Assalamualaikum wbt,
Sekadar berkongsi luahan hati, keputusan dah buat lama. Bimbang mengecewakan hati kawan2 dan harapan mereka.
Semalam selepas sarapan pagi aku terserempak dengan seorang kawan lama, dia mahukan aku aktif semula dengan aktiviti Kelab dan sukan Syarikat aku dan menjadi ketua cawangan di tempat kerja aku atas pengalaman lepas yang pernah aktif dengan aktiviti sukan dan kelab suatu ketika dulu...aku dah tolak awal2 lagi dengan alasan minat aku dah berubah dan pernah terasa jauh hati suatu ketika dulu.......lately ni minat aku dah berubah.....lebih2 lagi selepas umrah 2008... hati dan jiwa terasa lain dan minat ke arah mencari diri dan menambah bekalan....sebelah petang dapat satu lagi call dari staff lama dan bincang perkara yang sama.....panjang lebar dan aku bagi syarat yang berat....mereka sanggup membantu.
Sebelum pulang ke rumah dapat satu lagi call dari Dr Hj Ridzwan, beliau memberikan peluang aku untuk aktif KHM....pucuk dicita ulam mendatang....Alhamdulillah. TQVM Dr Hj Ridzwan. Dalam hati keputusan telah dibuat...menambah bekalan dan anuiti bekalan masa depan lebih penting....
Macamana nak bagitau kawan2 pejabat dan staff lama aku dah beralih arah dan minat....aku sekarang hanya berminat dengan satu jenis sukan iaitu, golf....untuk diri sendiri dan masa untuk mengurus sukan dan kelab aku....dah rasa terlalu berusia.....bagilah orang muda peluang mengurus kelab dan aktiviti sukan.....aku takut untuk menghampakan harapan dan perancangan mereka.....kerana tahun 2004 aku pernah berpaling terus dan menghampakan mereka pada ketika itu.....insiden itu menghantui perasaan aku dan sekali sekala ' mengejar' diri aku....Subhanallah...Ya Allah Kau permudahkanlah diri aku. Ameen
4 comments:
salam
alhamdulillah
moga Allah beri petunjuk, simpang mana yg harus diikuti
semalam tak cukup kaki main badminton, pengabis saya main takraw setelah hampir 12 tahun tak main lansung, 3 set main dah boleh main semula kerana darah takraw yang mengalir dalam tubuh badan masih ada
HJ CR,
TK atas nasihat dan panduan. Wah masih boleh bermain takraw...mesti kawan2 you respek habis...cayalah
saya pun dh lama tinggalkan kelab sukan nie. Boleh dikatakan dulu saya org kuat jugak la...skrg nie jiwa dh tak serasi lg, mungkin jugak sebab dh tua kot
Ummi,
Itulah dilema saya, saya nak buat program atau khidmat yang baru lebih kepada menambah saham akhirat pulak rasanya, kesian jugak kepada kawan2 yang sedang mencari ketua...tp hati dan jiwa saya nak berehat dari program kelab dan sukan. Moga mereka berjaya berjumpa dengan ketua yang baru. Ameen
Post a Comment