Assalaamualaikum wbt,
Biasalah selepas bekerja pada hari kedua , Sabtu 23 Mac lalu , pada sebelah petang pusing2 pekan Taiping dan sekitarnya mencari apa yang patut....saya sempat singgah Mat Tailor di tengah2 pekan Taiping untuk menempah baju....dan selepas itu sempat singgah pasar malam kat pekan Changkat Jering yang terkenal dengan ikan pekasan dan banyak makanan lain....disebabkan kesuntukan masa hanya sempat beli ikan pekasam dan beli belacan Tanjung Dawai....saya tak makan ikan pekasam, tapi wife saya suka dan dia kata sedap sangat ikan pekasam kat situ.
KHAS KEPADA PEMINAT IKAN PEKASAM
ASAM KEPING, BUAH MALINJAU DLL
BELACAN TANGJUNG DAWAI, KEDAH
Pada hari ketiga (24 Mac lalu) sempat singgah makan Mee Udang di gerai Mee Udang Port Swettanham....di pekan Kuala Sepetang.....Kali ini dengan sengaja tidak singgah di gerai Mak Jah kerana ketika itu gerai Mak Jah terlalu ramai dengan pelanggan dan kami ingin mencuba yang lain...Alhamdulillah sedap dan menarik...
BERSAMA FAIZAL DAN KELUARGA, HJ MURAD DAN HAIRUL AZAM
BOLEH TAHAN RAMAI JUGAK
CUBALAH GERAI NI, PADA SAYA SEDAP JUGAK...
Lepas ini entri berkaitan dengan Sentosa Villa, program rasmi ke Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping serta bertolak pulang...
No comments:
Post a Comment