Assalaamualaikum wbt,
Kalau pembaca tengok entri aku bertarikh 7 Disember lalu ...bulan Oktober kakak ipar aku, November kawan baik aku dan bulan Disember iaitu 24 Disember lalu...anak sedara aku sendiri , Nor Haslinda Bt Abdul Manap (38 tahun), meninggal akibat kanser payudara setelah lebih 2 tahun menderita akibat penyakit tersebut. Telah selamat dikebumikan pada 25 Disember lalu di Tanah Perkuburan Rantau Panjang, Klang.
Sekali lagi hati aku direntap.....memang sedih sebab arwah masih muda, anak sedara aku yang kedua sulong dan aku mengenalinya sejak kelahirannya tahun 1975, anak2 dia 3 orang dan masih kecil....aku sebak bila mengenang nasib anak2nya yang masih kecil2 lagi.....semasa nak pulang aku peluk suami arwah, Shamsul....dia sebak dan mohon doakan dia dan anak2 agar tabah hadapi semua dugaan ini....
Aku faham sangat kesedihan suaminya dan anak2nya... sebab kematian pertama yang aku lalui dan begitu mengusik hati aku tahun 1981....abah aku ( Ibrahim bin Mat Dom) meninggal pada 31 Januari 1981 ....masih terasa hingga kini ....selepas itu tahun 1991 ibu aku (Mahiam Bt Hj Hassan) pulak....tahun 1995 abang aku pulak (Amizon bin Ibrahim)....semuanya aku terasa hingga kini.
Aku doakan mereka damailah di sana, moga roh mereka sentiasa dicucuri Rahmatdan mereka di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al Fatihah. Ameen.

No comments:
Post a Comment