Monday, March 16, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH - ASAM GARAM DI SEKOLAH MENENGAH (BAB 5)

Assalaamualaikum wbt,


Melapor diri ke sekolah menengah keseorangan kerana aku dah besar kata ibu aku...jalan kaki ke sekolah dari rumah aku lebih kurang 2km...dan terpaksa melintasi Federal Highway yang begitu sibuk pada tahun 1976 hingga tahun 1979....berhadapan dengan hotel Jaya Puri sekarang PJ Hilton....bahayanya Allah saja mengetahuinya...Alhamdulillah selamat selama beberapa tahun ke sekolah....

Aku ditempatkan di Tingkatan (Form) 1Kuning dan masa tingkatan 2 kelas yang sama 2Kuning....diskriminasi mula berlaku....sikap berpuak2 mula terasa...Melayu Cina,India , Serani dan Benggali atau Sikh....aku mula terasa hati....guru2 pun memang nampak jelas sikap mereka....itu cabaran pertama.  Aku tetap seperti dulu....dengan semua bangsa aku bercakap Bahasa Inggeris...tapi dengan bangsa aku...sah2 cakap Melayu...

Cikgu disiplin India yang garang....sibuk menampar pelajar je....semua takut dengan dia...dia pulak ajar subjek Matematik Moden...ngeri..... Cikgu BM pulak asyik bertukar ajer....pernah 3 bulan cikgu BM keturunan Cina.....dia sendiri pelat nak mengajar BM....masa tu mana nak komplen.....belajar ajer....Aku dari tingkatan 1 ke tingkatan 3....tak pernah ponteng sekolah.....pernah dapat hadiah coklat dari guru kelas masa form 2 sebab kehadiran 100 peratus ( bila dah kerja sekarang kehadiran teruk dan banyak mengulau....hehehe....). Banyak lagi cerita dan banyak jugak aku dah lupa....dekat2 40 tahun dah......

Yang pasti masa di tingkatan dua aku mula naik basikal ke sekolah....cabaran pun banyak ...ketika itu LebuhRaya Federal sedang di upgrade dan jalan sibuk sangat, adakala menyabung nyawa....Alhamdulillah selamat....yang aku ingat adalahdua tiga kali jugak hampir kemalangan....

Ketika di tingkatan 2 aku aktif semua jenis sukan termasuk hoki, bolasepak, takraw dan badminton. Cuma bolasepak aku mendapat tempat untuk pasukan kelas dan hoki untuk pasukan sekolah. Olahraga paling susah mendapat tempat kerana ramai yang berkebolehan....di peringkat  rumah sekolah aku hanya terpilih untuk olahraga Cross country , 400 meter berganti2 dan 800 meter....yang lain telah didominasi pelajar lain yang lebih baik.

Kami dimaklumkan oleh guru kelas tahun 1978 kami akan diasingkan mengikut gred dan pencapaian...selepas peperiksaan hujung tahun di tingkatan dua.....aku dah tau kelas masa tahun 1978 nanti.....aku di masukkan ke kelas 3 Merah......next entri ok....



Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

No comments: