Thursday, May 23, 2013

IMPIAN MENJADI NYATA BERMAIN GOLF DI JAKARTA)- PART 1

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah setelah merancang sejak tahun 2010,  akhirnya program 'golfing' di Jakarta menjadi nyata dari 12 hingga 15 Mei lalu. Ribuan terima kasih kepada sahabat karib lama saya Pak Jamaludin Madrop yang bertindak selaku ketua rombongan dan yang mengurus program ini dengan cemerlang ,  dan tidak lupa kepada sahabat Sdr Azhar Omar yang  sangat menyokong program ini biar bagi jadi ..."ini kalilah"...hahaha....

12 Mei  bertolak awal pagi lebih kurang jam 5.00 pagi dari rumah dan mengambil penerbangan awal jam 7.50 pagi ke Jakarta melalui KLIA dengan penerbangan MAS,  yang bestnya tawaran tiket murah pergi dan balik ke Jakarta RM 399.00. Mengelak menggunakan Air Asia kerana dengan MAS beg golf free....mana nak dapat....dengan Air Asia semua kena caj.....Sekarang pulak musim orang hentam Air Asia angkara CEO Air Asia X yang tidak ada  semangat Melayu....

Kali ini dengan sengaja tidak bawak DSLR ,  hanya bawak kamera kompak Panasonic....sekadar nak bergambar di padang golf nanti...

Sementara nak tunggu berlepas dan dalam flight dan masa nak landing memang dah kesukaan saya amik foto....


KLIA
MASIH DI RUANG UDARA KLIA
RUANG UDARA SELAT MELAKA MENUJU KE PULAU JAWA
RUANG UDARA JAKARTA DAH NAK LANDING DAH

Selamat mendarat di Jakarta lebih kurang jam 9.15 waktu tempatan (WIB)...kali ke 5 berada di LT Soekarno Hatta...bertolak ke Jakarta Pusat ..hotel penginapan kami....esoknya...Kelab Golf Bogor Raya,  Bogor....

2 comments:

Al-Manar said...

Tak sangka penulis yang banyak memberi tazkirah ugama juga golfer yang handal. Saya dah lupa bagaimana hendak pegang kayu golf apatah lagi menghayun tanpa ssakit pinggang!

rosli said...

Al Manar,

Hahaha....., tidak sepandai mana saya main golf sekadar social golfer, tinggal ini sahaja aktiviti sukan saya. TK kerana menyokong dan membaca blog saya.