Sunday, March 10, 2013

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.

Huraian Hadith: 
  1. Allah sentiasa melihat perbuatan manusia sama ada yang baik atau yang jahat.
  2. Janganlah berpura-pura dan mempersendakan perkara-perkara kebajikan sedangkan Allah Maha Mengetahui.
  3. Hadis ini menunjukkan besarnya dosa orang yang menyuruh kepada yang makruf sedangkan dia sendiri tidak melakukannya (khususnya perkara wajib dan fardhu) atau melarang daripada kemungkaran sedangkan dia melakukannya. Ini kerana dia melakukannya dengan penuh sedar dan dengan pengetahuan yang cukup bukan kerana lupa atau jahil.
  4. Melakukan yang makruf dan meninggalkan kemungkaran adalah sebab seseorang itu terhindar daripada neraka.
  5. Azab neraka yang diceritakan oleh Rasulullah SAW adalah antara perkara ghaib yang wajib diimani.

2 comments:

Temuk said...

Assalam
Lagilah lebih menakutkan, jika sambil bercakap kita pula menunjukkan yang kita memang sentiasa bikin, dengan hebatnya, walhal habuk pun tak ada.

Terima kasih berkongsi ilmu. Semoga Allah memberi bimbingan dan belas kasih-Nya kepada kita sentiasa.

rosli said...

Temuk,

Betul tu....kita sama2 memperingatkan diri sendiri terlebih dahulu. In Shaa Allah