDUPAN RODA SENTIASA BERPUTAR

As Salam,

Lebih kurang 3 tahun lepas...aku mendapat dugaan yang begitu besar dari Allah soal kerja dan jawatan yang disandang.....tak putus2 berdoa ,  lepas buat umrah Ogos 2008 , lagi kuat aku berdoa....semua sebab nak kerja yang selesa dan memastikan 'selamat' di tempat kerja.

Masa tu terasa hati dengan kawan2 yang begitu sibuk dan seolah2 melarikan diri....akhirnya aku membawak diri dan banyak kali dinasihatkan kawan2 agar redho dan terima apa yang ada.  Perasaan kecewa dan rendah diri begitu tebal.....umrah 2008 banyak mengajar aku erti sabar, doa dan macam2 lagi.....

Kini gelombang sebegitu pulak melanda segelintir 'kawan2'  aku, mungkin baru mereka rasa sekarang apa itu roda2 kehidupan.....aku tak akan lari....aku bersedia untuk bersama2 mereka untuk  berkongsi rasa......kekadang ada bisikan syaitan....biarlah mereka rasa pulak...apa kau peduli.....Bukan mudah bila rasa tak 'selamat' lagi.....cabaran dunia korporat yang begitu mendesak, begitu 'kejam' dan begitu 'demanding'...kena kuat dan tabah.

Satu perkara penting yang aku rasa dulu dan belajar.....bila roda di atas hati2, jaga diri, redho, berdoa, jangan naya orang....hati kena baik dan ikhlas( ni paling susah), belajar menerima kita bukan sentiasa cemerlang, kena sentiasa ingat samada kita ni aset atau liabiliti....atau agak teruk...kita ni 'sampah' atau barang berharga kepada syarikat tempat kita bekerja.....Kesusahan yang kita alami mematangkan kita....

Yang pasti aku sekarang sedang memujuk hati aku agar sama2 menyelami hati kawan2 yang sedang begitu gelabah dan sedang diduga.....dalam hati aku sekarang hanya Allah mengetahui....Sekarang dalam hidup ini kita tidak perlu tunggu lama atau tunggu hingga nak kiamat untuk melihat kepada segala perbuatan kita.... dalam bahasa orang biasa sekarang kita biasa dengar  orang cakap " Allah bayar cash". Ya Allah Kau bagilah aku kekuatan diri.  Ameen.

4 comments:

mama ju said...

Aslkm
Apa kabar?
Suspen juga cerita ni...saya tak tau cerita dunia koporat..
Moga bahagia.

rosli said...

Mamaju,

Dont wori.....tidak ada apa yang suspen....cuma skrg kami tak dibenarkan bercerita pasal Syarikat dalam laman sosial termasuk FB dan blog....cuma tmpt kerja saya sedang cuba mengurangkan pekerja dan mereka guna pelbagai cara menukarkan orang.

Ada yng tidak mendapat tmpt, istilah kami 'floating'....saya pernah lalui saat2 getir ini dulu. Gaji tetap dapat macam biasa....cuma hujung tahun akan datang prestasi kerja akan dinilai begitu rendah....performance dianggap teruk dan kemungkinan tidak akan dapat bonus....itu yg ditakuti....Kekadang bila ego tercalar atau tergugat akhirnya berhenti kerja terus....mimpi ngeri...

rezeki said...

bila kita di atas pusingan, kita sentiasa beringat dan jangan lupa krn kita juga akan ke bawah , kita takkan senantiasa berada di atas krn itulah lumrah kehidupan

aplikasikan dlm setiap detik dan saat kehidupan kita yg sementara ini krn sampai masa , kita pasti akan ke bawah juga (4x7x7) menunggu hari perhitungan

rosli said...

CR,

Terima kasih atas peringatan ini. Cuma kekadang bila tgk orang mengejar dunia ni....sya takut. Peringatan utk diri sendiri yg satu ketika dulu...terbabas dari landasan