Riwayat:
Muslim
Kategori:
Akhlak
Hadith:
Daripada Abu Sabit, ada orang yang memanggilnya Abu Said dan ada pula yang memanggilnya Abu al-Walid iaitu Sahal bin Hanif salah seorang yang menyertai perang Badar (bersama Rasulullah SAW), “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan samakan tarafnya dengan orang yang mati syahid walaupun dia mati di tempat tidur.”
Huraian Hadith:
- Hati yang benar adalah sebab tercapainya cita-cita, orang yang berazam melakukan sesuatu amalan kebaikan akan mendapat ganjaran walaupun apa yang diniatkan tidak terlaksana.
- Syahid yang sebenar ialah mati dalam menegakkan kalimah Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
- Sesiapa bercita-cita serta berazam bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kebajikan nescaya diperkenankan oleh Allah SWT. Ini adalah menggambarkan kebesaran, kekuasaan dan kehendak Allah.
- Islam menyuruh umatnya berjihad di jalan Allah.
- Islam menggalakkan umatnya berdoa kepada Allah untuk melakukan sesuatu kebaikan walaupun dia tidak dapat melakukannya.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin
2 comments:
Assalamualaikum En Rosli
Insyaallah
Hj Rozali,
In Shaa Allah.
Post a Comment