Asssalaamualaikum wbt,
Penat pindah ke rumah baru belum selesai.....barang2 kecik di rumah lama masih banyak lagi.....penat memikirkannya.....letih lesu.....bersyukur selamat berpindah ke rumah baru....doa selamat pun dah buat....Insyallah ada rezeki buat majlis lain di masa akan datang.....kumpul duit dulu dan cari masa yang sesuai....hehehe...
Satu lagi isu yang belum selesai....perkhidmatan angkut sampah.....pihak MPKJ aku dah hubungi.....masalah semak belakang rumah pun satu hal jugak.....minggu lepas 26 Feb...ada tukang kebun jiran sebelah jumpa ular sawa sepanjang 3 meter dan telah ditangkap oleh pihak BOMBA Bangi..jarak lubang lepak ular sawa dengan rumah aku hanya beberapa meter sahaja....pihak TNB Bangi pun aku dah buat aduan sebab semak2 tu di bawah talian voltan tinggi TNB ...tu masalah luar rumah...
Isu dalam rumah belum selesai......UNIFI ..nak cakap lebih2 x boleh sebab melibatkan Syarikat tempat aku kerja....telah berhubung dengan mereka yang berkaitan termasuk pihak yang jaga UNIFI dan ND....mereka kata sebab ini kawasan baru....aku akur dengan penjelasan mereka...
Hampir setiap malam aku balik ke rumah lama siapkan kerja sebab UNIFI masih aku kekalkan....jarak pun hanya 2.5 km sahaja.....dapatlah jugak kemas sikit barang2 lama yang kecik2......sikit2....ramai yang bagi nasihat....pelan2 kayuh.....
Setelah berfikir panjang dan berdiskusi dengan wife dan anak2....aku memutuskan nak menjual rumah lama ini....walaupun sayang....tetapi kena jual jugak sebab nak elak bebanan hutang dan ansuran rumah baru yang berat bagi aku.....Ya Allah bantulah kami dan keluarga kami dan permudahkanlah kami. Aamiin. Insyallah.
Bagi yang berminat mencari rumah teres dua tingkat 22x75 boleh berhubung dengan aku....harga boleh dirunding...ikut harga pasaran semasa. Ada masa bila dah selesai berkemas aku akan upload gambar rumah lama untuk dijual ini. Insyallah.
No comments:
Post a Comment