Friday, December 13, 2013

BILA UMUR DAH MASUK 50....MACAM2 PENYAKIT. DATANG....( EPISOD MAKAN UBAT DOKTOR )

Assalaamualaikum wbt,

Bagi setengah bila dah masuk umur 50, ada orang rasa seronok......dapat keluar duit KWSP......aku tidak terkecuali....bolehlah buat macam2 perancangan dengan duit tu.....aku punya duit tu....semua dah masuk dalam perancangan keluarga.....ngam2......Insyallah akan buat umrah bersama keluarga Januari 2014....

Bagi aku .....duit dapat..... penyakit pun  mula datang dan dah mula terasa 'tua' atau tidak berapa muda.....

Semua nak kena jaga.....terutama pemakanan.........sejujurnya selepas Raya Puasa tahun ini aku langsung tidak jaga pemakanan......berat badan bertambah 4 kg.....tanpa aku sedari....tiba2 badan terasa berat.....selalu pening kepala,,,,,sakit bahu ...sakit tengkuk...

Awal Oktober....jumpa doktor pakar di Bangi...terkejut aku....doktor kata tekanan darah aku tinggi....terus dapat MC 3 hari dan tak boleh travel...kena rehat di rumah.....aku terus down......(teringat tahun 1986 sorang abang yang sama kerja dengan aku ....." Rosli....jaga badan tu....abg tengok badan kau ni macam abang mesti senang naik dan perut nanti jadi boroi....penyakit ni kalau datang macam ribut dan pergi macam semut").....ada benarnya semua tu.....

Doktor bagi makan ubat darah tinggi, ubat cair darah dan ubat kurangkan kolesterol....dah sebulan aku makan semua ubat tu......aku dah mintak kebenaran doktor aku nak stop semua ubat tu.....kecuali ubat kurangkan kolesterol......doktor pakar kedua suruh aku kurangkan kolesterol dan pasti semua sakit lain akan turut berkurang....

Begitulah episod bila dah mula ada tekanan darah tinggi.....macam2 petua dan macam2 nasihat aku dapat dari kawan2, sedara mara dan dari rakan pejabat.....rupanya ramai jugak yang concern dan ambil berat dan tak kurang jugak yang mula membebel nasihatkan aku...

Apa pilihan yang aku ada.....kecuali mula jaga makan,  bersenam dan mencari buah2an dan makanan yang boleh menurunkan darah tinggi aku......jus pati delima, buah belimbing besi peria katak....dan macam2 lagi

24 Disember akan ada temujanji untuk memastikan kolesterol berkurangan dan kandungan darah semuanya kurang....Insyallah....

4 comments:

Mila@Rimbun said...

Kesihatan adalah sesuatu yang jd amat berharga bila kita sakitkan..

saya pun dah start jaga makan & bersenam walaupun masih 3 series.

Moga Allah kurniakan kesihatan...

PESONA said...

Assalamualaikum Tuan,

Bila dah masuk ek 5 siries nie sememangnya berbagai-bagai penyakit yang mula di hidapi......ini semua adalah dugaan daripada ALLAH agar kita semua bersabar menghadapinya agar kita semua lebih mendekati yang maha kuasa dimasa SIHAT ataupun SAKIT.........

rosli said...

Mila@ Rimbun,

Alhamdulillah you cepat sedar dan jaga kesihatan di usia muda. Teruskan cara hidup sihat dan cergas

rosli said...

Pesona,

Saya setuju dengan you....memang kita akan berusaha lebih dekat dengan NYA. Insyallah