(Berkongsi email yang saya perolehi dari rakan pejabat saya Syed Fazrul)
Lelaki
Sebelum berumah tangga fikirkan terlebih dahulu yang perkahwinan bukan semata2 bagi nafkah kepada anak isteri sahaja tetapi ilmu agama perlu dicurahkan bersama..jika seorang suami gagal mendidik sang isteri dengan baik. sedarlah bahawa saham dosa turut mengalir kepada mereka..nasihati lah si isteri dan anak2 untuk menutup aurat dan menjauhi perkara mungkar. Salah tarbiah daripada anda boleh membawa dirimu ke pintu neraka.
Perempuan
Sedarilah wahai wanita bahawa bila anda sudah berumahtangga, dosa anda ditanggung oleh si suami. Jika anda masih dibawah jagaan ibu bapa, sang ayah yang akan menggalas bebanan dosa anda..jadi, cubalah jadi anak dan isteri yang baik..jangan bebani mereka dgn dosa2 kita..jika si ayah atau suami suruh menutup aurat, maka tutuplah, jangan melawan...tolong kasihani mereka dan paling penting kasihani dirimu itu.
✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿
4 GOLONGAN LELAKI YG AKAN DITARIK KE NERAKA
Pertama : Ayahnya.
Kedua : Suaminya.
Ketiga : Abang-abangnya.
Keempat : Anak Lelakinya.
Kepada KAUM WANITA..
Hai wanita..
Kasihankan ayah anda..
Kasihankan suami anda..
Kasihankan abang-abang anda..
Kasihankan anak-anak lelaki anda..
Kasihanilah mereka..
Serta juga diri kamu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
4 GOLONGAN LELAKI YG AKAN DITARIK KE NERAKA
Pertama : Ayahnya.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat mengaji dan sebagainya. dia membiarkan anak anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anak-anak perempuannya..
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri, walaupun Sang suami seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal), maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga : Abang-abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada..tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan kakak atau adik perempuannya di akhirat.
Keempat : Anak Lelakinya.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu, perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. nantikan tarikan ibunya.
Masya Allah..Nauzubillah min zalik…!!
Kepada kaum Lelaki..Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita..Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak, harus memainkan peranan mereka yang sebenar
Kepada KAUM WANITA..
Hai wanita..
Kasihankan ayah anda..
Kasihankan suami anda..
Kasihankan abang-abang anda..
Kasihankan anak-anak lelaki anda..
Kasihanilah mereka..
Serta juga diri kamu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
2 comments:
assalamualaikum tuan
kehidupan ini
indah dan membahagiakan
apabila smuanya di bawah sistem Tuhan
salam ramdhan dan slam aidilfitri
Wslm Ummu,
Betul tu, kita ikut sistem Allah lebih mudah dan tidak lari dari landasan kehidupan bersyariat
Post a Comment