Wednesday, February 29, 2012

IMPIAN JADI NYATA ( GOLDEN DREAMS) - PART 3

Assalamualaikum wbt, 
( part masuk U dan jenis motorsikal)

Bila di sekolah menengah aku dah dengar dan tengok banyak perkara....dalam hati cita2 nak masuk sekolah teknik....Allah perkenankan tahun 1979 hingga 1980......Nak pandai naik motor dan ada motor sendiri, dapat lesen tahun 1979 masa tu tingkatan 4,  pertengahan tingkatan 5 aku dapat pinjam motor VESPA abangah aku dan pergi sekolah sendiri naik motor VESPA, tak lama lepas tu, mereka kasihankan aku sebab aku nampak lebih tua bila naik motor VESPA padahal aku baru 17 tahun, so abang sulung dan abangah aku belikan motor Suzuki GP 100, dua kali kemalangan patah gigi, dahi lekuk sampai sekarang dan cedera kaki dan tangan. Umur masih nak panjang...(ni bukan golden dreams....saja cari nahas)


VESPA 150- sempat jugak naik VESPA 6 bulan..
satu pengalaman yang sangat menarik


Masa tingkatan 4 dan 5, aku banyak main dan enjoy.....lepas SPM hanya layak masuk tingkatan 6,  padan muka aku.....kawan2 ramai dah gi overseas, masuk Universiti tempatan dan ITM ( skrg UITM)....Masa kat tingkatan enam baru ada azam nak masuk U....salah satu golden dream, alhamdulillah...dapat masuk UM dari tahun 1983- 1986. Arwah ibuku yang sungguh-sungguh nak aku masuk U, dia banyak berdoa dan berkorban untuk aku selain dari abang2 dan kakak aku.  Jasa mereka semua aku tidak terbalas....aku ingat sampai ke akhir hayat.

Tahun 1980 hinga 1984...
dengan motor jenis ini aku eksiden serius dua kali

Tahun 1983 selepas masuk UM mintak tukar motor lagi, semua abang sulong aku yang tanggung,  aku asyik menyusahkan dia dan keluarga dia ( jasa abang dan keluarga aku tak akan lupa sampai akhir hayat). Motor lebih besar HONDA RAIDER 135 cc...joli sakan ,  akhirnya berjaya tamatkan pengajian di UM pada tahun 1986....



HONDA RAIDER sama dengan motor aku dari 1984 hingga
1989, cuma aku punya warna putih dan stripe merah
(sama cam yang atas kiri tu,  tp motor aku rim standard)
 
Aku terlalu sibuk dengan motor hingga tak tau bawak kereta.....another dream nak dapatkan lesen kereta tahun 1986.....akhirnya Julai 1986 dapat jugak lesen kereta dan ini termasuk golden dream jugak....

6 comments:

mama ju said...

salam
Wah kecik2 dah glamur ada motor!orang kaya tu..

Naz Mohamed said...

saya kat upm (1983/87)beli yamaha cup 2nd hand guna duit biasiswa. Terpaksa beli motor sebab kalau tidak kena menapak berbatu2 sampai 1 jam nk gi ladang...punya la jauh dr kolej nk ke ladang. Pengalaman yg tak dpt dilupakan...

rosli said...

Mamaju,

Semua motor abang yan bayorkan...kesian mereka...tp mudah nak gi kelas

rosli said...

Ummi,

Wah....geng 'merempit' kita rupanya....you merempit di ladang upm saya di tengah2 KL....seronok bila ingat masa belajar dulu...Saya ada citer race motor ni....dulu mana panggil merempit...hehehe...

مسافر اسلام said...

Assalammualukom wtb tuan haji. Lama sungguh ana tak ziarah blog tuan. Tinggalkan comen pun tak sempat,just baca shj.
Pegalaman yg lampau sgt manis. Saudara sedarah daging yg banyak membantu,ini lumrah tali persaudaraan.
Tetapi jgn merempet ya.

rosli said...

Amri,

Saya terhutang budi dengan semua abang dan kakak, mereka berkorban untuk saya.

Kekadang saya menyesal sbb ada kala saya jugak merempit....alhamdulillah masih ada umur sehingga tamat pengajian...stop merempit tahun 1988.