Tuesday, August 23, 2011

THE POWER OF MEDIA

As Salam,
(Berkongsi email yang saya dapat dari rakan pejabat Nor Zaihasrawati)

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Keadilan - "Ini conspiracy UMNO"

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

4 comments:

Mohd Saad Hamid said...

Salam Ramadhan Tn Rosli.

Karam Singh Walia pula kata macam mana? Lebih kurang macam ni kot:

"Penarik beca dilanggarkan
Nenek ubi dimatikan".

Sapa pulak yang akan kata macam ni? "Ini nenek apa nama? Kunun dilanggar beca. Ini semua George Soros yang suruh langgar".

Ada pulak yang akan kata macam ni:
"Itu semua khabar angin belaka."

;)

Ayah Zain said...

hahahhah, good . i feel good

rosli said...

Hj Saad,

Betultu.....begitulah padangan dan tugasan ketua2 pengarang akhbar yang ada di Msia skrg....

rosli said...

Hj AZ,

I feel good too.....hahaha.....inilah...yg berlaku dengan paper utama di Msia skrg